Langkau ke kandungan utama

hitam putih, putih hitam

Assalamualaikum w.b.t.

Sudah lama tidak singgah berbicara di sini. Inilah diri saya. Adakalanya, terlalu banyak cerita hendak dikisahkan tetapi adakalanya juga terpaksa disembunyikan. Saya mencuba untuk mengehadkan 'keluhan' dan 'luahan' di alam maya ini. Kerana niat sebenar saya berada di sini  hanyalah untuk berkongsi kisah di mana mungkin suatu ketika nanti dapat anda di luar sana aplikasikan.

Hendak saya terangkan tapi tiada cara yang terbaik... maka hanya inilah otak saya dapat 'muntahkan'. Kepada anda di luar sana... andai benar ia hitam, katalah hitam. Andai ia adalah putih, katalah ia putih. Jangan yang hitam dikata putih, dan jangan pula putih anda kata merah. Berkata benarlah walaupun ia pahit. Saya juga tidak tahu mengapa, tetapi adakalanya kita terpaksa berkata putih apabila ia adalah hitam. Menjaga hati? Itu bukan menjaga hati,menyakitkan hati adalah! Maaf andai bahasa ini kasar.

Sejujurnya, jujurkanlah atau ikhlaskanlah hati andai anda sudah tekad untuk berkata putih itu adalah hitam. Lenyapkanlah segala keluhan dan ketidakpuasaan kerana sesungguhnya, itu yang terluncur daripada mulut anda! Saya amat hairan dan pelik, masih ada yang mempersoalkan perihal warna itu sedangkan sudah dikatakan bahawa tidak ada apa-apa. 'No hal lah!', 'No problem lah!'

Sudah menjadi kebiasaan, kita menyoal sebanyak tiga kali! Anda yang lain pasti setuju dengan saya, bukan? Kerana kita inginkan jawapan yang sahih. Malah berulang-ulang kali! Kita mahukan kepastian! Setiap kali itu jugalah, jawapannya, putih adalah hitam....!

Persoalannya, sekarang...kenapa masih diungkit lagi? Hendak membalas dendam? Mencari posisi untuk mengenakan balik? Untuk apa? *ketawa dalam keadaan senyum sinis* Andai itu tujuan anda, takde kerja lain ke,hah? Saya dan dia juga punya perasaan, kami penuh dengan perasaan serba salah. Kami akui kekhilafan kami. Tetapi inikah balasan bagi tiap kebenaran itu? Kami bukanlah insan-insan yang tidak tahu bertanggungjawab, kami juga mampu untuk mengembalikan keadaan seperti yang asal. Putih adalah putih!

Kepada awak, ya awak yang mungkin tersinggah di blog saya ini... sedarilah, baru sedikit perjalanan, awak telah mula keliru. Keliru dalam ketidakmatangan. Hatta kanak-kanak sendiri tahu, melupakan mereka yang berbuat jahat  dan terus berbaik. Anda kategori mana?

Mungkin, bagi awak, benda dunia ini adalah aset untuk melukakan atau mencalarkan hati orang lain, tetapi bagi kami, kejujuran dan keikhlasan awaklah menjadi taruhan. Bandingan benda dunia tu dengan kejujuran awak adalah seumpama planet Pluto yang jauh daripada cahaya matahari. Sedikit pun tidak menyentuh permukaannya.

Anologi yang saya gunakan mungkin tak dapat dihadam satu-satu oleh si pelaku (mungkin awak) tetapi andai ada yang merasakan seperti pernah melalui kisah yang sama, anda hanya ada 2 pilihan. Sama ada berkata jujur bahawa  putih adalah putih, ataupun ikhlaskan hati setelah memilih putih adalah hitam. Mungkin, pada awal-awalnya, saya atau pun orang yang berkenaan sakit hati, kecewa, kecil hati...tetapi setidak-tidaknya, kami tidak terbelenggu dengan perasaan 'serba salah' sepanjang hidup. Kerana kami tidak mahu bergelar insan yang 'berhutang' walaupun sedikit,bukankah hari pembalasan itu, perhitungannya tiada yang tersembunyi?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rindu karya Tere Liye

Assalamu'alaikum w.b.t. Seperti entri yang sebelumnya, kalo soal buku, aku tidak bertujuan menceritakan sinopsis. Ia lebih kepada elemen-elemen yang berkaitan dengan opini (bukan kritik) atau kadang bersifat personal, yang terkait dengan hidupku. hahahahaha. Apa-apa la. Melewati usia dua puluh-an aku tidak pernah beli novel berbahasa Melayu. Ini merupakan buku fiction pertama yang ku beli karya dari seberang. Saat ku lihat judul novel ini, Rindu, aku seperti terpanggil untuk mengetahui sinopsisnya. Ternyata latar yang diambil adalah Makassar! Itu merupakan sebab perdana aku beli buku ini. hahahahaha.  Selepas buku Hamka, Tenggelamnya kapal van der wijck, seingat aku tiada buku berlatarbelakangkan Makassar yang ku baca. Keterujaannya itu lain sekali. Dan semuanya terkait perihal "laut" & "kapal". Meski jurai keturunanku merupakan Bugis "daratan" yang tinggal di gunung, aku selalu menyanjung mereka yang tinggalnya di laut. Keberanian mere...

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i...

Book: Psychology from an Islamic Perspective A Guide to Teaching and Learning

Assalamualaikum dan selamat malam. Ini merupakan percubaan kelima untuk menulis pasca-membaca buku. Sejujurnya aku menghabiskan pembacaanku ini hampir memakan masa selama setahun.  Teman sebelah rumah yang kebetulan biliknya bersebelahan dengan ruang tidurku, menjadi saksi kegilaanku yang adakalanya di tengah lewat malam melontarkan butir perenggan demi perenggan. Aku berusaha, kawan! Aku menghargai tiap helaian yang ada di rak buku itu.  Oleh kerana aku tidak lagi berada di barisan akademik, pastilah aku tidak akan mengulas secara terperinci isi kandungannya. Buku ini diterbitkan oleh IIUM Press, editornya pula Noraini M. Noor.  Terdapat dua bahagian, Part One & Part Two. Suka untuk aku kongsikan, salah satu artikel yang terdapat dalam koleksi ini iaitu, The Islamization of Psychology oleh Malik Badri.  Di bawah subtopik, The "who" of the Islamisation of Western Psychology . Penulis ada menyatakan tentang ciri-ciri yang perlu bagi Pengislamisasi Psikologi. 1. ...