Langkau ke kandungan utama

undang-undang buatan manusia


Assalamualaikum w.b.t.
Nampaknya, bulan ini saya kurang menulis. Ada rasa kelainan kerana kebiasaan mengeluarkan idea (meskipun idea itu masih lemah) tidak lagi menjadi habit. Tiba-tiba rindu pada diri yang tidak gentar untuk mengeluarkan buah fikiran, pandangan terhadap ‘fenomena’ hari ini dan perkongsian perjalanan hidup. Terkadang diri ini malu, malu hanya tahu berkata tanpa pembuktian akhlak yang bisa kalian contohi. Saya sedar siapa diri saya.

Kali ini, izinkan saya untuk berkongsi pengalaman sebulan lalu, pengalaman kecil tetapi besar maknanya dalam hidup saya. Bergelar pelajar Universiti Islam Antarabangsa(UIA), terkadang mengundang ‘ketidakselesaan’ kerana ada yang menganggap kami ‘sempurna’. Hakikatnya kami juga insan biasa yang masih dalam penghijrahan. Saya lebih suka ‘ditegur’ sebagai seorang pelajar seperti mahasiswa/i  di universiti yang lain. Kisahnya bermula dengan situasi di dalam teksi dalam perjalanan balik ke Mahallah (hostel).
“ Da tahun berapa?”soal pakcik driver.

“Pertama” jawab kak Rin mewakili kami berdua. (Rin bukan nama sebenar :P)


“Ohh.. patutlah tak tahu Undang-undang Teksi. Kalau ikut Undang-undang, dalam teksi tak boleh minum. Anak-anak pakcik pun pakcik tak bagi minum kat dalam teksi ni. Pakcik pun sendiri tak minum dalam teksi. Kalau nak minum, pakcik keluar dari teksi.”

Mendengar kata-katanya, saya terpinga. Sampai begitu sekali? Atas dasar undang-undang?

“Kamu ni pelajar UIA, pelajar UIA penuh adab. Teksi ni umpama rumah, kalau kamu pergi rumah orang, mana boleh minum sesuka hati. Ada adabnya.” Syarah pakcik tu.

“Maaflah pakcik, kami tak tahu tak boleh minum kat dalam teksi. Err.. lain kali pakcik lekatlah list undang-undang tu supaya kami boleh tahu.” Jawab kak Rin.

“Semua orang tahu undang-undang tu, kamu je yang tak tahu. Balik nanti cuba tanya kat kawan-kawan.”

Begitulah serba sedikit suasananya. Sebenarnya ada lagi tapi saya pendekkan cerita, pakcik tu sedaya upaya nak tegakkan Undang-undang Teksi. Terkadang pelik juga, kita hari ni banyak yang takut dan patuh pada undang-undang ‘buatan manusia’ berbanding suruhanNya. Contohnya, pakai pakaian uniform bagi kakitangan kerajaan, tetapi masih tengok bentuk badan bagi yang perempuan. Atas arahan pihak atasan kita patuh tapi arahan yang Maha Agung tak takut nak langgar. Pelikkan?
Bukan pula saya nak mengenakan balik pakcik tu, tapi saya pelik sebab dia sampai tahap tak minum dalam teksi kerana itu termaktub dalam undang-undang. Tapi yang lebih pelik, dia tak pakai pakaian uniform putih bagi pemandu teksi. Bukankah itu lagi ditekankan? Cakap tak serupa bikin? Kad pemandu kat bahagian depan pun tidak dilekat...malah seperti yang kak Rin nyatakan, list undang-undang teksi juga tiada. Kesimpulannya???

Inilah kondisi masyarakat kita hari ini. Sesiapa sahaja boleh bercakap itu ini selagi dia punya ‘kuasa’ untuk menegakkan haknya. Tapi apabila dia sendiri melakukan salah, didiamkan sahaja. Di mana keadilan? Kalau keadaan ini berterusan, semakin bermaharajalela lah “pengampu-pengampu kuasa”.Bukan pula saya hendak menyatakan bahawa pakcik tu kena sempurna 100% baru boleh nak tegur, alhamdulillah, kami boleh terima tegurannya tapi bukan dari aspek seorang pemandu teksi tetapi nasihat daripada seorang yang lebih tua kepada golongan muda. Inilah masalahnya, kami memandang dia sebagai ‘senior’ tetapi dia pandang kami sebagai mahasiswi UIA.

Tujuan saya menulis kisah ni bukan untuk memburuk-burukkan pakcik tu atau sesiapa sahaja yang berkenaan, cuba ambil dari sudut positif. Terkadang kita sedar kesilapan orang lain tapi kesilapan diri tak nampak. Saya amat berterima kasih pada pakcik tersebut kerana dalam masa perjalanan setengah jam tersebut membuat saya berfikir selama hampir sebulan mencari hikmah disebaliknya. Sesungguhnya penulisan saya ini tidak lain untuk kita sama-sama bermuhasah, mungkin cerita ini sedikit sebanyak terkait dengan kehidupan anda selama ini, mana tahu? Selamat berhijrah dan istiqamah... ^^

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

Petunia berbunga

Assalamu'alaikum dan selamat pagi Hari ini, bunga petunia dari pokok pertama sudah kembang. Aku cuba belek buku catatanku yang sempat aku coret-coret dua minggu pertama aku berkebun. Antara nota aku tulis adalah, petunia suka matahari, paling senang mahu tumbuh, paling cepat 3 hari. Elakkan tanah becak. Petunia ada banyak jenis, tapi yang aku tanam ni baka 'Multiflora Natural Dwarf Multis Mix'. Secara ringkasnya dia jenis renek dan paket ini biji benihnya campur-campur jadi bunganya nanti akan diketahui warnanya apabila sudah kembang. Mulanya aku teruja menanam petunia sebab bunganya yang meriah. Tetapi makin lama aku makin tawar sebab sewaktu ia kecil dulu ia sungguh ketot. Aku balik-balik mengira bilalah ia mahu membesar. Sampaikan aku beralih kasih ke aster. Ya, balik-balik aster aku update sebab aster rajin berdaun dan besar-besar pula saiznya. Seminggu lalu, aku belum perasan lagi pokok petunia ni berbatang. Aku perasan apabila sudah ada 3 kuntum bunga mahu terbent