Langkau ke kandungan utama

sorotan pembacaanku...

بسم الله الرحمن الحيم

Assalamualaikum w.b.t.

Sejak akhir-akhir ini, aku seumpama kembali ke zaman 'muda' (sekolah menengah). Ya, masih segar lagi, darah muda yang menyala-nyala suatu ketika dulu, saat awal aku mengenal dunia penulisan. Maka, dikesempatan yang semakin terbuka luas ini, rakus mataku menjamah satu persatu atur buku di perpustakaan Universiti. Aku lihat nama Arenawati, Pak Sako, A.Samad Said, Shahnon Ahmad, Noordin Hassan dan Muhammad Hj Salleh..tapi mataku terpaku lama pada satu nama, Usman Awang. Akhirnya setelah puas menyelongkar rak Bahasa Melayu itu, aku pinjam 4buah buku, Koleksi Terpilih Sasterawan Negara Usman Awang, dan 3 novel bersiri ARMAGEDDON (Mandala, Menorah dan Pentagon) karya Arenawati. Lazim aku memegang sebuah buku tidak melebihi 3hari.. tapi harapku kesemua buku itu bisa kupulangkan sebelum minggu baru bermula. Agak terlewat aku membaca buku-buku ini tetapi berikutan 'kelalaian'ku mengisi usia,maka setua begini baru berkesempatan. Otak yang rutinnya merembes 'keseronokan' sudah berkarat menyebabkan apa yang ku baca lambat terhadam. oooohhh..aku terlalu memanjakan otak ini.. T_T


Sebelum itu, buku Jerry D.Gray sudah habis ku baca meskipun bukan 100% sampai ke pemahaman akalku terutama menyentuh perihal sains dan fakta. Buku yang bertajuk ART of Deception ini berjaya mengangkat nama mantan Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) itu sebagai pembongkar rahsia besar AS, bagiku. Akhirnya jawapan yang ku cari selama ini telah ku temui. Kata 'Freemason' kukenal seawal usia remaja tetapi tidak pernah aku bayangkan berada dekat dengan agenda 'mereka' secepat ini. Ingat lagi, aku pernah berkata,  'ah,peduli apa dengan freemason, aku buat hal ku sendiri. Mana mungkin aku bisa dipengaruhi'. Ya, itulah firasatku dulu. Tapi setelah mendekati dunia hiburan K-POP, maka aku terpanggil untuk mengkaji sendiri, mengenal dengan lebih dalam lagi istilah freemason dan iluminati ini.

Sebelum itu, aku tidak mengajak sesiapa pun berdebat di ruang blog ini. Seperti yang kulihat dan kubaca di ruangan sesetengah pihak (sebelum ini aku buat pencarian melalui laman sesawang)tetapi itu belum cukup untuk aku, kerana penjelasannya lebih memihak kepada mereka yang menganut agama Kristian. Tetapi yang jelas, agenda utama freemason dan zionis adalah meruntuhkan semua agama yang ada di dunia ini dan membentuk New World Order. Jika dilihat kronologi 'serangan' mereka (freemason) ia seiring dengan peredaran zaman. Sudah 'penat' dengan isu 'senjata nuklear' dan 'terrorist' untuk  'campur tangan' dalam hal negara lain maka digunakannya pula cara moden...dengan memomokkon manusia seantero dunia dengan berita 'pemanasan global'. Ya, mungkin pertama kali dengar agak ganjil tapi bila difikir dengan akal, ada logiknya. Sebagai contoh High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP) merupakan program yang dirancang bagi mengubah medan magnet bumi. Terbaru, mereka tidak perlu bertindak awal, melainkan memerhati tindakan sesama umat Islam berkelahi dan  sesama umat tidak membantu...maka tercapai lagi agenda.

Besarnya pengaruh mereka meliputi seluruh aspek, salah satunya yang kian pesat kini, pentas hiburan. Seperti yang aku nyatakan tadi, mereka guna pelbagai cara untuk meluaskan pengaruh mereka. Dengan mudah mereka meracuni pemikiran belia dan remaja melalui pemakaian,dan pergaulan biar nampak seperti stail tetapi sebenarnya ada niat jahat yang terselindung, biar nampak sesuatu yang tidak biasa menjadi perkara biasa. Itulah realitinya. Perkara ini mudah kita lihat dalam kehidupan seharian yang dijalani oleh rakyat Amerika. Menyentuh pengalaman Jerry D.Gray (zaman kanak-kanak) dalam bukunya, dia menyatakan bahawa pada masa lapang dia dan rakan-rakannya akan berburu dan ada perasaan gah dalam diri saat tangannya memegang pistol. Bayangkan 'kebebasan' hidup yang mereka jalani sejak kanak-kanak sudah diajari memburu dan memegang pistol di awal usia sedang ibubapanya tersenyum lebar melihat bilangan binatang buruan yang menjadi sasaran tembakan anaknya. Sistem yang diperkenalkan kerajaan AS tidak lain membiasakan rakyatnya dengan pembunuhan dan melenyapkan rasa perikemanusiaan. Fikir sejenak, kasihan rakyat AS yang dijadikan boneka oleh pemerintah yang mereka percayai. Berbalik soal arena pentas hiburan tadi, aku sendiri pernah mengikuti perkembangan itu. Apabila saat mula mengenal K-POP , tiada yang nampak ganjil sehinggalah muncul video-video klip yang agak mengelirukan kerana ada simbol-simbol tertentu yang sebelumnya amat lazim dikaitkan dengan artis-artis barat.

Maka ada yang muncul dengan hujah, simbol-simbol tersebut hanya sekadar stail. Ya, perkara yang agak kurang biasa, lama-lama kini semakin ramai yang menerimanya sebagai biasa. Begitu halus pengaruh mereka melalaikan kita, kelak generasi yang bakal memimpin menjadi lemah seterusnya kita terus jatuh terjelupok di kaki mereka. Peliknya, ada juga yang memimpin mereka ini untuk masuk ke 'daerah' kita. Soalnya, apakah dengan membawa masuk mereka ke tempat kita bisa melahirkan ketua dan pasukan seperti zaman kegemilangan al-Fateh? Melalui pembacaan Beyond the Inspiration, karya Ustaz Felix,  ada menyatakan " Muhammad Al-Fatih memahami, untuk meninggikan moral pasukannya, dia perlu mengingatkan pasukannya tentang bisyarah Rasululah dan janji Allah kepada mereka..."
Nah, lihat contoh seorang pemimpin menyemangati pasukannya dengan janji yang sudah pasti, bukannya menjamu keduniaan...
Aku kira cukup itu 'celoteh'ku selebihnya kalian boleh lanjutkan dengan membaca kedua-dua buku yang ada ku sebutkan tadi. Mungkin ada yang tidak setuju denganku, aku tidak tahu sama ada aku yang berfikir terlalu kehadapan, atau kalian yang berfikir terlalu jauh kebelakang. Bagi mereka yang menganggap ini berita lapuk, terima kasih kerana berdiam diri selama ini kerana aku dengan sendiri mencari bahan informasi, tetapi bagaimana dengan yang lain?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

Petunia berbunga

Assalamu'alaikum dan selamat pagi Hari ini, bunga petunia dari pokok pertama sudah kembang. Aku cuba belek buku catatanku yang sempat aku coret-coret dua minggu pertama aku berkebun. Antara nota aku tulis adalah, petunia suka matahari, paling senang mahu tumbuh, paling cepat 3 hari. Elakkan tanah becak. Petunia ada banyak jenis, tapi yang aku tanam ni baka 'Multiflora Natural Dwarf Multis Mix'. Secara ringkasnya dia jenis renek dan paket ini biji benihnya campur-campur jadi bunganya nanti akan diketahui warnanya apabila sudah kembang. Mulanya aku teruja menanam petunia sebab bunganya yang meriah. Tetapi makin lama aku makin tawar sebab sewaktu ia kecil dulu ia sungguh ketot. Aku balik-balik mengira bilalah ia mahu membesar. Sampaikan aku beralih kasih ke aster. Ya, balik-balik aster aku update sebab aster rajin berdaun dan besar-besar pula saiznya. Seminggu lalu, aku belum perasan lagi pokok petunia ni berbatang. Aku perasan apabila sudah ada 3 kuntum bunga mahu terbent