Langkau ke kandungan utama

Pay as much as you want

Assalamualaikum dan selamat malam

Setiap hal yang berlaku ada timbal baliknya. Setiap yang kita minta dan terima bukan secara percuma.

Agak sulit. Hidup adalah percuma. Pilihan adalah kita. Tapi di akhirnya setiap nyawa terikat dengan bayaran. Tiada yang berlaku begitu saja. Ada punca dan sebabnya. Hikmahnya.

Aku datang ke sini dengan satu tujuan. Menjadi penulis. Pengkarya cerita. Menyusun hidupnya orang dalam bentuk kata. Tapi ternyata aku terperangkap dalam dunia yang aku cipta sendiri. Sukar membedakan. Identiti dan omongan.

Persepsiku campur-campur.

Ketika berlegar-legar di koridor kuliah, aku berfikir kalau teori-teori yang ku pelajari di ruang kelas itu "khurafat". Hasilnya, semua perkataan aku sumbat semoga lulus dan bisa genggam segulung ijazah.

Setelah lewat kuliah, berada dalam masyarakat, satu persatu teori muncul di benak.

Bukan semua sistem pendidikan kosong. Cuma dunia sekarang menuntut kita menjadi orang lain. Dunia sudah keliru. Hak tiada tempat. Yang terjadi, jadilah.

Bagi mengakhiri tulisan malam ini, Tuhan tidak kejam. Diciptakannya makhluk bersama kepentingan dan keperluan. Kerana tiada sempurna. Jalanilah hari sebagai manusia biasa. Tiada halangan untuk menjadi manusia luar biasa, tapi penuhi dulu kehendak standard seorang manusia.. kerana kita bukan monster.

Sejak bayi kita suda belajar mengenal keperluan. Kenapa sudah dewasa hendak melawan Tuhan? Makanlah usah dibiar lapar. Minumlah kenapa harus merasa haus. Tidurlah, sandarkan bahumu kerana besok masi punya harapan.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share

Lirik Lagu:::Permata yang dicari

Assalamualaikum w.b.t.  Salam Maal Hijrah.Azam baru? Rasanya terdapat dalam kalangan anda,mungkin berkongsi azam dengan saya. Permata yang dicari ,saya tersenyum sendiri mendengar lagu ini.Baitnya penuh dengan makna.Rasanya tak perlu dihuraikan,sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti dapat 'menangkap' maksud yang disampaikan.Bukan sahaja melodi yang sesuai,malah lagu ini juga mempunyai pakej tersendiri,iaitu bait-bait 'doa' . Hadirnya tanpa kusedari Menggamit kasih cinta bersemi Hadir cinta insan padaku ini Anugerah kurniaan Ilahi Lembut tutur bicaranya Menarik hatiku untuk mendekatinya Kesopanannya memikat di hati Mendamaikan jiwaku yang resah ini Ya Allah Jika dia benar untukku Dekatkanlah hatinya dengan hatiku Jika dia bukan milikku Damaikanlah hatiku Dengan ketentuan-Mu Dialah permata yang dicari Selama ini baru kutemui Tapi ku tak pasti rencana Ilahi Apakah dia kan kumiliki Tidak sekali dinodai nafsu Akan kubatasi dengan syariat-Mu Jika dirin...

Book: Psychology from an Islamic Perspective A Guide to Teaching and Learning

Assalamualaikum dan selamat malam. Ini merupakan percubaan kelima untuk menulis pasca-membaca buku. Sejujurnya aku menghabiskan pembacaanku ini hampir memakan masa selama setahun.  Teman sebelah rumah yang kebetulan biliknya bersebelahan dengan ruang tidurku, menjadi saksi kegilaanku yang adakalanya di tengah lewat malam melontarkan butir perenggan demi perenggan. Aku berusaha, kawan! Aku menghargai tiap helaian yang ada di rak buku itu.  Oleh kerana aku tidak lagi berada di barisan akademik, pastilah aku tidak akan mengulas secara terperinci isi kandungannya. Buku ini diterbitkan oleh IIUM Press, editornya pula Noraini M. Noor.  Terdapat dua bahagian, Part One & Part Two. Suka untuk aku kongsikan, salah satu artikel yang terdapat dalam koleksi ini iaitu, The Islamization of Psychology oleh Malik Badri.  Di bawah subtopik, The "who" of the Islamisation of Western Psychology . Penulis ada menyatakan tentang ciri-ciri yang perlu bagi Pengislamisasi Psikologi. 1. ...