Langkau ke kandungan utama

Catatan

Sabah#cuti 1

Assalamualaikum. Alhamdulillah pada 11 Jun 2013, saya selamat tiba di lapangan terbang Sandakan. Agak penat setelah semalaman berjaga dan duduk di kerusi balai ketibaan LCCT. Bersendirian...tanpa lambaian sesiapa pun. Itupun mujur saat mahu check-in terlihat kelibat seorang teman dari Sarawak, Nora. Sempat jugalah bertanyakan tempat scan barang di mana. Almaklum sebelum ini sahabatku Suhi yang tolong tunjukkan dan buatkan. Hendak dijadikan pengajaran, saya telah didenda sebanyak Rm 140 (wang yang saya bajetkan untuk bayar b.band sebenarnya). Ini adalah kali pertama saya bawa balik barang terlebih limit. Mungkin botol-botol herbalife tu mengambil peranan. Lagi satu, sebelum masuk boarding gate...errr betul ka juga tu, belilah siap2 air dan makanan. Air mineral yang berharga rm 0.80 di Uia, di sini berharga rm 2.00 dan ke atas. Kalau di Sabah rm 0.60. Nampak di situ bezanya. Disebabkan semalaman saya tidak minum dan menjamah apa pun, maka saya lebih berkeinginan untuk minum air miner...

After Exam

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah, semua kertas peperiksaan untuk semester ini sudah abis. Tiba masa untuk mengatur rencana cuti yang tiga bulan itu! Perkara yang perlu difokuskan terlebih dahulu saat ini adalah mengemas. Ya, mengemas barang yang tidak terkemas selama hampir sebulan,barangkali? Harapan untuk kemas FINAL kataku. Ruang masa ada beberapa hari lagi sebelum terbang ke Sabah, pastinya, sudah ku kira-kirakan dengan melawat-lawat kedai mobile phone untuk dilangsaikan perkara baucer. Sambil-sambil membeli cendera hati untuk orang tercinta. Arghhh...rindu. Ndak dapat dibilang. Menjadi satu-satunya permata keluarga, ada yang tidak termiliki oleh orang lain. Menjadi satu-satunya yang selalu dinanti! Padahal dulu aku selalu mengeluh, satu-satunya dimarahi! Teman. Pulangku nanti bersendiri. Mungkin. Masih mencari dan mungkin akan merayu pada sahabatku Suharti, biar keberangkatanku nanti tidak sayu. Tiada yang melambai. Meskipun menjadi yang ...

sabar menanti

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamu'alaikum w.b.t. Sekian lama sabar menanti, akhirnya backpack yang diberi nama backpack 'park shin hye' ini sudah selamat sampai ke tangan saya. Alhamdulillah. Agak lama jugalah menunggu. Sebelum mid-term lagi. simple..itu yg saya cari. nampak 'ketahanannya'. Saya beli bukan sebab pengaruh drama 'heartstrings' ya, tapi masa mencari backpack tu, warna biru yang ada stail begini saja. Ada juga warna lain backpack Lee Hyun Woo dalam drama To the beautiful you. Agak simple. Tetapi, suka saya tegaskan, tiada pengaruh drama ya. Kita beralih kepada cerita imtihan...saya ada tiga lagi kertas yang bakal berakhir pada 7 Jun nanti. InshaAllah. Dugaan peperiksaan yang paling berat sepanjang 5 semester. Duga saya. Orang selalu mencari peluang kemudahan, kesenangan atau apa saja, tetapi bagi yang memilikinya, itu adalah dugaan, Ujian. Saya ada tengok sekali imbas, sambil-sambil download, cerita 2011 kalau saya tidak silap, A thou...

#rindu termiliki#

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamu'alaikum w.b.t. rindu yang sudah lama terkubur bangkit diseru lagu senyummu, lakumu, semuanya adamu, aku jatuh. rindu ini hebat  aku bisa lupa apa yang ku ingat bukan salahmu dan bukan salah siapa pun aku yang mudah jatuh untuk sekian satu hidup sehari seumpama seumur hidup terpenjara dalam bayang palsumu dapatkah lagi ku kembali pada hidup yang ku usahakan berulang kali?   senyummu, lakumu, semuanya adamu, aku sudah tidak mampu semakin disimpan semakin menjauh pada dirimu yang tidak tercapai pada bulan yang ku curangi. akhirnya, tiada satu ku miliki. senyummu...lakumu...semuanya adamu... rindu ini cukup sampai di sini. kerana asing. diriku tak kumiliki rindu ini dimiliki pemilikmu, pemilikku, Dia maha Pemilik.   ( lagu,figura dan semua tentangmu, cuma aku yang igau.mungkin)#KangJun#1994 #

#rock rock rock

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamu'alaikum w.b.t. Drama pendek ini sudah lama disiarkan di KBS iaitu pada tahun 2010. Saya baru berkesempatan untuk mendownloadnya...dan belum habis lagi tengok keseluruhan cerita. Ketika tengok sekali imbas, saya terhenti di satu part...tercengang...pehhh....saya suka ini lagu! Lagu ini oleh Boohwal bertajuk Resurrection. Music dan liriknya oleh Kim Taewon sendiri. Terharu dengar part 'nananana...' tu, isteri Kim Taewon yang nyanyi... T_T Lagu yang kedua, bertajuk Rain and your story. Walaupun asalnya niat mahu tengok cerita ni sebab dilakonkan oleh No Min Woo, jadinya google lagu Boohwal. huhu Gua bukan peminat muzik rock, tapi lagu Boohwal ni gua suka..:P Cadangan lagu Boohwal lain, Heeya, Never Ending Story dan Sonagi. Kondisi 'rock' sering menimbulkan rasa yang kurang 'enak', tengok cerita ni pun saya rasa terpaksa (mula-mula). Tetapi, sudah maklum setiap kondisi itu berbeza-beza, jadi 'kelainan' itu b...

TEN2 ost season 2

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamu'alaikum w.b.t. Saya tidak tahu TEN2 season 1 tetapi season 2 saya follow sirinya. ^^ Sedikit 'tercengang' masa mula2 tonton episode (season2) sbb tidak tengok s.1. *sekarang buat-buat tahu* Siri ini masih dalam penyiaran. Jalan ceritanya okey, tapi vampire prosecutor masih di carta teratas. Kita tunggu sampai habis dulu la ya. Cuma, mahu kongsi lagu yang agak 'addictive' bagi saya. Ada dua, jom dengar yang pertama dulu, nyanyian Mad Soul Child, bertajuk Breath. Sekadar tambahan, lagu Mad Soul Child, Dear dalam "The Man from Nowhere" pun agak 'addictive'. Untuk lagu Breath's translation, boleh rujuk (SINI) manakala untuk hangul dan romanization pula rujuk (SINI) . Lagu yang kedua bertajuk Chase oleh Nan Ah Jin. Saya tidak jumpa english translation, cuma jumpa lyrics in romanization,,,pun boleh kan? Boleh rujuk (SINI) okey la, mahu ULANGKAJI... 27may ada kerta Arab. Sangat berharap, seperti se...

#tambang tiket

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah, minggu ni duit tuntutan kos pengangkutan sudah saya terima. Bagi pelajar JPA Sabah/ Sarawak ke Semenanjung dan sebaliknya, ada elaun pengangkutan ya (cakap macam sama diri sendiri). Benda ni saya tidak tahu secara rasmi, cuma pernah terbaca. Tambahan pula, semasa saya mendapat tawaran biasiswa hari tu,tiada taklimat. Saya tidak punya banyak kenalan sabahan & sarawakian di Uia, maka pernah jugalah bertanya sama kenalan-kenalan dari universiti lain. Tetapi tidak ketemu jawapan. Sebenarnya, benda ni mudah sahaja nak selesaikan, pergi pejabat scholarship u dan tanya mereka. Tapi, biasalah, kita hendak buat kepastian dulu. Mahu confirmkan. Sebaliknya, saya sedikit down hari tu (masa pergi tanya) sebab berdasarkan respon petugas di ofis scholarship, macam jarang sahaja yang tuntut. Tapinya saya isi sahaja borang tuntutan kemudian pos sendiri ke JPA berserta salinan kad pengenalan. Berdasarkan risikan tidak rasmi ...