Langkau ke kandungan utama

untuk kamu

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.

Cuti pertengahan semester sudah bermula. Seperti biasa, sendiri menjalani kehidupan sehari-hari di teratak Sumayyah. Ada rindu menggamit kenangan bersama Maha tahun lalu. Kini, tinggallah saya keseorangan, rindu amat untuk menatap senyumnya. Ya Allah, tabahkan hati ini, biar ku usung rindu ini kerana di situ ada manisnya ukhwah. (al-Fatiha) Maha sudah selamat sampai tiba di negaranya dua minggu lalu dan sudah memulai pengajiannya minggu lalu. Masih terbayang kunjungannya yang kerap, mengisi kesunyian dan keseoranganku.

Kelmarin, sepetang 'berbicara' lewat maya dengan sahabat saya, Fatmawati Hj Nordin. Dalam berbicara itu, saya terasa kehilangan. Iya benarlah, kita tidak akan rasa pentingnya seseorang itu sehinggalah kita kehilangannya. Sungguh! Peluang yang ada cuma muncul sekali. Peluang itu selalu disiakan dengan pelbagai alasan. Berharap, apa mungkin akan ada peluang kedua? Entah lah susah mahu cakap, sebab kalau adapun peluang kedua, besar kemungkinan, akan ada alasan yang lain-lain lagi. Akhirnya peluang kedua itu disiakan sekali lagi. Jadi, apa mungkin masih menyimpan cita untuk meminta peluang kedua? Saya sedang dalam proses belajar untuk tidak mementingkan diri sendiri. Untuk kamu.

Ini agak peribadi, tapi saya takut tidak punya peluang untuk menjelaskan semuanya kepadanya, kepada kamu. Semuanya berlaku dalam waktu yang pantas. Saya tidak pernah terfikir hadir dan tiadanya kamu merupakan sebahagian daripada hidup saya. Itu kamu. Bukan saya. Terserlahlah ketamakan diri. Itu saya, insan yang cuma tahu menerima warkah tanpa berbudi untuk membalasnya. Itu saya, cuma tahu menggenggam sekuntum bunga ros tanpa mahu ditusuk duri. Itu saya, hanya tahu mendengar bait lagu tanpa mengarangnya. Itu saya, datang dan perginya kamu tanpa perlu diundang dan dipamit. Itu saya, sekadar menabur janji tertunainya tidak. Itu semua SAYA.

Ambisi , cuma itu yang masih saya pegang. Selainnya sudah saya korbankan. Kata yang tersimpan buat kamu, MAAFKAN SAYA dan TERIMA KASIH.

(rindu masa 'usia muda' dulu, kita ada sakura,sasuke dan naruto)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rindu karya Tere Liye

Assalamu'alaikum w.b.t. Seperti entri yang sebelumnya, kalo soal buku, aku tidak bertujuan menceritakan sinopsis. Ia lebih kepada elemen-elemen yang berkaitan dengan opini (bukan kritik) atau kadang bersifat personal, yang terkait dengan hidupku. hahahahaha. Apa-apa la. Melewati usia dua puluh-an aku tidak pernah beli novel berbahasa Melayu. Ini merupakan buku fiction pertama yang ku beli karya dari seberang. Saat ku lihat judul novel ini, Rindu, aku seperti terpanggil untuk mengetahui sinopsisnya. Ternyata latar yang diambil adalah Makassar! Itu merupakan sebab perdana aku beli buku ini. hahahahaha.  Selepas buku Hamka, Tenggelamnya kapal van der wijck, seingat aku tiada buku berlatarbelakangkan Makassar yang ku baca. Keterujaannya itu lain sekali. Dan semuanya terkait perihal "laut" & "kapal". Meski jurai keturunanku merupakan Bugis "daratan" yang tinggal di gunung, aku selalu menyanjung mereka yang tinggalnya di laut. Keberanian mere...

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i...

Book: Psychology from an Islamic Perspective A Guide to Teaching and Learning

Assalamualaikum dan selamat malam. Ini merupakan percubaan kelima untuk menulis pasca-membaca buku. Sejujurnya aku menghabiskan pembacaanku ini hampir memakan masa selama setahun.  Teman sebelah rumah yang kebetulan biliknya bersebelahan dengan ruang tidurku, menjadi saksi kegilaanku yang adakalanya di tengah lewat malam melontarkan butir perenggan demi perenggan. Aku berusaha, kawan! Aku menghargai tiap helaian yang ada di rak buku itu.  Oleh kerana aku tidak lagi berada di barisan akademik, pastilah aku tidak akan mengulas secara terperinci isi kandungannya. Buku ini diterbitkan oleh IIUM Press, editornya pula Noraini M. Noor.  Terdapat dua bahagian, Part One & Part Two. Suka untuk aku kongsikan, salah satu artikel yang terdapat dalam koleksi ini iaitu, The Islamization of Psychology oleh Malik Badri.  Di bawah subtopik, The "who" of the Islamisation of Western Psychology . Penulis ada menyatakan tentang ciri-ciri yang perlu bagi Pengislamisasi Psikologi. 1. ...