Langkau ke kandungan utama

kelas arab: first day

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.

Hari ni, saya hendak berkongsikan sedikit ilmu yang saya peroleh daripada kelas Arabic minggu lalu. Untuk pengetahuan anda di luar sana, walaupun nampak leceh, tapi ia sesuatu yang amat berguna. Pelajar taman budi dan ilmu ini, khususnya bagi sesiapa yang mengikuti kuliah IRKHS, (kalau student IRK, sudah pastilah belajar arab) tapi HS pun sama. Kami wajib menghabiskan 6level arabic language tetapi kini sudah disingkatkan kepada 5 level. Kuliah (ECONS,KAED...etc) lain cuma perlu menghabiskan 2 level sahaja. Pelajar HS perlu mengambil 8 subjek elektif IRK daripada 10 subjek yang ditawarkan, antaranya, Islamic Aqidah, Revelation as source of Knowledge, Islamic Ethics, Prophetic, Menthod of Da'wah,Creative Thinking and Problem Solving, Introduction to fiqh, Usul Fiqh, Science of Hadith dan Science of Quran. Sekiranya menghabiskan kesemuanya, maka kami boleh bergelar student minor IRK.

Walaupun jadual kelas arab sebenarnya banyak mengganggu waktu subjek lain, sebab ada yang setiap hari kuliah ada kelas, dan kalau macam saya ni, level 4, 3hari berturut-turut. Tapi ia memudahkan kita untuk lebih memahami makna dan mengingati ayat al-Quran dan Hadith.

Saya lanjutkan, hari ni nak berbicara mengenai huruf hamzah dan 'perumahnya'. Sebelum tu, nak maklumkanlah kan, saya akan terangkan mengikut kefahaman saya sebagai seorang yang baru belajar bahasa arab, maka mungkin ada istilah tertentu yang lebih tepat kepada pernyataan di atas dan perkataan selanjutnya nanti yang saya gunakan dalam bahasa 'mudah' difahami. Seperti kita sedia maklum, baris/harakat dalam arabic ni terdiri daripada Kasrah (baris bawah), Dhommah (baris depan), Fathah (baris atas) dan Sukun (tanda mati). Untuk menentukan perumah Hamzah, kita bandingkan nilai 'kekuatan' bagi tiap baris tersebut. Dimulai dengan 1-Kasrah, 2-Dhommah, 3-Fathah dan 4-sukun.

  Contoh perkataan " بِئْرٌ" yang bererti telaga;perigi;sumur. Perkara yang menjadi bandingan adalah baris hamzah dan baris huruf sebelumnya. Huruf  ب  yang berbaris kasrah lebih 'kuat' berbanding sukun hamzah. Maka perumah yang digunakan pada hamzah adalah  ى .

Contoh lain, سُؤَال   yang beerti soalan. Macam saya katakan tadi, kita hendaklah membandingkan baris hamzah dan baris huruf sebelumnya. Dalam perkataan di atas, perbandingan antara huruf  س yang berbaris Dhommah dengan huruf  ء  yang berbaris Fathah, antara Dhommah dan Fathah, Dhommah lebih kuat, maka kita gunakan perumah  و  bagi Hamzah.

Contoh seterusnya, فَأْرٌ  yang beerti tikus. Diantara huruf  ف  yang berbaris Fathah dan huruf ء yang sukun, sudah pastilah baris Fathah yang lebih 'kuat' maka perumah yang digunakan bagi huruf  ء adalah  ا .

Ini basic arabic, takda dalam sukatan matapelajaran pun, tapi Ustaz Abdul Rahman ajar je sebab masa hari pertama kelasnya, kitorang tak reti letak perumah hamzah. hehehe Walaupun sedikit 'susah' kelas semester ni, ustaz yang ajar ustaz internasional, so kitorang berhadapan dengan masalah komunikasi. Walaupun dua-dua pihak boleh cakap English, tetap juga berlaku 'kesalahfahaman' dan 'lost' dalam sesi pembelajaran. InsyaAllah kelak dipermudahkanNya. Amiin. 

(tiada istilah malu walaupun adik umur 7 tahun reti bahasa arab banding diri yang da tua ni baru nak belajar. Tiada istilah terlambat selagi peluang terbuka luas.)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rindu karya Tere Liye

Assalamu'alaikum w.b.t. Seperti entri yang sebelumnya, kalo soal buku, aku tidak bertujuan menceritakan sinopsis. Ia lebih kepada elemen-elemen yang berkaitan dengan opini (bukan kritik) atau kadang bersifat personal, yang terkait dengan hidupku. hahahahaha. Apa-apa la. Melewati usia dua puluh-an aku tidak pernah beli novel berbahasa Melayu. Ini merupakan buku fiction pertama yang ku beli karya dari seberang. Saat ku lihat judul novel ini, Rindu, aku seperti terpanggil untuk mengetahui sinopsisnya. Ternyata latar yang diambil adalah Makassar! Itu merupakan sebab perdana aku beli buku ini. hahahahaha.  Selepas buku Hamka, Tenggelamnya kapal van der wijck, seingat aku tiada buku berlatarbelakangkan Makassar yang ku baca. Keterujaannya itu lain sekali. Dan semuanya terkait perihal "laut" & "kapal". Meski jurai keturunanku merupakan Bugis "daratan" yang tinggal di gunung, aku selalu menyanjung mereka yang tinggalnya di laut. Keberanian mere...

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i...

Book: Psychology from an Islamic Perspective A Guide to Teaching and Learning

Assalamualaikum dan selamat malam. Ini merupakan percubaan kelima untuk menulis pasca-membaca buku. Sejujurnya aku menghabiskan pembacaanku ini hampir memakan masa selama setahun.  Teman sebelah rumah yang kebetulan biliknya bersebelahan dengan ruang tidurku, menjadi saksi kegilaanku yang adakalanya di tengah lewat malam melontarkan butir perenggan demi perenggan. Aku berusaha, kawan! Aku menghargai tiap helaian yang ada di rak buku itu.  Oleh kerana aku tidak lagi berada di barisan akademik, pastilah aku tidak akan mengulas secara terperinci isi kandungannya. Buku ini diterbitkan oleh IIUM Press, editornya pula Noraini M. Noor.  Terdapat dua bahagian, Part One & Part Two. Suka untuk aku kongsikan, salah satu artikel yang terdapat dalam koleksi ini iaitu, The Islamization of Psychology oleh Malik Badri.  Di bawah subtopik, The "who" of the Islamisation of Western Psychology . Penulis ada menyatakan tentang ciri-ciri yang perlu bagi Pengislamisasi Psikologi. 1. ...