Langkau ke kandungan utama

Minimal

Assalamualaikum dan selamat malam

Lanjutan topik sebelum ini, aku ingin berbicara mengenai minimalism.

Melalui hari-hari baru, aku perasan kalau sebenarnya yang sebelum ini aku kejarkan adalah suatu yang sia-sia.

Kenapa perlu menghabiskan tenaga kepada sesuatu yang sebenarnya tidak berkesinambungan dengan hidupku hari ini.

Nyatalah tidak semua tetapi ada hal yang seharusnya aku biarkan dan tinggalkan.

Bukan juga hidup dalam penyesalan. Aku merasakan belum terlewat untuk mengubah cara hidup kerana masa yang masih diberi peluang masi terbuka.

Dalam hidup, tidak kira seberapa banyak yang kita terima kalau tidak tahu menghargai, tidak ada makna. Bukan pula bermaksud hidup seadanya tapi cuba untuk mencapai tahap bahagia tanpa perlu mengumpul semua dalam genggaman. Seperti genggaman yang kita punya, apa yang mahu kita gapai dengan tangan ini... too much will make you in despair.

Tidak semua adalah milik kita. Ada yang harus disimpan supaya yang benar-benar hak terima. Tapi kalau memang sesuatu benda atau perkara itu bisa buat kita bahagia, ya, usahalah sedaya mungkin.

Masalah kita hari ini, terlalu memandang pada genggaman orang lain. Apabila orang menarik A, kita pun mahu tarik A. Walhal yang harus kita teliti, mencari apa yang benar-benar kita perlukan untuk capai bahagia. Apabila tangan yang menggapai dan mata yang melihat bukanlah diri kita, di situ wujud ketidakseimbangan. Yang patut kita kejarkan dibiarkan...

Dahulu, aku selalu berfikir kalau punya lebih banyak barang akan buat aku lebih bahagia. Baju... kasut... beg... tapi hakikatnya bila semakin aku kumpul, tiada makna dalam kamus bahagiaku.

Mengamalkan minimal membuat aku berfikir panjang, apa sahaja yang memberi makna dalam hidup. Baju? Ingat lagi sewaktu kecil, ketika keluarga kami cukup-cukup makan, waktu perayaan adalah waktu yang paling ditunggu. Kerna waktu itu sahaja aku dapat membeli baju kurung baru... sekarang, ketika sudah punya wang sendiri, bertukar-tukar baju setiap hari tidak mendatangkan untung melainkan pubrik baju dan mall.

Sebenarnya minimal bukan bermaksud hidup semiskin mungkin. Ia tentang meminimumkan kepunyaan dengan menghadkan konsumi. Hanya bila perlu. Itu pendapatku la.

Masih ingat d zaman kuliah, makan satu ayam bagi satu sesi makan tidak pernah puas.. aku cakap sama diriku, 'kalau aku punya wang lebih.. aku beli banyak lagi..' tapi ternyata punya wang lebih seperti sekarang tidak memberi apa-apa istimewa. Aku bole makan sampai berapa banyak ketul, at the end... ia tidak pernah berpenghujung.

Manusia tidak pernah puas satisfaksi dengan apa yang dia punya. In this life, the most important thing is to realize how much you really need. Need to set a boundry, so you only consume  the portion for your happiness. Don't exceed the limit.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rindu karya Tere Liye

Assalamu'alaikum w.b.t. Seperti entri yang sebelumnya, kalo soal buku, aku tidak bertujuan menceritakan sinopsis. Ia lebih kepada elemen-elemen yang berkaitan dengan opini (bukan kritik) atau kadang bersifat personal, yang terkait dengan hidupku. hahahahaha. Apa-apa la. Melewati usia dua puluh-an aku tidak pernah beli novel berbahasa Melayu. Ini merupakan buku fiction pertama yang ku beli karya dari seberang. Saat ku lihat judul novel ini, Rindu, aku seperti terpanggil untuk mengetahui sinopsisnya. Ternyata latar yang diambil adalah Makassar! Itu merupakan sebab perdana aku beli buku ini. hahahahaha.  Selepas buku Hamka, Tenggelamnya kapal van der wijck, seingat aku tiada buku berlatarbelakangkan Makassar yang ku baca. Keterujaannya itu lain sekali. Dan semuanya terkait perihal "laut" & "kapal". Meski jurai keturunanku merupakan Bugis "daratan" yang tinggal di gunung, aku selalu menyanjung mereka yang tinggalnya di laut. Keberanian mere...

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i...

Book: Psychology from an Islamic Perspective A Guide to Teaching and Learning

Assalamualaikum dan selamat malam. Ini merupakan percubaan kelima untuk menulis pasca-membaca buku. Sejujurnya aku menghabiskan pembacaanku ini hampir memakan masa selama setahun.  Teman sebelah rumah yang kebetulan biliknya bersebelahan dengan ruang tidurku, menjadi saksi kegilaanku yang adakalanya di tengah lewat malam melontarkan butir perenggan demi perenggan. Aku berusaha, kawan! Aku menghargai tiap helaian yang ada di rak buku itu.  Oleh kerana aku tidak lagi berada di barisan akademik, pastilah aku tidak akan mengulas secara terperinci isi kandungannya. Buku ini diterbitkan oleh IIUM Press, editornya pula Noraini M. Noor.  Terdapat dua bahagian, Part One & Part Two. Suka untuk aku kongsikan, salah satu artikel yang terdapat dalam koleksi ini iaitu, The Islamization of Psychology oleh Malik Badri.  Di bawah subtopik, The "who" of the Islamisation of Western Psychology . Penulis ada menyatakan tentang ciri-ciri yang perlu bagi Pengislamisasi Psikologi. 1. ...