Langkau ke kandungan utama

bicaralah

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t.

Sebenarnya sudah lama saya kehilangan 'ilham' untuk menulis kerana sebelum ini saya banyak menulis berdasarkan kehidupan seharian saya, hikmah yang dapat saya ungkap. (yang tak terungkap menjadi 'rahsia' saya dan hanya tempatNya sahajalah selayaknya dibicarakan). Tetapi, setelah mengetahui kelaziman yang dilakukan oleh Ustaz Felix, seorang rakan telah memperkenalkan saya hasil tulisannya, maka secara automatik, semangat itu kembali. Habit. Tipu andai saya tidak pernah terfikirkan respon para pembaca, meskipun saya sendiri tidak pasti sama ada blog saya punya pembaca atau tidak. Nasihat saya kepada diri ketika menulis, bayangkan entri ini saya tujukan khas buat diri saya sendiri. Tidak perlu fikirkan pemikiran orang lain. Bukan saya tidak menghormati mereka yang bergelar pembaca tetapi rasa canggungkan kalau entri tu dibuat sekadar menyedapkan hati orang lain tapi hati sendiri tidak tersentuh? Oleh itu, respon pembaca bukan tujuan perdana saya melainkan melahirkan perasaan 'puas hati' untuk diri sendiri ketika dalam proses penulisan sesebuah entri. Saya tidak suka mencari penghasilan, saya cuma mahukan tangisan yang 'ikhlas' lahir secara luaran dan dalaman saya.

Secara tiba-tiba berbicara mengenai hal ini,  saya tidak layak untuk menasihatkan kalian di luar sana, tetapi saya dapati ramai yang ingin menulis tetapi malu. Life is choice. Kita juga boleh jadi penulis. Keluarkan pendapat. Setiap antara kita ada ideologi tersendiri. Selagi kita sanggup memegang 'tanggungjawab' atas penulisan kita, mulalah dan teruskan menulis. Andai kita takut hadapi pemikiran pembaca, maka jadilah penulis kepada diri sendiri. Seseorang bukan digelar penulis berdasarkan bilangan pembacanya atau bilangan patah perkataannya . Saat kita mula menulis, kita sudah memegang watak sebagai penulis. Cuma, kitalah penentu jenis penulisan yang ingin diceburi. Mengungkap huraian Ustaz Felix, Penyanyi jalanan atau penyanyi pentas adalah sama, penyanyi. Mereka berada dalam bidang yang sama. Hiburan. Tetapi keberhasilannya berbeza berdasarkan cara penyampaian mereka. Penyanyi jalanan yang hanya memerlukan alat-alat muzik dan suara, manakala penyanyi pentas perlu menambah beberapa 'item' seperti 'dewan'(pentas), speaker, tempat duduk untuk audiens, air-cond dan banyak lagi. Maka imbuhan yang diterima pastilah setimpal dengan 'usaha' mereka.

Andalah penentu. Mahu sepopular penulis di luar sana atau menjadi penulis biasa tahap bawah seperti saya. Menulis untuk siapa? Kalau tidak mampu menulis untuk orang lain, cukuplah untuk diri sendiri terlebih dahulu. Mungkin ada yang dapat dikongsikan dengan yang lain. Hargai sejarah hidup anda kerana bukan semua yang mengalaminya.

(kita saling membisu, ada yang ingin ku khabarkan, dan mungkin ada yang ingin kau nyatakan. aku bukan siapa-siapa, impianku cuma begini. andai kau pernah berada di sini, sejak awal hingga tahap kematanganku tiba, teruslah berdoa moga bicaraku tidak tersasar. Biarkan bisu sampai ke akhirnya.)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rindu karya Tere Liye

Assalamu'alaikum w.b.t. Seperti entri yang sebelumnya, kalo soal buku, aku tidak bertujuan menceritakan sinopsis. Ia lebih kepada elemen-elemen yang berkaitan dengan opini (bukan kritik) atau kadang bersifat personal, yang terkait dengan hidupku. hahahahaha. Apa-apa la. Melewati usia dua puluh-an aku tidak pernah beli novel berbahasa Melayu. Ini merupakan buku fiction pertama yang ku beli karya dari seberang. Saat ku lihat judul novel ini, Rindu, aku seperti terpanggil untuk mengetahui sinopsisnya. Ternyata latar yang diambil adalah Makassar! Itu merupakan sebab perdana aku beli buku ini. hahahahaha.  Selepas buku Hamka, Tenggelamnya kapal van der wijck, seingat aku tiada buku berlatarbelakangkan Makassar yang ku baca. Keterujaannya itu lain sekali. Dan semuanya terkait perihal "laut" & "kapal". Meski jurai keturunanku merupakan Bugis "daratan" yang tinggal di gunung, aku selalu menyanjung mereka yang tinggalnya di laut. Keberanian mere...

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i...

Book: Psychology from an Islamic Perspective A Guide to Teaching and Learning

Assalamualaikum dan selamat malam. Ini merupakan percubaan kelima untuk menulis pasca-membaca buku. Sejujurnya aku menghabiskan pembacaanku ini hampir memakan masa selama setahun.  Teman sebelah rumah yang kebetulan biliknya bersebelahan dengan ruang tidurku, menjadi saksi kegilaanku yang adakalanya di tengah lewat malam melontarkan butir perenggan demi perenggan. Aku berusaha, kawan! Aku menghargai tiap helaian yang ada di rak buku itu.  Oleh kerana aku tidak lagi berada di barisan akademik, pastilah aku tidak akan mengulas secara terperinci isi kandungannya. Buku ini diterbitkan oleh IIUM Press, editornya pula Noraini M. Noor.  Terdapat dua bahagian, Part One & Part Two. Suka untuk aku kongsikan, salah satu artikel yang terdapat dalam koleksi ini iaitu, The Islamization of Psychology oleh Malik Badri.  Di bawah subtopik, The "who" of the Islamisation of Western Psychology . Penulis ada menyatakan tentang ciri-ciri yang perlu bagi Pengislamisasi Psikologi. 1. ...