Langkau ke kandungan utama

Sebesar apa impianmu?

Selamat malam.

Sebetulnya aku sudah menulis berkenaan sambungan Indonesia Timur Tempo Doeloe tetapi perlu menambah beberapa ayat lagi. Jadi aku tangguh dulu untuk dikongsi di sini.

Jadi aku singgah sebentar untuk menyapa satu dua kata kepada kalian.

Hari ini adalah hari yang panjang. Pelbagai rasa dalam satu hari. Aku pun ndak pasti apa rasa diakhirnya. Ah, syukurlah yang paling tepat. Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Apabila dibelek, ditelek, diteliti jalan hidup selepas tamat belajar, pastilah aku dikira tidak 'berjaya' kalau hendak dibanding dengan rakan seperjuangan yang sudah punya income tetap. Tapi kalau hendak dibanding secara umum, aku dikira beruntung kerana masih mampu untuk terus melakar impian sedangkan di luar sana masih ada yang tidak punya banyak pilihan. Kadang-kadang orang di sekeliling kelihatan terlalu risau sepertinya kita sudah tidak punya harapan, tetapi hakikatnya kita masih punya seribu macam harapan yang dirancang. Kerna hati tidak terbaca oleh orang lain.

Aku sering kali menyangka, aku memahami masyarakatku. Ah, inilah realiti hidup. Sedangkan disebalik semua itu, kadang hidup tidaklah serumit yang disangka. Sejalang sifat manusia, ada terselit fitrah suci yang adakalanya memberi impak impresif. Bahkan, realiti yang diklaim menyebabkan hati menjadi kotor, penuh prasangka. Ya, siapa pun anda jangan pernah menyangka realiti manusia memang begitu kerna boleh jadi itu jalannya anda menyakiti manusia lain.

Sebab itu aku percaya sekali kalau manusia secara umumnya bersifat natural. Cuma keadaan yang menentukan sama ada dia bakal menjadi baik atau jahat. Sesaat, di mana pun, dengan siapa dia, status itu bisa berubah lagi.

Itu sama juga dengan diri. Detik yang paling menggerunkan adalah tatkala kamu berfikir si polan sedemikian dan demikian, padahal kamu sendiri gagal mengenal diri sendiri. Lucu ya, apabila kita mengklaim orang itu berjaya dan yang si itu pula loser hanya berdasarkan sedetik, secubit momen yang kita kongsi dan tahu tentang orang itu. Padahal, after all hidup bukan tentang berapa banyak yang kau miliki/ ke level mana kamu berada melainkan how you face the problem. Kalau begitu saja tanggapanmu, maka pastilah yang lebih banyak memiliki yang bergelar berjaya.

Sebab itu aku berfikir, orang yang berjaya adalah orang yang sedikit memiliki tapi besar rasa syukurnya. Entahlah tapi melihat seorang pakcik tadi yang menyorong kereta sorong berisikan ikan kering dan tin-tin kosong memberikan rasa 'tenang' jika hendak dibanding tatkala melihat orang-orang di lrt pulang dari tempat kerja. Dua rupa yang menggambarkan sebesar apa bahagia yang mereka kejarkan.

Atau mungkin saja aku merupakan orang yang bahagianya mengikut standard sendiri. Customize. Punya rumah kayu kecil, di dalamnya ada pustaka buku dan disekeliling halaman ada pohon menghijau. Ada keluarga kucing dan sekebun sayur, sereban unggas serta sekandang sapi. Punya sumur air dan kolam ikan. Ah, aku punya impian baru, memiliki bukit atau cukup kawasan bertanah tinggi untuk ku daki tiap hari menjemput dan melambai matahari.

Hahaha.

Ini sekadar cerita-cerita. Sudah ada yang tercapai dan ada yang masih belum nampak bayang. Suatu hari nanti. Biiznillah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

Petunia berbunga

Assalamu'alaikum dan selamat pagi Hari ini, bunga petunia dari pokok pertama sudah kembang. Aku cuba belek buku catatanku yang sempat aku coret-coret dua minggu pertama aku berkebun. Antara nota aku tulis adalah, petunia suka matahari, paling senang mahu tumbuh, paling cepat 3 hari. Elakkan tanah becak. Petunia ada banyak jenis, tapi yang aku tanam ni baka 'Multiflora Natural Dwarf Multis Mix'. Secara ringkasnya dia jenis renek dan paket ini biji benihnya campur-campur jadi bunganya nanti akan diketahui warnanya apabila sudah kembang. Mulanya aku teruja menanam petunia sebab bunganya yang meriah. Tetapi makin lama aku makin tawar sebab sewaktu ia kecil dulu ia sungguh ketot. Aku balik-balik mengira bilalah ia mahu membesar. Sampaikan aku beralih kasih ke aster. Ya, balik-balik aster aku update sebab aster rajin berdaun dan besar-besar pula saiznya. Seminggu lalu, aku belum perasan lagi pokok petunia ni berbatang. Aku perasan apabila sudah ada 3 kuntum bunga mahu terbent