Langkau ke kandungan utama

Magic eye

Assalamualaikum w.b.t

Ternyata pendirianku kian rapuh pada perhubungan ini. Salahku? Mungkin tersilap perhitungan memberi ruang untuk kita membina harapan sedangkan aku tidak berhasrat begitu mulanya.

Teettt... stop. Hentikan kejiwanganmu sekarang. Sudah tiba saatnya memikirkan hal yang serius.

Sudah menghampiri sebulan memiliki 'Reclaim your heart', tidak separuh ku roman. (Sedikit lucah bunyinya) agaklah! Oleh sebab waktu luang tidak teruntuk beroman sahaja, semenjak memiliki dslr, tangkap foto juga antara habitku. Jadi aku aplikasikan sistem beroman satu topik satu malam. Entahlah, hatta telaah buku sahaja tidak menang tangan apalagi mencapai buku feksyen lain.

Magic eye! Ya, aku pun reti main benda ni. Mulanya, agak kasar juga dengar cara yang patut diaplikasikan, julingkan matamu! Kata kawanku. Bahasa halusnya, fokuskan matamu!

Hehe

Analogi magic eye, disebalik gambar yang tidak punya solid mesej/figura/makna... ada gambaran yang cantik. Cantik sangat! Jernih, macam gambar disebalik kaca jernih atau aliran air yang jernih. Entahlah, tapi cantikkan? Begitulah kehidupan!

Disebalik cerita yang entah apa-apa, kadang kita lihat dan bandingkan kehidupan orang lain dengan kehidupan kita. Apalah sangat ya yang ada pada cerita kita? Tapi benarkah begitu? Kalau kita selami betul2, cantik sebenarnya jalan hidup kita, tidak kiralah siapapun kita di mata manusiawi di dunia ini. Semuanya Allah sudah atur dengan cantiknya! Itupun kalau kita dapat lihat dengan mata hati kita terfokus padaNya.

Fokus hidup kita pada destinasi akhir. Kita hidup untuk dunia dan akhirat. Kalau kita tidak fokus, cuma pandang pada luaran, dari sudut kacamata duniawi, tiada penghujung keindahan yang dicari. Kan? Meskipun begitu, dunia tidak patut diketepikan memandangkan untuk sampai ke akhirat itu perlunya kehidupan dunia. Ya, seperti magic eye tadi, tanpa lakaran yang biasa2 di luarnya, bagaimana boleh kita lihat disebaliknya?

Malahan, jauh di sudut hati ku berdetik, sebenarnya yang terlihat biasa itu sudah cukup cantik aturannya, kerana bisa menghasilkan yang luar biasa. Ada faham?

Ok, mohon undur diri. Besok sepertinya ingin melangsaikan hutang post berkenaan skrip drama fairy tale hasil ubahan kami beramai-ramai. Aku rindu kumpulan drama semester lalu, Sufi White & 3 fairies. InshaAllah semester ini ada 2 lagi projek besar yang harus dilaksanakan. Doakan aku kawan!
Assalamualaikum.  :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i...

Lirik Lagu:::Permata yang dicari

Assalamualaikum w.b.t.  Salam Maal Hijrah.Azam baru? Rasanya terdapat dalam kalangan anda,mungkin berkongsi azam dengan saya. Permata yang dicari ,saya tersenyum sendiri mendengar lagu ini.Baitnya penuh dengan makna.Rasanya tak perlu dihuraikan,sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti dapat 'menangkap' maksud yang disampaikan.Bukan sahaja melodi yang sesuai,malah lagu ini juga mempunyai pakej tersendiri,iaitu bait-bait 'doa' . Hadirnya tanpa kusedari Menggamit kasih cinta bersemi Hadir cinta insan padaku ini Anugerah kurniaan Ilahi Lembut tutur bicaranya Menarik hatiku untuk mendekatinya Kesopanannya memikat di hati Mendamaikan jiwaku yang resah ini Ya Allah Jika dia benar untukku Dekatkanlah hatinya dengan hatiku Jika dia bukan milikku Damaikanlah hatiku Dengan ketentuan-Mu Dialah permata yang dicari Selama ini baru kutemui Tapi ku tak pasti rencana Ilahi Apakah dia kan kumiliki Tidak sekali dinodai nafsu Akan kubatasi dengan syariat-Mu Jika dirin...