Langkau ke kandungan utama

Terbang tinggi

Assalamualaikum w.b.t.
Usai sudah satu test, bakal menyusul 2 lagi test pada minggu akan datang. Semalam, mood untuk ulangkaji diganggu oleh mood untuk melukis. Selalu begitu. Mungkin acapkali saya melepaskan stress dengan melukis akhirnya menjadi satu habit.

maaf, watak figura ini agak 'seksi' pemakaiannya..



Ini merupakan kali pertama saya menyempurnakan fizikal lukisan saya. Sebelum ni hanya kepala dan setengah badan sahaja.. Sejujurnya, saya teringin sangat melukis watak aksi seperti dalam kartun Conan, Naruto, Bleach, Fullmetal alchemist dan One piece. Belum rezeki saya agaknya, ya?

Atas saranan seorang sahabat, maka kali ini ingin saya bawakan anda bersama kisah saya pada hari ini. Cerita yang hanya memakan masa hampir setengah jam. Selesai urusan mengeluarkan wang dengan Encik Mesin ATM, ringan saja langkahan kaki kami ( saya dan seorang rakan, Lotus Huda) ke satu sudut bangunan Kuliyyah Ekonomi. Tika itulah, mata kami tertumpu pada satu jasad kecil. Kelihatannya, 'ia' menahan sakit yang amat. Kasihan! Tanpa mempedulikan pandangan insan yang lalu lalang, kami mencuba untuk mendekati jasad itu.

Hemat kami, dia kehausan (dahaga). Membasahkan paruhnya dengan air ternyata tidak memberikan apa-apa respon. Tetapi setelah beberapa detik, setelah tangan kasar  Ini 'mengacau-ngacau' badannya yang comel itu, akhirnya dia bergerak sikit demi sikit. Ya, dia memberi respon. Mulanya, Lotus Huda mencadangkan untuk menghantarnya ke klinik Universiti yang agak jauh juga daripada tempat kami berada ketika itu. Jujur, saya dalam keadaan 50-50. Tetapi memikirkan nasib 'makhluk' kerdil itu, mahu tak mahu, kena 'angkut' juga la...

Ketika itu, kami sendiri tidak pasti sama ada pihak klinik nak tolong ke tak. Macam tak pernah dibuat oleh orang lain bah pula...kan bagus kalau UIA ni ada  klinik Haiwan sekali, tak la rasa janggal. Satu, dua.. tiga kali saya mencuba untuk mendekatinya lagi..ternyata ia lebih pantas daripada saya. Sudah aktif rupanya! Alhamdulillah. Lompat,lompat,lompat dan lompat... akhirnya kami mengalah ia pasti telah pulih meskipun kelihatan tidak mampu lagi untuk terbang.
 

 Merenung kembali situasi tadi, burung tersebut boleh dianalogikan sebagai diri kita yang adakalanya putus harapan, kekecewaan, kesedihan dan kemurungan. Sedarilah, kita tak bersendirian. Meskipun, ada mata yang memandang tapi tak mempeduli, yakinlah di lain waktu pasti ada yang bersedia untuk membantu kita. Mungkin, kehadirannya  tidak kita senangi. Ya, mungkin saja kehadiran saya dan rakan saya tadi di hadapan burung tersebut tidak disenanginya, tetapi kerana 'tekanan' tersebutlah ia mampu untuk bergerak aktif semula. Usah ditanya kenapa sering kali saja kita didatangangi insan-insan yang menyakitkan hati atau tidak dikehendaki, mungkin disebalik itu mereka membantu kita. Berterima kasihlah atas kehadiran itu. Apa gunanya mengharapkan kehadiran mereka yang tidak mungkin  muncul dalam kamus hidup kita, sedangkan ada yang berada di hadapan walaupun tidak dipinta. Teman, cukuplah ALLAH hadirkan mereka yang dapat membantu kita 'meneruskan' perjalanan hidup, bukan bermakna 'meneruskan' itu dengan cara yang manis sahaja, asalkan kita tidak berhenti dipertengahan sudah memadai.

Saya amat berterima kasih pada anda... ya anda yang mungkin banyak melukakan hati saya... kerana mengenali anda saya belajar untuk keluar daripada 'kawasan' ini. Biarlah hari ini menjadi sejarah pertemuan kita, sejarah bermakna tiada lagi yang kedua kali pertemuan. Seandainya ada, maka biarlah saat itu saya telah mulai menyenangi kehadiran anda. ^_^

Wahai sang sayap, teruslah terbang ke dada langit. Tebarkan pelepah kecilmu itu, buktikan pada dunia, tiada yang menjadi mustahil. Mungkin hujan melecunkan kebolehanmu, terntaya itulah hikmahnya kejadian mentari. Wahai teman, yakinlah kita juga punya sayap dan mentari.

(credit: Sahabatku, Lotus Huda,unggas mata merah& aku, si penulis cerita)

Ulasan

  1. kita sering kali merasa putus asa dan lelah,,kadang kala mahu berhenti di tengah jalan,,tapi ingatlah ukhti,,kita hanaya hamba ALLAH,,yg sering kali menagih cintaNYA yang kekal abadi,,walau apa pun dugaan yang datang,,syukurilah ia..dan teruskan perjalanan hidup..Allah maha mengetahui yang terbaik buat hambanya..manusia hanya singgah sebentar di dunia sebelum ke perkampungan abadi menghadap ilahi..syukran ukhti :)

    BalasPadam
  2. saya membaca komen ukhty sebanyak 7 kali, berulang-ulang kali... ada bayangan seorang sahabat berlegar di minda.. owh..maafkan saya, siapa yang 'berkata' itu tidak penting, yang penting 'kata-kata' itu kan? *tersenyum saya*
    benar katamu saudariku, 'everything happens for a reason'... semoga liku-liku di hadapan bukanlah batu penghalang untuk kita temukan cahayaNya.
    Jazakillah hu khairan ya ukhty...:)

    BalasPadam
  3. assalamualaikum,
    wah!akhirnya...kisah sang kecil ini menyedarkan ku ttg khdpn yg sgt byk onak dan duri,,,tatkala kita hampir b'putus asa namun kita diberikan-NYA kekuatan sehingga kita sanggup berusaha walaupun sukar,semata-mata ingin mendpt keredaan-NYA,sesungguhnya sikap mdh bputus asa sgt dibenci-NYA disebabkn sikap kita yg sukar utk menerima hakikat dan takdir...Justeru, harungilah hidup ini kerana-NYA nescaya kita akan diberikan kemudhn dlm mnempuhinya, mgadulah pd-NYA ssungguhnya kpd kasih-NYA shj itu mampu menerbitkn motivasi dlm diri, insya-ALLAH.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

Petunia berbunga

Assalamu'alaikum dan selamat pagi Hari ini, bunga petunia dari pokok pertama sudah kembang. Aku cuba belek buku catatanku yang sempat aku coret-coret dua minggu pertama aku berkebun. Antara nota aku tulis adalah, petunia suka matahari, paling senang mahu tumbuh, paling cepat 3 hari. Elakkan tanah becak. Petunia ada banyak jenis, tapi yang aku tanam ni baka 'Multiflora Natural Dwarf Multis Mix'. Secara ringkasnya dia jenis renek dan paket ini biji benihnya campur-campur jadi bunganya nanti akan diketahui warnanya apabila sudah kembang. Mulanya aku teruja menanam petunia sebab bunganya yang meriah. Tetapi makin lama aku makin tawar sebab sewaktu ia kecil dulu ia sungguh ketot. Aku balik-balik mengira bilalah ia mahu membesar. Sampaikan aku beralih kasih ke aster. Ya, balik-balik aster aku update sebab aster rajin berdaun dan besar-besar pula saiznya. Seminggu lalu, aku belum perasan lagi pokok petunia ni berbatang. Aku perasan apabila sudah ada 3 kuntum bunga mahu terbent