Langkau ke kandungan utama

Persoalan

Assalamualaikum w.b.t
Cuti ini amat terasing, saat hati tidak habis-habis bertanya, "bapa di mana?"
Jika aku ditanya, apa yang paling kau rindui mengenai bapamu, ku jawab semua. Kerana semuanya tiada yang bisa berulang.
Sedar atau tidak, kita masih anak kecil di hadapan mak dan bapa. Sebab itu, sekecil perkara bisa membuat hati mereka gundah. Aku juga pernah berhadapan dengan situasi di mana tidak lepas daripada jagaan bapa, dan itulah yang menuntut ku saban waktu. Siapa lagi sanggup melindungiku tanpa rasa paksa? Tiada, cuma bapa.
Persoalan, bapa adalah insan tabah yang sering melayan karenahku. Soalan berulang pun dijawabnya! Siapa lagi bisa melayan karenah banyak tanyaku? Tiada. Cuma bapa.
Arghhh... ingin sekali ku lontarkan pandanganku mengenai MH370, mengenai DSA, Ukraine... ya, bapa lah sahabat setia ku berdebat. Tanpa rasa idea disisih tiap kali berlaku perbedaan opini.
Allah...
Banyak, terlalu banyak persoalan yang bersarang di minda. Bukan menidakkan keadaan mak, tetapi sering saja ia mengundang ingatan kepada bapa. Menangis kami.
Selalu, aku bertanya, bapa akan jawab, mak kemudian berkata, "ya, tiada habisnya tu..."
Aku rindu part itu.
Pak, selayaknya segala persoalan ini dikuburkan saja? Mungkin, sudah tiba waktunya menjadi dewasa. Biar keanakan ku bersemadi bersama kenangan kita. Laila, sabarlah!
Pesanku, selalu anak perempuan segan kucup kening bapanya, anak lelaki segan kucup kening maknya, jangan begitu. Selagi kita diberikan peluang, jangan lepaskan peluang kucup kening dan kelopak mata mereka. Jangan jadikan lambaian pertama juga terakhir kita tatkala kain kafan tersarung di badan. Segan bukan boleh beli masa hidup.
Al-Fatiha

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rindu karya Tere Liye

Assalamu'alaikum w.b.t. Seperti entri yang sebelumnya, kalo soal buku, aku tidak bertujuan menceritakan sinopsis. Ia lebih kepada elemen-elemen yang berkaitan dengan opini (bukan kritik) atau kadang bersifat personal, yang terkait dengan hidupku. hahahahaha. Apa-apa la. Melewati usia dua puluh-an aku tidak pernah beli novel berbahasa Melayu. Ini merupakan buku fiction pertama yang ku beli karya dari seberang. Saat ku lihat judul novel ini, Rindu, aku seperti terpanggil untuk mengetahui sinopsisnya. Ternyata latar yang diambil adalah Makassar! Itu merupakan sebab perdana aku beli buku ini. hahahahaha.  Selepas buku Hamka, Tenggelamnya kapal van der wijck, seingat aku tiada buku berlatarbelakangkan Makassar yang ku baca. Keterujaannya itu lain sekali. Dan semuanya terkait perihal "laut" & "kapal". Meski jurai keturunanku merupakan Bugis "daratan" yang tinggal di gunung, aku selalu menyanjung mereka yang tinggalnya di laut. Keberanian mere...

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i...

Book: Psychology from an Islamic Perspective A Guide to Teaching and Learning

Assalamualaikum dan selamat malam. Ini merupakan percubaan kelima untuk menulis pasca-membaca buku. Sejujurnya aku menghabiskan pembacaanku ini hampir memakan masa selama setahun.  Teman sebelah rumah yang kebetulan biliknya bersebelahan dengan ruang tidurku, menjadi saksi kegilaanku yang adakalanya di tengah lewat malam melontarkan butir perenggan demi perenggan. Aku berusaha, kawan! Aku menghargai tiap helaian yang ada di rak buku itu.  Oleh kerana aku tidak lagi berada di barisan akademik, pastilah aku tidak akan mengulas secara terperinci isi kandungannya. Buku ini diterbitkan oleh IIUM Press, editornya pula Noraini M. Noor.  Terdapat dua bahagian, Part One & Part Two. Suka untuk aku kongsikan, salah satu artikel yang terdapat dalam koleksi ini iaitu, The Islamization of Psychology oleh Malik Badri.  Di bawah subtopik, The "who" of the Islamisation of Western Psychology . Penulis ada menyatakan tentang ciri-ciri yang perlu bagi Pengislamisasi Psikologi. 1. ...