Langkau ke kandungan utama

Buang

Assalamualaikum dan selamat malam

Aku selalu merasakan begini, ada masanya langsung membuang sesuatu yang sebelumnya tidak sanggup untuk aku buang.

?

Timing.

Pernahkah kalian melalui detik ketika sedang mengemas, proses untuk memilih yang mana selayaknya disimpan dan yang mana seharusnya diketepikan. Aku seorang yang sangat susah untuk membuang barang-barang kepunyaanku. I keep telling myself, 'ah, nanti waktu lain mengemas, aku akan buang barang tersebut'.

Tapi, waktu lain itu tidak kunjung tiba.

Ada waktunya, kamu pandang barang tersebut, dan dengan berlapang dada, membuangnya.

Merelakan.

Waktu itu datang dengan sendirinya.

Walaupun hari besok, mungkin ingatan tentangnya tidak akan padam, adakalanya ia lenyap dengan sendiri. Pergi seperti tidak pernah wujud.

Sedikit sentimental. Melankolik.

Realiti hidup, tidak semua perkara harus digalas dibahu. Ada memori yang harus dibawa, ada yang selalu dikenang, ada yang terlupakan.

Maka, hargai waktu sekarang. Apa pun yang berada di bawah jagaan, kepunyaan, pemilikan... hargailah. Dan bila tiba masa untuk melepaskan, kenang jika perlu, dan lupakan bila mampu.

Kondisi hati yang utama. Put it in easy condition. Selalu merasa bahagia itu mustahil,tetapi setidaknya bila sedih dan kecewa beraksi, kita tidak akan pernah hilang harap. Selalu ada pengorbanan. Semoga pengorbanan adalah setimpal dengan jalan hidup yang dipilih.

Berapa banyak waktu terbuang memikirkan kapan harus dibuang toksik, walhal ada waktunya kamu melepaskan pergi tanpa perlu berfikir panjang.

Tidak pernah menganggap yang dibuang adalah kotor dan negatif. It just to put something meaning into life.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share

Lirik Lagu:::Permata yang dicari

Assalamualaikum w.b.t.  Salam Maal Hijrah.Azam baru? Rasanya terdapat dalam kalangan anda,mungkin berkongsi azam dengan saya. Permata yang dicari ,saya tersenyum sendiri mendengar lagu ini.Baitnya penuh dengan makna.Rasanya tak perlu dihuraikan,sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti dapat 'menangkap' maksud yang disampaikan.Bukan sahaja melodi yang sesuai,malah lagu ini juga mempunyai pakej tersendiri,iaitu bait-bait 'doa' . Hadirnya tanpa kusedari Menggamit kasih cinta bersemi Hadir cinta insan padaku ini Anugerah kurniaan Ilahi Lembut tutur bicaranya Menarik hatiku untuk mendekatinya Kesopanannya memikat di hati Mendamaikan jiwaku yang resah ini Ya Allah Jika dia benar untukku Dekatkanlah hatinya dengan hatiku Jika dia bukan milikku Damaikanlah hatiku Dengan ketentuan-Mu Dialah permata yang dicari Selama ini baru kutemui Tapi ku tak pasti rencana Ilahi Apakah dia kan kumiliki Tidak sekali dinodai nafsu Akan kubatasi dengan syariat-Mu Jika dirin...

Book: Psychology from an Islamic Perspective A Guide to Teaching and Learning

Assalamualaikum dan selamat malam. Ini merupakan percubaan kelima untuk menulis pasca-membaca buku. Sejujurnya aku menghabiskan pembacaanku ini hampir memakan masa selama setahun.  Teman sebelah rumah yang kebetulan biliknya bersebelahan dengan ruang tidurku, menjadi saksi kegilaanku yang adakalanya di tengah lewat malam melontarkan butir perenggan demi perenggan. Aku berusaha, kawan! Aku menghargai tiap helaian yang ada di rak buku itu.  Oleh kerana aku tidak lagi berada di barisan akademik, pastilah aku tidak akan mengulas secara terperinci isi kandungannya. Buku ini diterbitkan oleh IIUM Press, editornya pula Noraini M. Noor.  Terdapat dua bahagian, Part One & Part Two. Suka untuk aku kongsikan, salah satu artikel yang terdapat dalam koleksi ini iaitu, The Islamization of Psychology oleh Malik Badri.  Di bawah subtopik, The "who" of the Islamisation of Western Psychology . Penulis ada menyatakan tentang ciri-ciri yang perlu bagi Pengislamisasi Psikologi. 1. ...