Langkau ke kandungan utama

Muhammad al-Fatih

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.

Sekali lagi, saya menunda penulisan sambungan proses thinking, dan post mengenai Salahuddin al-Ayubi, serta sedikit perkongsian yang saya perolehi ketika mengikuti recording tv al-Hijrah episod Isra' & Mikraj bersama Imam Suhaib. Tidak lupa,sebagai peringatan kepada diri ini, buku perempuan nan bercinta belum habis dibaca. Kita lanjutkan, semasa berada di alam kampus terdapat beberapa perkara menjadi momen terindah saya, salah satunya, memiliki buku Muhammad al-Fatih 1453. Sebelumnya, saya mencari karya pak Abdul Latip Talib kemudiannya saya miliki bok hasil karya Ustadz Felix Siauw.

 Maka, tentu saja hari ini bertambah-tambah momen terindah saya tatkala menyaksikan sendiri dengan mata telinga saya, Ustadz menyampaikan ucapnya. Alhamdulillah. Matlamat saya tahun lalu sudah tercapai.

Secara terus-terang, saya tidak mampu datang dengan idea yang kreatif untuk menyampaikan sedikit ilmu yang ingin saya kongsikan kepada kalian. (saya sampaikan mengikut kronologi yg Ustadz Felix guna tadi pagi) Sebelumnya, mari kita mencari makna Bisyarah,iaitu khabar gembira mengenai masa depan yang disampaikan oleh Allah dan Rasulullah s.a.w. yang tidak terjangkau dek mata dan akal manusia. Sebagai contoh, mengenai adanya syurga. Bagi muslimin, janji Allah dan bisyarah Rasulullah s.a.w. seumpama sepohon pokok tempat berteduh di tengah terik, bagaikan harapan di tengah-tengah keputusasaan. Makanya, sesukar manapun ujian yang dilalui di dunia ini, hujungnya sudah kita ketahui bahawa ada syurga yang menanti.

Memetik petikan dalam buku Beyond the Inspiration, "salah satu bisyarah yang dapat menginspirasi setiap muslim adalah bisyarah Rasulullah s.a.w. yang disampaikan oleh Abdullah bin Amru kepada para sahabat":
"Abdullah bin Amru bin al-Ash berkata, "ketika kami duduk di sekeliling Rasulullah s.a.w. untuk menulis, tiba-tiba baginda ditanya tentang kota manakah yang akan ditaklukkan terlebih dahulu, Konstantinopel atau Rom? Rasulullah s.a.w. menjawab, "Kota Heraklius ditaklukkan terlebih dahulu
(maksudnya Konstantinopel)." Hadith Riwayat Ahmad.


"Kalian pasti akan membebaskan Konstantinopel, sehebat-hebat amir (panglima perang) adalah amirnya dan sekuat-kuatnya pasukan adalah pasukannya." Hadith Riwayat Ahmad.

Ketika itu, terdapat dua kota terkuat di dunia iaitu Kota Rom yang merupakan ibukota Imperium Romawi Barat (Rom) dan Kota Konstantinopel yang merupakan ibukota Imperium Romawi Timur (Byzantium). Bisyarah Rasulullah merupakan petunjuk dan khabar gembira bagi kaum Muslimin bahawa kedua-dua kota tersebut pasti akan ditakluk dan dibebaskan oleh kaum muslimin.

Keyakinan seperti apakah yang dimiliki oleh para sahabat ketika itu? saat Islam belum kukuh, jangankan di mata dunia, malahan di Tanah Arab pun tidak, tambahan lagi para sahabat sendiri belum pernah melihat kedua kota tersebut seperti apa. Mereka malah tidak bertanya, "dapat atau tidak" tetapi mengemukakan "yang mana dulu". Nah, lihat keyakinan para sahabat, sejauh mana tertinggalnya keyakinan kita? Ada yang berkata, "ya, lebih bagus kalau sistem khilafah boleh bangkit semula, tapi ia sangat impossible. Ia di luar imaginasi saya." Seriously, saya pernah dengar kata-kata ini di depan saya sendiri, dan orang itu seorang yang 'berpengetahuan luas dalam dunia politik', belajar sampai UK lagi. Terus yang timbul dalam hati saya apa? 'apa aku salah pilih guru ni?'

Kasihan, kita orang Islam tidak meyakini sedangkan orang Barat sudah mengatur pelbagai stratergi melemahkan ummat Islam dari sebesar-besar hal sampai sekecil-kecilnya sejak berabad lamanya. Bukankah itu sudah cukup menunjukkan betapa mereka khuatir kalau kita bangkit dan tertegaknya sistem khilafah semula? Seperti mana gerunnya mereka kepada seorang sultan yang telah berjaya menembusi tembok kota Konstantinopel, Sultan Muhammad al-Fatih. Setelah lewat 825 tahun penantian, akhirnya terbukti salah satu daripada bisyarah Rasulullah s.a.w. tersebut.

Cubaan untuk menakluk kota konstantinopel sudah mulai semenjak zaman para sahabat lagi. Para sahabat berlumba-lumba mengejar status panglima dan pasukan terbaik yang disebutkan dalam hadith tersebut. Namun tiada yang berjaya sehinggalah ia tertunai di tangan seorang sultan yang baru berusia 23 tahun ketika itu. Pada 29 Mei 1453, azan asar yang pertama di kumandangkan setelah bertahan, berperang dan bergelut selama 54 hari di tembok kota konstantinopel. Allahuakhbar!

Pun begitu, tertakluknya Kota Konstantinopel bagi kaum Muslim bukanlah pada 29 Mei 1453, bagi orang yang beriman, kota Konstantinopel ditakluk sejak Rasulullah mengatakan bahawa "Kalian pasti akan membebaskan Konstantinopel...".

Melihatkan situasi sekarang, sememangnya sukar kita katakan bahawa sistem khilafah akan tertegak semula jika kita cuma guna mata dan akal. Guna mata, yang dilihat ummat Islam melulu miskin, korupsi, perang, pokoknya yang jelek-jelek. Guna akal logika pening, dari mana datang kejayaan kalau begini kondisinya. Makanya, apa yang perlu kita pegang sekarang adalah bisyarahnya Rasulullah s.a.w.. Bisyarah Rasulullah itu tidak pakai mata dan akal, tapi pakai keimanan, sejauh mana kita yakin pada kata-kata baginda. Kita perlu follow para sahabat dan kaum muslim terdahulu di mana, they believe in something that can't be seen by eyes. Justeru, bisyarah pertama sudah terlaksana, ada satu lagi yang tinggal, iaitu penaklukkan kota Rom.

Life is choice. Mahu jadi liberal ka, atau mahu jadi seorang yang tunggu hasil, atau mahu jadi orang yang buat banyak alasan (kategori ini paling ramai) atau mahu jadi seorang yang tegakkan Islam. Di luar sana, sudah ramai saudara seIslam yang sudah menanamkan azam untuk menakluk kota Rom, malahan meninggalkan waris kepada anak-anak mereka kerana tampaknya kebangkitan itu bukan dalam waktu terdekat. Merenung diri sendiri, apa yang sudah saya persiapkan? Imam Syafie, Sultan Muhammad al-Fatih dan banyak lagi tokoh tersohor dalam sejarah Islam, semuanya bermula dengan didikan awal dari rumah. Semuanya hafaz al-Quran seusia kecil lagi. Lantas, saya teringat kata-kata ini, "Kemenangan Islam adalah janji Allah,dengan atau tanpa kita. Jika kita tidak mengambil peranan perjuangannya, pasti ada yang lain. Bukan Islam yang memerlukan kita, tapi kitalah yang membutuhkan Islam. Hidup adalah pilihan.Mahu ambil peranan atau tidak. Maka teruslah melangkah, meski semua manusia berhenti."

(terima kasih yang tak terhingga kepada seorang teman yang tidak putus-putus bercerita mengenai Sultan Muhammad al-Fatih, melaluinya aku kenal sistem Khilafah. Melaluinya juga, aku temui insan yang luar biasa kerana azam dan ambisinya tinggi sehinggakan aku melihat jalan-jalan kehadapan bukan suatu yang mustahil. Jazakallah hu khairan)

_Mega Quranic Inspiration Training,ustadz Felix, 03.03.2013_tarikh jatuhnya sistem khalifah ketika pemerintahan Kamal Ataturk.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

Petunia berbunga

Assalamu'alaikum dan selamat pagi Hari ini, bunga petunia dari pokok pertama sudah kembang. Aku cuba belek buku catatanku yang sempat aku coret-coret dua minggu pertama aku berkebun. Antara nota aku tulis adalah, petunia suka matahari, paling senang mahu tumbuh, paling cepat 3 hari. Elakkan tanah becak. Petunia ada banyak jenis, tapi yang aku tanam ni baka 'Multiflora Natural Dwarf Multis Mix'. Secara ringkasnya dia jenis renek dan paket ini biji benihnya campur-campur jadi bunganya nanti akan diketahui warnanya apabila sudah kembang. Mulanya aku teruja menanam petunia sebab bunganya yang meriah. Tetapi makin lama aku makin tawar sebab sewaktu ia kecil dulu ia sungguh ketot. Aku balik-balik mengira bilalah ia mahu membesar. Sampaikan aku beralih kasih ke aster. Ya, balik-balik aster aku update sebab aster rajin berdaun dan besar-besar pula saiznya. Seminggu lalu, aku belum perasan lagi pokok petunia ni berbatang. Aku perasan apabila sudah ada 3 kuntum bunga mahu terbent