Langkau ke kandungan utama

Hari ini dan semalam =)

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah, perjalanan pulang ke kampung halaman berjalan dengan lancar. ;)
Segala kesulitan terasa mudah kerana DIA mengirimkan 'insan-insan' yang berhati mulia membantu ana. Bermula dengan langkahan kaki ke bus stop Law pada pukul 12 tengah hari. Ya, ana baru terfikir, hari jumaat tentu waktu2 sebegini orang berpusu-pusu nak ke masjid. ahah..nampaknya kena tunggu sejam la. Tetapi seorang sister daripada kuliyyah law telah memberhentikan keretanya dan menumpangkan saya ke Terminal Putra. Dalam perjalanan tu, ana berfikir banyak kali...apa agaknya hikmah disebalik semua ini?

Ujian kecil...
Itulah mainpoint perbualan kitorang semalam. Ana katakan, ana pelajar CELPAD. Actually ada perasaan bimbang bertandang apabila sebut CELPAD. HUHUHU. Hanya pelajar CELPAD yang memahami perasaan ini. Tetapi reaksi sister tu membuatkan ana membuang segala prasangka orang terhadap pelajar CELPAD. Dia kata," ALLAH bagi ujian kecil buat awak sebelum awak tempuhi ujian yang lebih besar. Saya dulu masuk UIA, alhamdulillah terus exit ke kuliyyah tetapi 2 tahun saya menangis coz tak faham apa yang diajar. Tetapi lama-kelamaan saya boleh tempuhi juga."
"Adik saya, sangkut kat CELPAD 2sem, sekarang da kuliyyah. Awak pun pasti boleh. Hadapi ujian kecil ni dengan tenang. Banyakkan berdoa dan yang paling penting jangan malu nak belajar. Biar english kita broken, cakap je coz confident tu penting." Fuhh..ana pun apalagi, tentulah rasa semangat! Tak sabar nak masuk sem baru, berjuang sebagai pelajar CELPAD. ;)

Then, perjalanan ana ke KL Central dan LCCT ditemani sahabat, Suharti dan akak Raudah. Bila ada teman di sisi, sedikit kegusaran itu hilang. Almaklum ni first time ana balik sorang-sorang. Di KL Central pula time nak ke stesen bas, keadaan kat situ sangat-sangat sesak. Mujur ada seorang pakcik yang kebetulan ke arah yang sama dengan kami sudi menghulurkan bantuan. Pakcik tu angkat beg ana sampai kat stesen bas. Ana tentulah terharu. Situasi sebegini , orang sekeliling hanya pentingkan diri sendiri. Semua hendak cepat ke destinasi masing-masing. Alhamdulillah,hari semalam merupakan hari yang berkah, Jumaat. Ditambah lagi doa mak bapa dan sahabat. Jazakumullah hu khair.

Kampung halaman
Kini, ana selamat tiba di kampung halaman. Akan mencoretkan banyak lagi rona-rona kehidupan. Semoga dapat dijadikan manfaat bersama. wasalam.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share

Lirik Lagu:::Permata yang dicari

Assalamualaikum w.b.t.  Salam Maal Hijrah.Azam baru? Rasanya terdapat dalam kalangan anda,mungkin berkongsi azam dengan saya. Permata yang dicari ,saya tersenyum sendiri mendengar lagu ini.Baitnya penuh dengan makna.Rasanya tak perlu dihuraikan,sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti dapat 'menangkap' maksud yang disampaikan.Bukan sahaja melodi yang sesuai,malah lagu ini juga mempunyai pakej tersendiri,iaitu bait-bait 'doa' . Hadirnya tanpa kusedari Menggamit kasih cinta bersemi Hadir cinta insan padaku ini Anugerah kurniaan Ilahi Lembut tutur bicaranya Menarik hatiku untuk mendekatinya Kesopanannya memikat di hati Mendamaikan jiwaku yang resah ini Ya Allah Jika dia benar untukku Dekatkanlah hatinya dengan hatiku Jika dia bukan milikku Damaikanlah hatiku Dengan ketentuan-Mu Dialah permata yang dicari Selama ini baru kutemui Tapi ku tak pasti rencana Ilahi Apakah dia kan kumiliki Tidak sekali dinodai nafsu Akan kubatasi dengan syariat-Mu Jika dirin...

Book: Psychology from an Islamic Perspective A Guide to Teaching and Learning

Assalamualaikum dan selamat malam. Ini merupakan percubaan kelima untuk menulis pasca-membaca buku. Sejujurnya aku menghabiskan pembacaanku ini hampir memakan masa selama setahun.  Teman sebelah rumah yang kebetulan biliknya bersebelahan dengan ruang tidurku, menjadi saksi kegilaanku yang adakalanya di tengah lewat malam melontarkan butir perenggan demi perenggan. Aku berusaha, kawan! Aku menghargai tiap helaian yang ada di rak buku itu.  Oleh kerana aku tidak lagi berada di barisan akademik, pastilah aku tidak akan mengulas secara terperinci isi kandungannya. Buku ini diterbitkan oleh IIUM Press, editornya pula Noraini M. Noor.  Terdapat dua bahagian, Part One & Part Two. Suka untuk aku kongsikan, salah satu artikel yang terdapat dalam koleksi ini iaitu, The Islamization of Psychology oleh Malik Badri.  Di bawah subtopik, The "who" of the Islamisation of Western Psychology . Penulis ada menyatakan tentang ciri-ciri yang perlu bagi Pengislamisasi Psikologi. 1. ...