Langkau ke kandungan utama

Menulis kerana...

Assalamualaikum w.b.t.

Aku sudah lupa kalau sebelum ini aku pernah nyatakan kenapa aku buat blog ni. Pernah dalam kelas, pensyarah tanya apa sebab student or sesiapa sahaja buat blog. Kamu, apa sebab kamu buat blog? Apa perasaan kamu kalau orang lain baca apa yang kamu tulis? Macam mana kamu letak perbatasan antara hal personal dan general?

hahaha

Aku tidak fikir sangat apa yang orang fikir pasal blog aku. ntah ada yang baca atau tidak. Kalau ada pun, ntah berapa peratus la input yang mereka boleh dapat dari sini. Mungkin kalau post yang awal-awal dulu iya la kan.. rajin juga aku copy paste input dari majalah Islam. La ni... beli pun da berapa tahun tidak. 

Kadang terfikir juga untuk 'private' kan saja blog tapi cerita dalam blog ni bukan pasal aku saja. Ada cerita pasal kawan-kawan juga. Ada masa, mereka boleh jenguk-jenguk sini. Kalau rindu datang menerpa kan... 

Berbalik pasal tujuan aku menulis blog, perdana kerna aku jadikan blog ni diari aku. AKu bukan kaki diari tapi aku pelupa. Banyak cerita dulu-dulu zaman sekolah menengah aku suda lupa. Nama kawan panggilan yang aku selalu guna pun lupa. Sekali gus, dengan adanya blog ni, bukan aku seorang sahaja boleh lihat-lihat, kawan-kawan pun bole tumpang sekali. The most important part is 'kalau aku hilang ingatan suatu hari nanti' aku boleh rujuk sini. Bukan berharap hendak 'lupa ingatan' (na'udzu billah min dzalik) tapi ini salah satu medium aku untuk restore kenang-kenangan.  Sebagai anak tunggal, tiada sepupu rapat, tiada kawan rapat sangat yang tahu cerita hidup ku dari A sampai Z, dan aku cuma ada mak sekarang, aku makin rajin update perkara even kecil tapi itulah yang ada dalam qalbu.

Sejak akhir-akhir ni, aku rajin update sekali dengan foto-foto. Bukan setakat dengan menulis, tapi aku abadikan kenangan itu dengan foto. Kata orang biar la bukan fotografer sekali pun, at least kita yang ketik kamera tu tahu what happen at that time. 'the feeling'. 

Limit? Ikutkan hati banyak saja yang hendak ditulis tapi apa yang ditulis tu  at least ada 'keyword' kepada perkara-perkara yang personal. 

Sebab keduanya, kononnya ini sebagai latih diri menulis. Walaupun aku sendiri tidak pasti apa benar aku bisa menulis. Masalahnya aku sendiri tidak tahu 'keinginan' ku serupa apa. Kalau menulis untuk orang lain, ya, tiap insan tu kan kecenderungannya beda-beda, paling senang ikut kata hati. Tulis saja apa yang kau mahu tulis, Laila! 

Well, untuk sedikit ruangan ini, aku suka satu show ni. Entah la... mungkin sebab mereka dalam kalangan yang memperjuangkan hak mereka. Memetik satu daripada kata-kata 'penghiburnya', lebih kurang begini bunyinya, 'sekejam apakah bumi kita sehinggakan anak kecil tadi takut untuk bermimpi'. Deep. 

Satu perkara yang aku perasan, kalau hendak tengok apa yang diperjuangkan oleh satu-satu bangsa tu, tengok ke mana perhatian mereka. Dari segenap sudut bisa jadi mediumnya. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

Petunia berbunga

Assalamu'alaikum dan selamat pagi Hari ini, bunga petunia dari pokok pertama sudah kembang. Aku cuba belek buku catatanku yang sempat aku coret-coret dua minggu pertama aku berkebun. Antara nota aku tulis adalah, petunia suka matahari, paling senang mahu tumbuh, paling cepat 3 hari. Elakkan tanah becak. Petunia ada banyak jenis, tapi yang aku tanam ni baka 'Multiflora Natural Dwarf Multis Mix'. Secara ringkasnya dia jenis renek dan paket ini biji benihnya campur-campur jadi bunganya nanti akan diketahui warnanya apabila sudah kembang. Mulanya aku teruja menanam petunia sebab bunganya yang meriah. Tetapi makin lama aku makin tawar sebab sewaktu ia kecil dulu ia sungguh ketot. Aku balik-balik mengira bilalah ia mahu membesar. Sampaikan aku beralih kasih ke aster. Ya, balik-balik aster aku update sebab aster rajin berdaun dan besar-besar pula saiznya. Seminggu lalu, aku belum perasan lagi pokok petunia ni berbatang. Aku perasan apabila sudah ada 3 kuntum bunga mahu terbent