Langkau ke kandungan utama

siapa?

Assalamualaikum w.b.t.
Sudah lama tidak berbicara lewat laman blog ini. Bukan tiada cerita,ada . Tapi adakalanya, aku berfikir sekali,dua kali, tiga kali...haruskahku kisahkan? Risau di hati melanda andai laman ini menjadi tempat pertama pengaduan sedangkan DIA kan ada?

Sejak akhir-akhir ini,sering menerima panggilan yang tidak diketahui daripada orang yang tidak dikenali. Dari seberang! Lantas ku khabarkan terlebih dahulu kepada bonda. Ternyata itu bukan nombor handphone yang dikenali.Siapa?

Bonda menasihatiku supaya tidak mengendahkan panggilan itu. Terus-terang,aku bukan insan yang boleh bergayut di handphone berjam-jam lamanya.Seminit juga payah..huhuhu Hendak jawab panggilan? Aku paling tidak suka...bukan secara azali tetapi ada sebabnya..satu peristiwa yang menyebabkan aku da set kat mind aku. Kecuali untuk ayahbonda dan beberapa rakan terpilih.(mungkin fatma,as,man,suhi,epy,naini...)

Berbalik pada cerita asal, bonda kata, dia pun selalu dapat panggilan yang tak dikenali. Terutama dari seberang! Bonda kata lagi, berjaga-jaga..mungkin tu satu perangkap. Sekarang ni,'guna-guna' pun boleh 'dikirim' melalui telefon..facebook..huhuhu aku terkedu seketika.

Terus-terang, aku tak suka sebut perkara-perkara seperti ni. Zaman melenium ni, ada lagi orang yang 'mengamalkan' benda-benda macam tu.Huh,almaklum,manusia akhir zaman lagi 'rosak' akidahnya.. sanggup buat apa sahaja yang penting dapat apa yang dihajati. Kadang-kadang bab-bab nak balas dendam...huhuhu..no more explanation.

Keluargaku...salah satu sasaran orang-orang yang tak berhati perut ini...aku terkadang tak boleh terima kenyataan,kenapa harus ada perkara seperti sedemikian? Mungkin semalam bonda yang jadi sasaran..mungkin hari ini aku pula? Ya ALLAH,sesungguhnya hanya tempatMu lah aku meminta perlindungan...

Aku risau, aku yang selalu lalai..dapatkah lagi ku pertahankan pendinding diri?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share

Lirik Lagu:::Permata yang dicari

Assalamualaikum w.b.t.  Salam Maal Hijrah.Azam baru? Rasanya terdapat dalam kalangan anda,mungkin berkongsi azam dengan saya. Permata yang dicari ,saya tersenyum sendiri mendengar lagu ini.Baitnya penuh dengan makna.Rasanya tak perlu dihuraikan,sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti dapat 'menangkap' maksud yang disampaikan.Bukan sahaja melodi yang sesuai,malah lagu ini juga mempunyai pakej tersendiri,iaitu bait-bait 'doa' . Hadirnya tanpa kusedari Menggamit kasih cinta bersemi Hadir cinta insan padaku ini Anugerah kurniaan Ilahi Lembut tutur bicaranya Menarik hatiku untuk mendekatinya Kesopanannya memikat di hati Mendamaikan jiwaku yang resah ini Ya Allah Jika dia benar untukku Dekatkanlah hatinya dengan hatiku Jika dia bukan milikku Damaikanlah hatiku Dengan ketentuan-Mu Dialah permata yang dicari Selama ini baru kutemui Tapi ku tak pasti rencana Ilahi Apakah dia kan kumiliki Tidak sekali dinodai nafsu Akan kubatasi dengan syariat-Mu Jika dirin...

Book: Psychology from an Islamic Perspective A Guide to Teaching and Learning

Assalamualaikum dan selamat malam. Ini merupakan percubaan kelima untuk menulis pasca-membaca buku. Sejujurnya aku menghabiskan pembacaanku ini hampir memakan masa selama setahun.  Teman sebelah rumah yang kebetulan biliknya bersebelahan dengan ruang tidurku, menjadi saksi kegilaanku yang adakalanya di tengah lewat malam melontarkan butir perenggan demi perenggan. Aku berusaha, kawan! Aku menghargai tiap helaian yang ada di rak buku itu.  Oleh kerana aku tidak lagi berada di barisan akademik, pastilah aku tidak akan mengulas secara terperinci isi kandungannya. Buku ini diterbitkan oleh IIUM Press, editornya pula Noraini M. Noor.  Terdapat dua bahagian, Part One & Part Two. Suka untuk aku kongsikan, salah satu artikel yang terdapat dalam koleksi ini iaitu, The Islamization of Psychology oleh Malik Badri.  Di bawah subtopik, The "who" of the Islamisation of Western Psychology . Penulis ada menyatakan tentang ciri-ciri yang perlu bagi Pengislamisasi Psikologi. 1. ...