Langkau ke kandungan utama

Hobi...

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t...
Ana 'terpaksa' berjaga malam untuk menulis blog kerana line tak clear pada waktu siang. Hendak download lagu juga pada waktu ini. *wink wink* -suddenly wanna download cnblue love girl-

Ana hendak berkongsikan beberapa hasil tangan ana. Hobi yang telah lama ditinggalkan. Drawing.
 Lukisan Naruto dan Sasuke tersebut merupakan pemberian seorang sahabat semasa ana berada di tingkatan 3. Terus-terang, lukisan-lukisan inilah yang mencambahkan minat  melukis dalam diri ana.
Lukisan Fitri Haris ini pula, pemberian seorang adik asrama, Jumy  ketika ana berada di akhir tahun sekolah menengah,SPM. Antara lukisan yang paling ana sayang.

Berikut merupakan hasil karya sendiri.. minat + keupayaan yang sedikit.. *blushing*
Sentuhan pertama ana. No wonder la... setiap bucu kertas tu ada kesan pelekat.
Lukisan couple pertama daripada ana.
harap maaf kerana lukisan baju perempuan tersebut. *bow*



   
antara lukisan yang ana buat pada waktu prep (belajar malam) di hostel pada tahun 2010
Juga terhasil semasa ana berada di bilik prep. Sedikit keanak-anakan.Tetapi lukisan ini mengingatkan ana pada adik-adik asrama tingkatan 1&2 yang sebilik belajar dengan ana pada waktu itu.
lukisan yang tak dapat diteruskan kerana ana sendiri keliru sama ada lelaki/perempuan.
ketiga-tiga lukisan diatas ana menggunakan kertas berwarna pink,so thats why la terdapat warna 'asing' kesan daripada pemadam.
Seperti yang terpapar di atas...terdapat beberapa koleksi lukisan Conan Edogawa. Actually ana telah menunggu sekian lamanya untuk melukis watak ini. Akhirnya ia berakhir semasa cuti STPM haritu.
lukisan yang tak dapat untuk ana tamatkan kerana pada hemat ana, lukisan ini amat 'comel'. huhuhu ottoke? InsyaALLAH, ana akan berusaha untuk memberikan gambaran yang lebih baik daripada ini, dalam kata erti lain, lengkap satu jasad.
ana akhiri dengan seukir senyuman buat para pembaca... *senyum* terima kasi kerana sudi singgah sebentar di blog ana ini.
Setakat ini sahajalah perkongsian ana. Suatu ketika dulu, ana menyangkakan bahawa ana akan menceburi bidang mangaka tetapi menyedari kekurangan bakat, maka ana jadikannya sebagai hobi pada waktu lapang. Cuba untuk mendalami watak-watak islami pula.InsyaALLAH dikesempatan akan datang. *wink*

tag: hampir 2jam bergelumang dengan mengupload lukisan-lukisan ini. Nasib baik ditemani nasyid & kpop's songs... hehehe... credit to cnblue's songs...

Ulasan

  1. Ada sebab Allah beri hobi cik melukis. Mana tahu, hobi ni juga akan beri ketenangan bila cik stress (selalunya gitulah)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i...

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann...

Lirik Lagu:::Permata yang dicari

Assalamualaikum w.b.t.  Salam Maal Hijrah.Azam baru? Rasanya terdapat dalam kalangan anda,mungkin berkongsi azam dengan saya. Permata yang dicari ,saya tersenyum sendiri mendengar lagu ini.Baitnya penuh dengan makna.Rasanya tak perlu dihuraikan,sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti dapat 'menangkap' maksud yang disampaikan.Bukan sahaja melodi yang sesuai,malah lagu ini juga mempunyai pakej tersendiri,iaitu bait-bait 'doa' . Hadirnya tanpa kusedari Menggamit kasih cinta bersemi Hadir cinta insan padaku ini Anugerah kurniaan Ilahi Lembut tutur bicaranya Menarik hatiku untuk mendekatinya Kesopanannya memikat di hati Mendamaikan jiwaku yang resah ini Ya Allah Jika dia benar untukku Dekatkanlah hatinya dengan hatiku Jika dia bukan milikku Damaikanlah hatiku Dengan ketentuan-Mu Dialah permata yang dicari Selama ini baru kutemui Tapi ku tak pasti rencana Ilahi Apakah dia kan kumiliki Tidak sekali dinodai nafsu Akan kubatasi dengan syariat-Mu Jika dirin...