Langkau ke kandungan utama

Berbicara mengenai cita-cita....

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t.
Beberapa minit yang lalu, sebaik sahaja log in laman sesawang fb, mata saya disapa mengenai  "[Trans] Ray Magazine (March issue) : 100 Q&A with 2PM" di laman suapan berita . Komfom lah tak baca semua, saya hanya tertarik nak baca kat bahagian Taecyeon...*wink.wink* 
Tiba-tiba saya teringat kisah lalu bila baca  kat bahagian ni...

Q010, What did you want to be when you were a child?
Taecyeon's answer :"I was curious about everything. I wanted to be an archaeologist and teacher."

Seriously, masa dulu, saya pernah bercita-cita nak jadi arkeologi. Fuhh..rasa baru semalam saya 'bercita-cita'  untuk menjadi arkeologi.

Gambar tu adalah perancangan tahunan yang saya buat 2 tahun lalu. Siap lekat di pintu locker. Saya rindu pada semangat dan angan-angan yang saya bina dahulu. Perasaan itu tak dapat saya gambarkan sekarang. Sangat indah. Walaupun jalan yang saya tempuhi akhirnya tak seperti yang dicitakan, tapi alhamdulillah, saya bersyukur sangat-sangat kerana masih diberi peluang untuk terus bermimpi. Meski tak dapat bermimpi untuk menjadi arkeologi lagi. 


Selanjutnya, hari ini selamat sudah Akhi Bazli (UNIC) diijabkabulkan bersama ukhti Asiah. Alhamdulillah. Terus-terang ada cemburu di hati. Tapi ini dari perspektif positif ya. Hehehe. Dahulu, saya fanatik nasyid. Akhi Fitri kahwin seawal usia 20 tahun tak silap saya. (asif kalau tersilap) Didorong rasa minat, di hati ada taman, tetapi impian itu saya batalkan apabila cita-cita untuk menjadi arkeologi semakin mendalam. Lagipun, ndak da calon pula. (ndak=tiada) hehehe
 
“...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Melihat kedalam diri adik-adik yang masih diusia belasan, ada rindu yang menyapa. Semasa saya berada diusia mereka, terlalu banyak yang saya impikan apabila berada di usia sekarang. Saya sedar, saya bukanlah penulis yang bisa mengarang cerita yang menyentuh hati tiap yang membaca. Saya juga bukan penyair yang teguh dengan pendirian. Saya bukan pelukis yang bisa melakar apa saja di atas kepingan kanvas.  Tetapi saya tidak pernah berputus asa apabila semua itu menerjah ke dalam fikiran saya sehingga kini. 

"The scariest thing is that at the 2nd,3rd, even the 100th try, the fear doesn't disappear. The only difference is that each time, you are a little bit more emotionally prepare for it."
- words from a K-Drama. 

Cuma sekarang...kena belajar untuk merancang hidup. Dalam erti kata yang mudah matlamat yang jelas. Sebagai contoh, sebagai pelajar Masscomm tentu tak boleh nak berangan-angan menjadi arkeologi lagi. hehehe. Saya ada terbaca sebuah cerita pendek melalui sebuah majalah Islamik. 

Seorang pemuda telah tersesat di tengah bandaraya. Kota metropolitan la senang cerita. Kiri kanan, depan belakang, hanya bangunan tinggi melangit di pandangan. setiap laluan/jalan yang ada untuk keluar daripada kawasan tersebut adalah sama. Maka pemuda tersebut pun bertanya kepada seorang tua yang kebetulan lalu di hadapannya. 
Pemuda: Assalamualaikum,pakcik. Saya nak keluar daripada kawasan ni, nak lalu jalan mana ya?

Pakcik: Wa'alaikumussalam. Anak ini nak menuju ke mana?

Pemuda: Saya tak tahu nak ke mana. Saya cuma nak keluar dari kawasan ini.

Pakcik: Anak ini sebetulnya nak ke mana? (tanya pakcik itu lagi inginkan kepastian)

Pemuda: Saya pun tak tahu pakcik! Saya sesat. Saya cuma nak keluar... (kelihatan muka pemuda tu penuh tanda tanya,blur,hang..blank) 

Pakcik dengan bengang pun berkata : Anak lalu je la mana-mana jalan yang ada kat kawasan ni!
 

Pemuda: !____! 


Moral daripada cerita ni,  pentingnya ada matlamat. Tanpa matlamat maka begaimana lagi kejayaan itu dicapai? Mustahil bukan? Contoh mudah, apabila nak keluar rumah, tetapi tak tahu nak ke mana. Kalau teruskan juga langkahan mengikut gerak hati, mungkin jalan yang dipilih salah. Apabila hendak kembali, tak tahu pula nak menuju ke mana. Takkan nak diam berdiri sahaja,kan? 

Ulasan

  1. hehe..t'igt plk aku t.vanitha suru kita lekat paper cita2 d luar kls masa form4..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha.. time tu pun, aku letak arkeologi. ku cari jg tu kertas tp tk tau di fail mana ku simpan. hehe.. atau... mungkin sudah TERBUANG. hehehe

      Padam
  2. wah...baca nie buat aq jadi ingat cita2 ku beberapa thun sbelum msuk SMA (skul indon)..dluaq sllu bercita2 nak jadi saintis....qadarullah,,,takdir berkehendak lain...dan inilah pilhan ku hari ini...:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. dulu masa d PMR aq prnh cita2 jd saintis takpun doktor sbb tu amik aliran sains. Alih2 ak tukar cita2 nk jd arkeologi. walaupun skrg ini juga berkecai. hehehe
      sesungguhnya DIA memberi apa yang kita perlukan. bukan yg kita harapkan. kerana ini yang terbaik.

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

Petunia berbunga

Assalamu'alaikum dan selamat pagi Hari ini, bunga petunia dari pokok pertama sudah kembang. Aku cuba belek buku catatanku yang sempat aku coret-coret dua minggu pertama aku berkebun. Antara nota aku tulis adalah, petunia suka matahari, paling senang mahu tumbuh, paling cepat 3 hari. Elakkan tanah becak. Petunia ada banyak jenis, tapi yang aku tanam ni baka 'Multiflora Natural Dwarf Multis Mix'. Secara ringkasnya dia jenis renek dan paket ini biji benihnya campur-campur jadi bunganya nanti akan diketahui warnanya apabila sudah kembang. Mulanya aku teruja menanam petunia sebab bunganya yang meriah. Tetapi makin lama aku makin tawar sebab sewaktu ia kecil dulu ia sungguh ketot. Aku balik-balik mengira bilalah ia mahu membesar. Sampaikan aku beralih kasih ke aster. Ya, balik-balik aster aku update sebab aster rajin berdaun dan besar-besar pula saiznya. Seminggu lalu, aku belum perasan lagi pokok petunia ni berbatang. Aku perasan apabila sudah ada 3 kuntum bunga mahu terbent