Ahad, 4 November 2012

pelajaran semalam

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t.

Ye, saya datang lg! Semalam pukul 8pagi ke kelas halaqah, rasa lebih bersemangat kerana bergabung dengan section lain, bila ramai kita rasa lebih 'kuat'. Setelah dibahagikan kepada 4 kumpulan, akak naqibah bagi tugasan untuk menemu duga sesiapa sahaja dalam kawasan UIA,diberi masa 25 minit. Setiap kumpulan memiliki tajuk yang berbeza: Da'ei, dakwah, tarbiyyah dan istiqamah. Tapi tengok pun da tau, ada kesinambungannya kan?

Saya lanjutkan cerita, kumpulan saya memasang strategi dengan membahagikan kumpulan kepada 2kumpulan kecil. Ada tujuh orang,maka ratio 3:4 digunakan. Saya dan tiga teman lain, rasanya antara yang terjauh sekali pergi meneroka bumi uia ni semalam. Mana taknya, kami amatlah memilih. huhuhu. Ringkasnya, nak cari yang Melayu,perempuan,student.

Saya lanjutkan lagi...kelas kami berakhir dengan pembentangan hasil daripada temuduga tersebut. Da'ie..siapakah da'ie? Saya adalah da'ie dan anda-anda di luar sana adalah da'ie. Maksudnya, kita sebagai umat Islam bertanggungjawab untuk menyampaikan dakwah. Tidak mengira umur,jantina, latar belakang pendidikan, bangsa dan status. Meskipun seringkali kita tafsirkan dakwah itu sebagai mengajak ke arah kebaikan,meaning to say, apa-apa sahaja yang baik itu adalah dakwah tetapi dalam konteks yang lebih tepat, mengajak kepada Islam. Apa yang cuba saya sampaikan di sini,apabila kita sebut dakwah itu adalah mengajak kepada kebaikan, maka di situlah level da'ie tertuju kepada sesiapa sahaja hatta anak kecil. Sebagai contoh, adik kecil kita mengajak kita makan,itu juga boleh dikira dia berdakwh kepada kita (dalam konteks dakwah kepada kebaikan) kerana makan juga adalah salah satu daripada kebaikan. Kita makan untuk mendapatkan tenaga dan dengan tenaga itulah kita melakukan ibadah.

Seterusnya kita lihat persepsi orang yang didakwah, apakah mereka boleh menerima dakwah sesiapa sahaja? Contoh si A(tak solat) menyuruh temannya si B (solat) untuk menyegerakan solat apabila sudah masuk waktu. Memang kalau difikir secara logik, kita hendaklah melihat kepada apa yang disampaikan bukan penyampainya. Tetapi manusia tidak lepas daripada sifat 'ego'. Meruntuhkan ego itu mudah apabila kita berhadapan dengan orang yang lebih 'hebat' daripada kita. Di sinilah timbul perlunya kita mendekati masyarakat. Inilah kesilapan saya dan teman-teman saya lakukan. Sepatutnya kami tidak memilih semasa proses temu duga. Apa yang berada di fikiran kami ketika itu, 'tak payahlah tanya mak cik cleaner, nanti dia tanya kita balik. Tak payahlah tanya international student,nnti dia tak faham apa yang kita cakap, atau kita yang tak faham apa dia cakap'. Padahal title 'khalifah' yang kita pegang ini adalah milik masyarakat.

Menyelidiki tahap pengetahuan dan pemahaman masyarakat amatlah perlu. Di sinilah timbulnya kepentingan ilmu dalam diri seorang da'ie. Perlunya tarbiyyah. Proses tarbiyyah adalah sepanjang hayat, maka untuk mencapai kesempurnaan itu pastilah mustahil.Kalau kita jadi sempurna baru hendak  berdakwah, betapa sombongnya kita. Tarbiyyah dan dakwah perlu untuk memantainkan iman kita, kerana melalui keduanya kita saling memperingati kearah kebaikan. Kedua-duanya memerlukan istiqamah. Istiqamah dalam menuntut ilmu dan istiqamah dalam berdakwah.

Konklusinya, menjadi seorang murabbi dan da'ie memerlukan ilmu pengetahuan. Seperti yang saya katakan tadi, proses belajar itu tidak pernah berhenti. Istiqamah dalam menuntut ilmu. Ilmu yang kita ada merupakan bahan dakwah kita, meskipun kecil bilangannya. Perlunya dakwah tanpa menunggu diri menjadi sempurna kerana kita perlu saling mengejutkan daripada lena dunia. Dakwah juga perlu Istiqamah. Apabila kesedaran perlunya menuntut ilmu ada, maka kesedaran untuk berdakwah pun wujud dan apabila kita sedar perlunya berdakwah maka kesedaran untuk menuntut ilmu itu perlu. Lahirlah istilah istiqamah dalam kedua-duanya.

-we cannot be good believer in one day. we have to get close in entire our life-

cr:halaqah 2, saturday,lr2,edu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan