Langkau ke kandungan utama

pertemuan & perpisahan

Assalamualaikum w.b.t.

PERTEMUAN... terkadang aku mulakan tiap pertemuan itu dengan ukiran senyuman. Pengalaman mengajarku untuk mencuba 'mengikhlaskan' hati,menerima seadanya tiap insan yang pernah kutemui. Ingat lagi pesan seorang guruku, "setiap pertemuan kita dengan seseorang pasti ada hikmahnya. Mereka adalah insan yang DIA hadirkan untuk melengkapkan hidup kita.Agar hidup ini lebih bermakna." Katanya lagi, "tiap pertemuan dengan seseorang adalah sejarah di mana hanya kita dan dia(orang tersebut) sahaja yang mengalami sejarah itu."

Begitu lumrah hidup. Pertemuan pasti berakhir dengan perpisahan. Permulaan pasti ada penamatnya. Aku... setelah berusaha untuk memperbaiki 'sifat' pada tiap pertemuan, cuba menghargai tiap insan yang hadir dalam hidupku, kini berhadapan dengan pengakhiran.

Bagaimana hendak aku lepaskan seandainya dalam diri sudah ku tetapkan mereka adalah keluarga. Bagaimana hendak kulupa tiap senyum yang menyapa, suara yang tiap hari ku dengar... Mereka adalah insan-insan yang telah menceriakan hidupku selama hampir 4bulan berada di menara gading.

Terkadang aku bertanya pada diri sendiri, menyesalkah aku kerana selama ini menanam mereka sebagai sebahagian dalam hidup aku? Selalu memikirkan apa keadaan mereka, sihat, sakit... duka mereka seperti dukaku...ketawa mereka ketawaku...

Aku keliru sendiri. Antara ego dan ikatan persaudaraan. Lantas aku memutuskan, harus menjarakkan diri saat-saat terakhir ini. Tiba masa untuk aku mengucapkan selamat jalan. Biar semua kenangan dulu tinggal menjadi panduan persahabatan. Harus terima kenyataan, pertemuan ini sememangnya akan berakhir.

Mereka merupakan hadiah terindah yang dikurniakanNya buatku. Hadiah yang harus kupulangkan. Pinjaman sementara. Kini, kuikhlaskan... mereka untuk keluar daripada 'kotak hatiku' . Doaku, semoga mereka selalu dalam rahmatNya...

PERPISAHAN...maaf,mungkin selama ini aku nampak seperti orang yang tak menghiraukan kalian. Tetapi di sudut hatiku, ada ruang yang sering memikirkan kalian. Kerana kalian merupakan "keluarga" bagiku. Maaf juga, kerana tak pernah mengucapkan terima kasih atas pertemuan dan penerimaan kalian  sebagai temanku. Maaf lagi, mungkin selama ini aku pernah melakukan silap... maaf ...maaf.. maaf... kerana aku seperti banyak menerima daripada memberi... maaf...

-level3sec1-

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rindu karya Tere Liye

Assalamu'alaikum w.b.t. Seperti entri yang sebelumnya, kalo soal buku, aku tidak bertujuan menceritakan sinopsis. Ia lebih kepada elemen-elemen yang berkaitan dengan opini (bukan kritik) atau kadang bersifat personal, yang terkait dengan hidupku. hahahahaha. Apa-apa la. Melewati usia dua puluh-an aku tidak pernah beli novel berbahasa Melayu. Ini merupakan buku fiction pertama yang ku beli karya dari seberang. Saat ku lihat judul novel ini, Rindu, aku seperti terpanggil untuk mengetahui sinopsisnya. Ternyata latar yang diambil adalah Makassar! Itu merupakan sebab perdana aku beli buku ini. hahahahaha.  Selepas buku Hamka, Tenggelamnya kapal van der wijck, seingat aku tiada buku berlatarbelakangkan Makassar yang ku baca. Keterujaannya itu lain sekali. Dan semuanya terkait perihal "laut" & "kapal". Meski jurai keturunanku merupakan Bugis "daratan" yang tinggal di gunung, aku selalu menyanjung mereka yang tinggalnya di laut. Keberanian mere...

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i...

Book: Psychology from an Islamic Perspective A Guide to Teaching and Learning

Assalamualaikum dan selamat malam. Ini merupakan percubaan kelima untuk menulis pasca-membaca buku. Sejujurnya aku menghabiskan pembacaanku ini hampir memakan masa selama setahun.  Teman sebelah rumah yang kebetulan biliknya bersebelahan dengan ruang tidurku, menjadi saksi kegilaanku yang adakalanya di tengah lewat malam melontarkan butir perenggan demi perenggan. Aku berusaha, kawan! Aku menghargai tiap helaian yang ada di rak buku itu.  Oleh kerana aku tidak lagi berada di barisan akademik, pastilah aku tidak akan mengulas secara terperinci isi kandungannya. Buku ini diterbitkan oleh IIUM Press, editornya pula Noraini M. Noor.  Terdapat dua bahagian, Part One & Part Two. Suka untuk aku kongsikan, salah satu artikel yang terdapat dalam koleksi ini iaitu, The Islamization of Psychology oleh Malik Badri.  Di bawah subtopik, The "who" of the Islamisation of Western Psychology . Penulis ada menyatakan tentang ciri-ciri yang perlu bagi Pengislamisasi Psikologi. 1. ...