Langkau ke kandungan utama

buat sang hati..

Assalamualaikum w.b.t.

Mata saya asyik menjamah informasi berkenaan gempa bumi di laman muka buku sejak petang tadi. Sambil- sambil itu, saya bertegur sapa dengan seorang 'dongsaeng' dari Vietnam. Dia menyatakan negaranya juga berlaku hal yang sama. Ikutkan kata hati, hendak saja saya meneruskan perbualan, tetapi saya hanya sempat meninggalkan pesan untuk test yang bakal di dudukinya esok. Fighting,naa! Saya jadi tidak keruan tiap kali mendengar dentuman yang kuat di dada langit. Seakan-akan bila-bila masa saja ia akan hancur menjadi kepingan.La hawla wa la quwwata illa billah.

Semalam saya mendengar ada tangisan sayu di satu sudut hati saya. Bagaimana hendak saya tenangkannya? Gusar andai tangisan itu tidak mampu untuk saya hapuskan. Menangislah wahai kasih andai itu yang mampu menenangkanmu. Sayup kedengaran suaranya, merintih melalui lorong-lorong perit ini. Katanya lagi, bimbang andai tidak ketemu penghujung lorong ini. Saya memandang diri saya sejenak. Jujur, luruh keberanian saya. Sebelum ini, baru beberapa hari yang lalu, dia bisikkan kata-kata yang dapat membina keyakinan saya agar jauh daripada berputus asa. Tapi kini... ujian apa ini, kasih?

Terus-terang, semenjak saya memijakkan kaki di daerah ini, hati saya sering tertanya-tanya, kenapa saya berada di sini? Apabila saya melihat satu-satu bekas langkahan saya, ternyata saya berada di sini atas permintaan saya suatu ketika dulu. Masih jelas bekas tapak kaki itu meski sudah hampir 7 tahun saya lalui. Saya meminta untuk ditempatkan di sini. Saya melihat figura seorang pelajar yang tekun menelaah pelajaran sehingga lewat malam. Menghafal tiap kata meskipun adakalanya dia sendiri tidak pasti apa yang dihafalnya, asalkan ia dapat digunakan ketika menjawap soalan kelak. Tiba suatu saat dia jatuh, dia terluka, tetapi digagahkan juga kaki untuk terus melangkah. Apa yang dia tahu, dihadapan ada cita-cita yang menanti. Sayangnya, setelah keluar dari lorong itu kini dia berhadapan dengan lorong baru pula. Lorong itu, tempat saya berada sekarang, kerana figura itu adalah saya!

Berbalik mengenang diari lalu, saya bukan pelajar dalam kategori pandai. Saya cuma ada impian. Impian itulah yang membuatkan saya rajin untuk berusaha. Setelah sampai ke tahap ini, sekali lagi saya diuji. Saya sendiri tidak tahu adakah saya mampu untuk hadapinya, amanah yang dipertanggungjawabkan. Lebih-lebih lagi hati saya yang satu itu dilanda kesedihan.

"Ya ALLAH, berikan ketenangan buat hati itu...hamba bimbang andai sudah tidak mampu lagi untuk terus bertahan.  Sesungguhnya, bersamanya mengingatkanku akan Kasih dan sayangMu. Betapa aku beruntung punya sahabat sepertinya..alhamdulillah..."

Tabahlah wahai kasih, jalan di hadapan masih jauh, mana mungkin kita berhenti di trek permulaan ini. Bagaimana bunga-bunga impian kita? Biarkan ia layu ? Tegakah kita menghancurkan sepohon pokok andai kita adalah akar? Ayuh bersama kita suburkan pohon ini dengan dedaun yang kehijauan, buah yang lebat dan bunga yang mekar. Selagi kita mencengkam tanahNya, nutrien yang dibekalkan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan yang ABADI.

kembalilah seperti mana dirimu yang ku kenali dulu, sahabatku .. ^^ ..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

Petunia berbunga

Assalamu'alaikum dan selamat pagi Hari ini, bunga petunia dari pokok pertama sudah kembang. Aku cuba belek buku catatanku yang sempat aku coret-coret dua minggu pertama aku berkebun. Antara nota aku tulis adalah, petunia suka matahari, paling senang mahu tumbuh, paling cepat 3 hari. Elakkan tanah becak. Petunia ada banyak jenis, tapi yang aku tanam ni baka 'Multiflora Natural Dwarf Multis Mix'. Secara ringkasnya dia jenis renek dan paket ini biji benihnya campur-campur jadi bunganya nanti akan diketahui warnanya apabila sudah kembang. Mulanya aku teruja menanam petunia sebab bunganya yang meriah. Tetapi makin lama aku makin tawar sebab sewaktu ia kecil dulu ia sungguh ketot. Aku balik-balik mengira bilalah ia mahu membesar. Sampaikan aku beralih kasih ke aster. Ya, balik-balik aster aku update sebab aster rajin berdaun dan besar-besar pula saiznya. Seminggu lalu, aku belum perasan lagi pokok petunia ni berbatang. Aku perasan apabila sudah ada 3 kuntum bunga mahu terbent