Langkau ke kandungan utama

aku,islami dan korea...(1)

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t.
aku,islami dan korea...
Sejujurnya aku sendiri tidak menyangka akan mengutarakan sekali lagi tajuk di atas. Ini disebabkan  kejadian hari ini, apabila mendapat poster 2PM ( HANDS UP ASIA TOUR in MALAYSIA 2011). Sebetulnya, aku hanya ingin membeli kalendar 2012. Kebetulan sebuah majalah... menawarkan kalendar percuma, so its mean, "kill two birds with one stone".hehehe.
perkara yang paling aku suka kat kalendar ni, Cuti2 umum ada dinyatakan & pada bulan November, gambar Beast's member.. hehehe. *wink,wink*

Apa yang ingin ku nyatakan di sini, aku telah sedaya upaya untuk mengurangkan 'virus' k-pop,k-drama... dan apa jua k-... seriously, kalau aku ada adik, aku tak bagi adik aku untuk minat 'benda-benda' ni. Susah benar untuk 'merawatnya'.

Akhir zaman, manusia begitu obses dengan hiburan, di rumah, di kampus, di tempat kerja, time mandi.. time nak tidur...hakikatnya semuanya hanyalah hiburan yang SEMENTARA. Walhal hiburan  hakiki bagi orang MUKMIN ialah mengingati ALLAH seperti solat, zikir dan membaca al-Quran.

ALLAH berfirman yang bermaksud : "Sesungguhnya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang..." (Surah al-Ra'd 13:28)

Aku amat tertarik dengan isu kupasan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi dalam Majalah Solusi (isu no 3) dalam kolum ISU yang bertajuk, "Hiburan Islam Penawar Stres".

Lantas aku bertanya pada diri sendiri, apa mungkin selama ini, aku hanya umpama  mengambil  pil pain killer? Fungsinya hanya menahan rasa 'sakit' buat sementara waktu dan apabila kesan ubat itu hilang, rasa sakit akan kembali lagi kerana punca 'penyakit' tidak diubati.

Astaghfirullah al-adzim...

ALLAH berfirman yang bermaksud:"Sesungguhnya berjayalah mereka yang membersihkan jiwanya. Dan rugilah mereka yang mengotorinya."
(Surah al-Shams 91:9-10)

tag:keep istiqamah.. keluar daripada belenggu yang 'menjerat' hatiku.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share

Lirik Lagu:::Permata yang dicari

Assalamualaikum w.b.t.  Salam Maal Hijrah.Azam baru? Rasanya terdapat dalam kalangan anda,mungkin berkongsi azam dengan saya. Permata yang dicari ,saya tersenyum sendiri mendengar lagu ini.Baitnya penuh dengan makna.Rasanya tak perlu dihuraikan,sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti dapat 'menangkap' maksud yang disampaikan.Bukan sahaja melodi yang sesuai,malah lagu ini juga mempunyai pakej tersendiri,iaitu bait-bait 'doa' . Hadirnya tanpa kusedari Menggamit kasih cinta bersemi Hadir cinta insan padaku ini Anugerah kurniaan Ilahi Lembut tutur bicaranya Menarik hatiku untuk mendekatinya Kesopanannya memikat di hati Mendamaikan jiwaku yang resah ini Ya Allah Jika dia benar untukku Dekatkanlah hatinya dengan hatiku Jika dia bukan milikku Damaikanlah hatiku Dengan ketentuan-Mu Dialah permata yang dicari Selama ini baru kutemui Tapi ku tak pasti rencana Ilahi Apakah dia kan kumiliki Tidak sekali dinodai nafsu Akan kubatasi dengan syariat-Mu Jika dirin...

Book: Psychology from an Islamic Perspective A Guide to Teaching and Learning

Assalamualaikum dan selamat malam. Ini merupakan percubaan kelima untuk menulis pasca-membaca buku. Sejujurnya aku menghabiskan pembacaanku ini hampir memakan masa selama setahun.  Teman sebelah rumah yang kebetulan biliknya bersebelahan dengan ruang tidurku, menjadi saksi kegilaanku yang adakalanya di tengah lewat malam melontarkan butir perenggan demi perenggan. Aku berusaha, kawan! Aku menghargai tiap helaian yang ada di rak buku itu.  Oleh kerana aku tidak lagi berada di barisan akademik, pastilah aku tidak akan mengulas secara terperinci isi kandungannya. Buku ini diterbitkan oleh IIUM Press, editornya pula Noraini M. Noor.  Terdapat dua bahagian, Part One & Part Two. Suka untuk aku kongsikan, salah satu artikel yang terdapat dalam koleksi ini iaitu, The Islamization of Psychology oleh Malik Badri.  Di bawah subtopik, The "who" of the Islamisation of Western Psychology . Penulis ada menyatakan tentang ciri-ciri yang perlu bagi Pengislamisasi Psikologi. 1. ...