Langkau ke kandungan utama

buat sahabat

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t.

Memasuki minggu pertama semester 3, ditempuhi dengan 1001 macam kondisi. Gembira iya. Kecewa iya. Sedih iya. Teruja iya. Apabila memikirkan 'keseronokan' kawan-kawan yang lain menikmati hari libur bersama keluarga, automatik cemburu merajai hati. Lantas saya berkata, "tahun depan, taknak ambil short semester,la!" Tapi saya tahu, jauh di sudut hati masih tersimpan rasa semangat dan berkorban waktu cuti demi menghabiskan subjek secepat yang mungkin.

Diri yang tak seberapa nak sihat, mungkin sarat menanggung rindu pada ibubapa tercinta di bumi Borneo. Seakan ingin saja waktu ini berputar dengan secepat-cepatnya. Di awal semester, lumrah bertemu wajah-wajah baru yang bakal menemani perjuangan kelak. Tapi, tidak pernah saya terbayang akan 'kehilangan' seorang sahabat dalam tempoh terdekat ini. Walaupun adakalanya ada rasa berkecil hati, tapi sebagai seorang sahabat, saya haruslah memahami situasinya sekarang. Semoga ALLAH mempermudahkan jalanNya. Terlalu banyak yang saya 'pinjam' daripadanya, maka inilah masanya untuk saya membayar hutang-hutang itu, kalau ini dikira sebagai 'permintaannya' maka seribu tahun pun saya setia menunggu sampai satu masa dia kembali semula di sisi saya dan menjalani kehidupan seperti selalu. InsyaALLAH.

Saya tidak mencuba untuk memahami kondisinya melainkan memahami kondisi sendiri terlebih dahulu. Tadi, di kelas tilawah, ini merupakan kali pertama saya tilawah di dalam kelas bersama rakan-rakan sepengajian. Tiap kali ditegur kesalahan tajwid, ada rasa malu yang bertandang. Walhal itu dalam sesi pembelajaran. Tambahan lagi bukan saya seorang melakukan kesalahan. Rasa kecewa juga ada, mungkin disebabkan selama ini saya berfikir saya sudah cukup usaha dalam bab tilawah, ternyata masih punya banyak kelemahan. Memikirkan bapa di rumah, rasa bersalah berlipat ganda, bapa merupakan guru yang cukup pengajarannya buat saya sejak kecil lagi, cuma saya yang tidak mengaplikasikannya.

Berbalik pada pokok cerita, samalah situasi dengan sahabat saya ini. Dia juga punya maruah. Usaha sama macam kawan-kawan yang lain, malah mungkin lebih. Apabila perlu melangkah sehadapan, tapi dia 'gagal' pasti ada rasa malu. Pada orang lain satu hal, pada keluarga yang utama. Itulah yang saya lalui tadi. Saya tidak punya cara lain untuk menyelesaikannya melainkan berfikiran positif, proses pembelajaran itu tidak pernah berhenti. Alhamdulillah, saya masih diberi peluang untuk belajar hal dunia dan akhirat di sini.Semoga dia juga diberi pemikiran yang sama seperti saya.


Selayaknya saya tidak seharusnya membicarakan hal ini, tapi biarlah ia tercatat dalam laman blog sebagai sejarah saya dan dia. Sudah terbiasa saya menulis akan halnya dan hal saya di sini. Mungkin ini kali terakhir, kerana selepas ini saya harus membuka buku baru, semoga apabila saya bertemu dengannya semula, dia akan menjadi sahabat saya seperti dahulu. Kalau 'membersihkan' kenangan lalu itu yang terbaik, maka saya akan bersihkan ingatan lalu kelak diari yang bakal dikongsi tidak mengundang kesedihannya.

Sesungguhnya hanya satu adalah dia dalam diri saya, meskipun  ada seribu adalah saya dalam dirinya, kerana saya bukanlah sahabat yang terbaik.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

Petunia berbunga

Assalamu'alaikum dan selamat pagi Hari ini, bunga petunia dari pokok pertama sudah kembang. Aku cuba belek buku catatanku yang sempat aku coret-coret dua minggu pertama aku berkebun. Antara nota aku tulis adalah, petunia suka matahari, paling senang mahu tumbuh, paling cepat 3 hari. Elakkan tanah becak. Petunia ada banyak jenis, tapi yang aku tanam ni baka 'Multiflora Natural Dwarf Multis Mix'. Secara ringkasnya dia jenis renek dan paket ini biji benihnya campur-campur jadi bunganya nanti akan diketahui warnanya apabila sudah kembang. Mulanya aku teruja menanam petunia sebab bunganya yang meriah. Tetapi makin lama aku makin tawar sebab sewaktu ia kecil dulu ia sungguh ketot. Aku balik-balik mengira bilalah ia mahu membesar. Sampaikan aku beralih kasih ke aster. Ya, balik-balik aster aku update sebab aster rajin berdaun dan besar-besar pula saiznya. Seminggu lalu, aku belum perasan lagi pokok petunia ni berbatang. Aku perasan apabila sudah ada 3 kuntum bunga mahu terbent