Langkau ke kandungan utama

Lakaran hitam putih

Assalamualaikum w.b.t.
Melewati hari-hari cuti tanpa agenda dan aktiviti memang membosankan. Sebelum ini, waktu seperti inilah yang dinanti. Minggu lalu saya meminta teman daripada seorang sahabat internasional untuk menemani saya ke pekan yang berdekatan (memandangkan semua sahabat2 tempatan balik kampung) untuk membeli cds historikal drama Korea. Hasilnya, kedua-dua drama historikal itu (44episod) saya habiskan dalam masa 2hari kerana kebiasaan mempercepatkan (forward) cerita pada waktu-waktu kuliah/kelas. Selain itu, saya sibuk dengan menerima 'teman-teman' baru yang menjadikan kompartmen saya 'full house". Memikirkan ini sahaja peluang dan kemampuan yang saya miliki, semoga bermanfaat buat yang lain. Tidak enak untuk saya mencuri waktu kalian, maka ini ada sedikit hasil tangan saya di saat-saat akhir semester 2.
watak ni saya ambil daripada komik roomate saya, Fiza.. rasanya inilah pertama kali lukisan saya lengkap dari rambut ke kaki. Sebab tu banyak yang 'kurang'.

Sebenarnya tujuan asal saya ketika itu bukanlah watak Conan,tetapi setelah mencuba berkali-kali, saya memutuskan untuk melukis watak ini kerana  watak ni sahaja yang mudah untuk saya lukis pada bila2 masa.
Mengimbau zaman sekolah menengah, saya suka membaca Komik Kreko terutama part 'Fullmetal Alchemist'. Tapi setelah mendapati terlalu banyak simbol yang saya kurang mengerti dalam cerita ini, maka Kreko tinggal kenangan.
Ini merupakan watak yang saya ambil daripada foto seorang sahabat. Maaf, lukisan saya merosakkan 'kecantikan' yang dimilikinya...
Lukisan chibi kedua selepas chibi sungkyunkwan scandal hari tu... tetapi chibi pertama selepas mengikuti tutorial. Nampak sedikit kekemasannya. Chibi riang/cute.
Chibi kedua selepas tutorial...rasanya ini yang terbaik setakat ni...kerana karakter penuh+emosi
Tutorial atau tanpanya bukan pokok persoalan... kerana mengikuti tutorial membuat saya 'terikat' dan 'pengikut' kepada 'tutor' berbanding dengan kebolehan sendiri, saya boleh lihat di mana tahap saya yang sebenar. Sebenarnya, sudah lama saya bercadang untuk 'menyepi' daripada lukis melukis ni tapi, saya tidak mampu untuk menceritakan semua dengan tutur dan tulisan... maka titik-titik hitam dan garis-garis pensel inilah penceritanya...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rindu karya Tere Liye

Assalamu'alaikum w.b.t. Seperti entri yang sebelumnya, kalo soal buku, aku tidak bertujuan menceritakan sinopsis. Ia lebih kepada elemen-elemen yang berkaitan dengan opini (bukan kritik) atau kadang bersifat personal, yang terkait dengan hidupku. hahahahaha. Apa-apa la. Melewati usia dua puluh-an aku tidak pernah beli novel berbahasa Melayu. Ini merupakan buku fiction pertama yang ku beli karya dari seberang. Saat ku lihat judul novel ini, Rindu, aku seperti terpanggil untuk mengetahui sinopsisnya. Ternyata latar yang diambil adalah Makassar! Itu merupakan sebab perdana aku beli buku ini. hahahahaha.  Selepas buku Hamka, Tenggelamnya kapal van der wijck, seingat aku tiada buku berlatarbelakangkan Makassar yang ku baca. Keterujaannya itu lain sekali. Dan semuanya terkait perihal "laut" & "kapal". Meski jurai keturunanku merupakan Bugis "daratan" yang tinggal di gunung, aku selalu menyanjung mereka yang tinggalnya di laut. Keberanian mere...

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i...

Book: Psychology from an Islamic Perspective A Guide to Teaching and Learning

Assalamualaikum dan selamat malam. Ini merupakan percubaan kelima untuk menulis pasca-membaca buku. Sejujurnya aku menghabiskan pembacaanku ini hampir memakan masa selama setahun.  Teman sebelah rumah yang kebetulan biliknya bersebelahan dengan ruang tidurku, menjadi saksi kegilaanku yang adakalanya di tengah lewat malam melontarkan butir perenggan demi perenggan. Aku berusaha, kawan! Aku menghargai tiap helaian yang ada di rak buku itu.  Oleh kerana aku tidak lagi berada di barisan akademik, pastilah aku tidak akan mengulas secara terperinci isi kandungannya. Buku ini diterbitkan oleh IIUM Press, editornya pula Noraini M. Noor.  Terdapat dua bahagian, Part One & Part Two. Suka untuk aku kongsikan, salah satu artikel yang terdapat dalam koleksi ini iaitu, The Islamization of Psychology oleh Malik Badri.  Di bawah subtopik, The "who" of the Islamisation of Western Psychology . Penulis ada menyatakan tentang ciri-ciri yang perlu bagi Pengislamisasi Psikologi. 1. ...