Langkau ke kandungan utama

terima kasih... :)


بسم الله الرحمن الحيم
Assalamu’alaikum w.b.t.
Teman, seperti baru semalam kita bertukar senyum dan salam. Masih segar riak malu bicara dan laku, pemula roda-roda tawa dan duka kita. Meskipun bukan semuanya kita saling tahu-menahu tetapi mengetahuimu beragama membuat hatiku cukup lega. Kerana mereka yang menjaga perhubungannya dengan Pencipta pasti tidak akan lalai dalam perhubungannya sesama makhluk ciptaan Penciptanyakan?

Manifestasi  dalam persahabatan itu mudah. Ukhwah fillah. Indikatornya tidak mensyaratkan kita untuk berpakaian berjenama, saling berbelanja, serba tahu dunia hiburan, akademik straight A’s, dan punya keistimewaan yang tertentu. Meskipun adakalanya, terdapat sebilangan waktu kita memerlukan ‘sokongan’ wang, namun ikatan yang didasari wang semata tidak berpanjangan. Bahagianya Cuma di dunia sedangkan kita memerlukan yang bersifat abadi. Kerana itu, menemui kalian membuat aku bersyukur, sering mengingatkanku sebagai hambaNya.

Teman, ku sanjungimu kerana agamamu. Menemui kalian adalah anugerah terindah dalam perjalanan ini. Seumpama seorang musafir yang singgah berteduh di bawah pohon rendang. Aluanmu bak dedaun pohon yang melambai. Dari jauh terasa hijaumu yang meredupkan panasnya gurun. Dan itulah yang ku perlukan dalam musafirku. Cukup mendengar luahan hatiku,kerana selalu sesudahnya kamu iringi janjiNya, ALLAH takkan menguji di luar kemampuan hambaNya.

Tidak dinamakan persahabatn andai semuanya Cuma indah belaka. Begitulah ukhwah kita. Perjalanannya tidak selalu lancar, adakalanya terselit ujian yang meranapkan kota-kota impian. Tika kita berada dalam dilema, menghadapi hari dengan laluan sendiri, sekali lagi bantuanNya tiba apabila kita saling memahami dunia masing-masing. Sebenarnya, hari-hari adalah hari baru bagi kita. Hari-hari adalah pertemuan . Hari-hari tercipta sejarah. Semuanya tinggal menjadi persemadian perkenalan. Peringatan. Perlambangan.

Teman, sehari dua hari pertemuan bukan bermakna sehari dua persahabatan.  Sekali kita bertemu, perkenalan kita sampai Jannah. Doa merupakan antara wasilah untuk kita selalu update persahabatan. Jarang bertemu bukan bermakna melupakan, jarang bertegur tidak beerti memutuskan.
Alhamdulillah, ku temuimu teman dalam penghijrahanku. Setiap antara kita punya sejarah silam tersendiri dan kerana itu aku sedar, setiap insan punya ruang untuk berhijrah biiznillah.
Jazakumullahu khairan khatiran ya sodiqi wa sodiqati… nota persahabatan antara kita semua.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

Petunia berbunga

Assalamu'alaikum dan selamat pagi Hari ini, bunga petunia dari pokok pertama sudah kembang. Aku cuba belek buku catatanku yang sempat aku coret-coret dua minggu pertama aku berkebun. Antara nota aku tulis adalah, petunia suka matahari, paling senang mahu tumbuh, paling cepat 3 hari. Elakkan tanah becak. Petunia ada banyak jenis, tapi yang aku tanam ni baka 'Multiflora Natural Dwarf Multis Mix'. Secara ringkasnya dia jenis renek dan paket ini biji benihnya campur-campur jadi bunganya nanti akan diketahui warnanya apabila sudah kembang. Mulanya aku teruja menanam petunia sebab bunganya yang meriah. Tetapi makin lama aku makin tawar sebab sewaktu ia kecil dulu ia sungguh ketot. Aku balik-balik mengira bilalah ia mahu membesar. Sampaikan aku beralih kasih ke aster. Ya, balik-balik aster aku update sebab aster rajin berdaun dan besar-besar pula saiznya. Seminggu lalu, aku belum perasan lagi pokok petunia ni berbatang. Aku perasan apabila sudah ada 3 kuntum bunga mahu terbent