Langkau ke kandungan utama

tinggal pergi

Assalamualaikum w.b.t. & selamat malam

     Hari ni saya tertinggal buku 'The Alchemist' karya Paulo Coelho di perhentian bas Mahallah Nusaibah. Sekitar jam 12, saya dan Chua menuju keluar membeli barang harian dan kemudiannya kembali ke uia sekitar jam 3. Dalam tempoh itu, tangan saya asing sekali tanpa buku. ceh. Hahaha. Bukan menunjuk, tetapi saya ada masalah untuk tampil di hadapan khalayak, kalau bukan sekadar skrol-skrol hp, saya genggam buku. Adalah teman yang tidak akan khianat dan mungkir, itulah erti buku bagi saya.

     Sesampai kami di bilik, saya baru tersedar kalau fizik buku tu ternyata tiada di beg saya. Haru jadinya. Dalam hujan berangin tadi saya redah ke perhentian bas Nusaibah. Appearance? Sekadar menutup aurat, kawan. "The Alchemist" merupakan salah satu daripada senarai buku yang saya ingin miliki semester ini. Sedikit lagi hati saya goyah, 'ah, beli saja yang baru...' Tapi dalam goyah begitu, kaki saya laju saja melangkah.

     Mujur, ia tetap di situ. Meski rintik-rintik hujan sudah menyapa fiziknya. Kamu tahu, saya tidak kisah kalau buku ini diambil oleh tangan lain kerana saya yakin benar kalau tangan itu merupakan tangan yang selayaknya memilikinya. Yang saya risau kalau buku ini terbiar di situ dan saya terlupa akannya. Dan tiada siapa yang menyelamatkannya. Seperti buku-buku yang terbiar di cafe mahallah. Saya rasa saban semester kalau dikumpul semuanya, boleh buat library sudah. Terlalu banyak buku yang terbiar. Di mana tangan-tangan yang sepatutnya bertanggungjawab akannya? Kenapa khianati dan mungkiri?

Teman baru untuk semester ini sudah bertambah ke angka 22. Mujur dapat bilik serba mega fasilitinya, Dapatla saya muatkan teman-teman ini di satu tempat yang sama. Bakal diterbangkan ke mini library di rumah mak midbreak ini. InsyaAllah.
     

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share

Lirik Lagu:::Permata yang dicari

Assalamualaikum w.b.t.  Salam Maal Hijrah.Azam baru? Rasanya terdapat dalam kalangan anda,mungkin berkongsi azam dengan saya. Permata yang dicari ,saya tersenyum sendiri mendengar lagu ini.Baitnya penuh dengan makna.Rasanya tak perlu dihuraikan,sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti dapat 'menangkap' maksud yang disampaikan.Bukan sahaja melodi yang sesuai,malah lagu ini juga mempunyai pakej tersendiri,iaitu bait-bait 'doa' . Hadirnya tanpa kusedari Menggamit kasih cinta bersemi Hadir cinta insan padaku ini Anugerah kurniaan Ilahi Lembut tutur bicaranya Menarik hatiku untuk mendekatinya Kesopanannya memikat di hati Mendamaikan jiwaku yang resah ini Ya Allah Jika dia benar untukku Dekatkanlah hatinya dengan hatiku Jika dia bukan milikku Damaikanlah hatiku Dengan ketentuan-Mu Dialah permata yang dicari Selama ini baru kutemui Tapi ku tak pasti rencana Ilahi Apakah dia kan kumiliki Tidak sekali dinodai nafsu Akan kubatasi dengan syariat-Mu Jika dirin...

Book: Psychology from an Islamic Perspective A Guide to Teaching and Learning

Assalamualaikum dan selamat malam. Ini merupakan percubaan kelima untuk menulis pasca-membaca buku. Sejujurnya aku menghabiskan pembacaanku ini hampir memakan masa selama setahun.  Teman sebelah rumah yang kebetulan biliknya bersebelahan dengan ruang tidurku, menjadi saksi kegilaanku yang adakalanya di tengah lewat malam melontarkan butir perenggan demi perenggan. Aku berusaha, kawan! Aku menghargai tiap helaian yang ada di rak buku itu.  Oleh kerana aku tidak lagi berada di barisan akademik, pastilah aku tidak akan mengulas secara terperinci isi kandungannya. Buku ini diterbitkan oleh IIUM Press, editornya pula Noraini M. Noor.  Terdapat dua bahagian, Part One & Part Two. Suka untuk aku kongsikan, salah satu artikel yang terdapat dalam koleksi ini iaitu, The Islamization of Psychology oleh Malik Badri.  Di bawah subtopik, The "who" of the Islamisation of Western Psychology . Penulis ada menyatakan tentang ciri-ciri yang perlu bagi Pengislamisasi Psikologi. 1. ...