Ahad, 24 Jun 2012

Rooftop Prince

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t.
Seperti yang terpapar kat tajuk di atas, saya tidak berniat untuk menceritakan sinopsis drama tersebut. Rasanya beratus mungkin juga beribu blog yang bercerita mengenainya. Apa yang dapat saya katakan, saya mencadangkan anda untuk menontonnya. Secara jujurnya, sejak awal saya tidak tergerak untuk menonton drama tersebut setelah mengetahui kronologinya. Saya merupakan peminat cerita Sageuk-historical drama (Korean) dan apabila drama ini meng'kombinasi'kan latar masa Joseon dan Seoul, ada rasa kurang senang yang bertapak.

Tetapi, persepsi saya berubah tatkala watak Putera Mahkota Lee Kak dan tiga pengawalnya datang ke Seoul. Bagi saya, watak merekalah yang membuatkan saya untuk terus mengikuti drama ini sampai ke penamatnya. Memang tak kering gusilah...hehehe

Selepas Sungkyunkwan Scandal, inilah drama kedua saya melihat 'lakonan' Park Yoo Chung. Sama halnya dengan aktor muda Lee Min Ho (bukan Lee Min Ho City Hunter/BOF/ Personal Taste) ini merupakan drama keduanya yang saya tonton selepas The Moon that Embrance the Sun. Saya masih tidak percaya dia merupakan donsaeng dari saya. Ehem.

Sebelum saya merapu ntah apa-apa lagi... ada baiknya saya berhenti sampai di sini. ^^
<Rooftop Prince>,DAEBAK!
kOmbinasi mereka berempat, lawak bha!
credit: Mira, sebagai tempat saya meng'copy' drama ni. Foto di atas saya ambil secara rambang di laman sesawang. Maaf andai perlu kata izin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan