Ahad, 22 Julai 2012

Nota-nota semalam dan hari ini.. :)

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t.

Seminggu menyepi,sebenarnya mashghul dengan aktiviti luar, tasmi' dan exam midterm. Apabila sebut perihal midterm, hanya ALLAH yang tahu betapa banyak perkara lagi yang perlu saya pelajari. Kagum saya ketika bertemu rakan-rakan yang arif arabic. Berbanding dengan saya, persoalan tertumpu balik pada diri, apa yang saya habiskan dalam masa 21tahun ni?

Bertitik-tolak daripada persoalan-persoalan itulah, mudah-mudahan keluar sahaja daripada madrasah ramadhan ini, saya menjadi seorang yang baru. Menambah yang mana yang patut ditambah dan
mengurangkan yang mana patut dikurangkan. Sebelum tu, salam Ramdhan. *smile*

Ini merupakan ramadhan kedua saya berjauhan daripada keluarga. Walaupun sudah punya pengalaman berpuasa di asrama dan kem PLKN, tapi kali ini suasananya agak berbeza. Tambahan lagi, harus menghabiskan waktu ramadhan di universiti. Dulu, sahur ada yang kejutkan, ketuk pintu dorm ke dorm. Kalau kat PLKN, jurulatih 'turun padang' mengejutkan pelatih sahur. Sekarang, sahur sorang-sorang, nasi bungkus.. (kawan-kawan balik kampung). Tapi alhamdulillah, bab berbuka ada yang istimewa kerana jadual aktiviti masjid yang tersusun. (bukan nak kata jadual dulu tak efisyen cuma kat sini tak rasa kelam-kabutnya).

Bermula dengan tazkirah (6:50ptg hingga waktu hendak berbuka), berbuka dengan air mineral dan buah tamar, solat maghrib berjemaah, kemudian makan nasi, solat isya' berjemaah, solat sunat terawih... akhirnya jadual berakhir menghampiri pukul 12malam. :P

Istimewanya lagi,saya dan seorang sahabat, Lotus Huda menunaikan solat terawih di Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur pada malam pertama ramadhan.Niat asal hendak membeli jubah, menghampiri waktu isya' destinasi kami menuju ke Masjid Jamek. Meskipun berhadapan masalah ketika mencari pengangkutan pulang..alhamdulillah, Hasbunallah wa ni'mal wakil. Bayangkan dari Masjid Jamek kami berjalan kaki ke Pasar Seni kemudian balik semula ke Masjid Jamek kerana bas yang dicari tiada. Melalui lorong-lorong Petaling Street dan Pasar Seni bukanlah pengalaman yang menarik. Alhamdulillah, sahabat saya ini seorang yang berani.

Menyingkap kembali pertama ramadhan ini, banyak yang istimewa. Anda bagaimana? Mudah-mudahan ramadhan kali ini akan menjadi suatu lembaran baru dalam penghijrahan kita. Firman ALLAH S.W.T "Wahai orang beriman, diwajibkan ke atas kamu menunaikan ibadat puasa seperti mana diwajibkan ke atas mereka yang datang sebelum kamu semoga kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 183). 


Selepas ini, mungkin jadual saya akan semakin 'terisi' maka munculnya saya cuma kadang-kadang. Mungkin ada yang rindu nak baca entri saya, (perasan sebentar) semoga datangnya saya kelak bersama perkongsian ilmu,insyaALLAH bukan sekadar diari perjalanan hidup. 

 Di sini ada beberapa foto semester 3, seminggu sebelum ramadhan menjelang, mereka ini merupakan sahabat,guru dan keluarga bagi saya. Jazakumullah hu khairan..

bersama Lotus Huda di Stadium Bukit Jalil
bersama 'Zombie Kg Pisang' dan 'Gangster Kg Pusu'
(asif jika gelarannya kurang enak, sebetulnya saya dalam pencarian nama pena buat mereka..nama2 kat atas tu nama manja yg mereka reka sendiri..:P )
bersama Zahra
Pinaz & Ecah di Stadium Bukit Jalil
(tanpa izin saya memaparkan gambar ini..halalkan ye.. :))
Pertama kali ke Bukit Jalil,sempena Hari Koperasi 1Malaysia
Pentas utama yang bertemakan warna ungu.. >_<
(masih ada yang ingat padaku, lewat fb mahupun telefon...tapi cukuplah andai aku termasuk dalam doa-doa kalian...)

2 ulasan:

  1. posting cerita yang menarik sewaktu menjadi pelatih plkn

    BalasPadam
  2. ni zombie dtg nieh!

    BalasPadam