Jumaat, 7 Mac 2014

Fotograpiii kelasss

Assalamualaikum w.b.t
Ya, setiap semester aku mencuba variasikan aktiviti kampus. Pernah ku tempuhi alam menonton drama historikal, 'herbalife style', kelas mandarin, beroman sastera, melakar animasi, hidup berpersatuan (paling tidak menjadi) dan kini kelas fotografi.
Aku tidak pernah statik. Aku tidak akan suka pada satu perkara sahaja. Tidak. Juga bukan dalam tempoh yang lama. Bosan?
Pernah aku risau, bagaimana andainya nanti aku mula mempersoalkan erti 'statik' pada dia. Entah. Aku sendiri sudah tidak betah memikirkan persoalan itu. Sebab itu aku perlukan jarak. Biar nanti bosan tidak kunjung tiba.
Fotografi, dunia baru untukku. Terlalu muda untuk ku katakan aku 'sudah kenal', mungkin suka saja tidak cukup. Kamera ini seusia kemahiran dan ilmu yang ku cakup, genap 2 minggu! Ahhh... orang bilang jangan hitung waktunya, masalahnya, aku benar-benar tidak pernah menyentuh rangkanya. Memahami saja buat aku pening.
Apabila ku pandang di sekelilingku, mahu saja ku teriakan di telinga mereka, apa mungkin kesukaan kalian infiniti? Kerana aku cuma tidak meletakkan suka aras itu, ada perkara lainnya yang mencuri hatiku. Sejarah, sastera, seni animasi...ahhh meski bukan semunya ku arif!
Tolong...aku mungkin perlu beri peluang, sedikit ruang untukku berinteraksi dengan kamera ini. Dari hati ke hati agar kelak apa yang ingin ku sampaikan, mesejnya sampai pada layar lensa kamera. Biar nadi kami berdetak seiringan. Biar dia menyerlahkan keistimewaannya dan aku bisa tersenyum merealisasikan apa adanya itu.
Kiranya jalan ini bisaku luaskan syukurku, agar nanti tiada lagi persoalan cantik atau jelek, kerana kita sama, makhluk ciptaan MAha Sempurna.
model kami untuk hari ini. Cuma gambar ini dalam simpanan. Maaf, aku tak reti ambil gambar potret. Dan mohon halal gambarnya bro!

otw balik mahallah. Aku da lama usha side ni tapi tidak berkesempatan. menjemput mentari ok juga ni! 
aku paling tidak ngam dengan waktu senja. Ada pilu berlagu. Tapi selagi ada warna kejingga-jinggaan, aku ok saja! Otw ke cafe Nusaibah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan