Langkau ke kandungan utama

Ujian

Assalamualaikum dan selamat pagi

Sabtu lepas aku ada QTI. Lulusnya cuma di laluan, dalam litar kena ulang. Maka, di sini aku mengulang hari ini. Alhamdulillah, lulus juga akhirnya.

Balik saja dari pra ujian hari tu, kerja ku meng'google' saja. Mencari-cari cerita insan yang serupa macam aku. Kiranya mengubat hati yang kecewa. Hahaha.

Sekarang ni aku pun ndak pasti mau tulis ka ndak pengalaman tu. Ndak payahlah ya, ni pun lulus ni hari sebab bernasib baik ditambah pula pemeriksa yang tidak banyak songeh. Apa yang aku boleh cakap, ada banyak sebab yang boleh menyebabkan kita fail, mungkin faktor external atau mungkin datangnya dari diri kita sendiri, internal. Don't lose hope. Semuanya reflek sama diri kita sendiri juga. Macam mana penerimaan kita, apa respon kita, dan tindakan selanjutnya yang kita ambil.

Kadang-kadang kita sudah siap sedia, tapi ada saja rintangan atau mungkin juga kita rasa belum cukup sedia, tetapi keputusan yang kita dapat boleh jadi di luar expectation.

Just keep in believing.

( orang cakap, setakat test memandu saja pun, tapi apa pun yang berkait pasal hidup ni dari sekecil perkara ke sebesar  perkara, everything happen with a reason.)

Titik persoalannya bukan tentang hasilnya, berjaya /fail. It's about the way you go through untill you meet your ultimate goal. Kau akan rasa sakitnya jatuh, rasa diri tidak berguna, rasa diri bodoh... tetapi sesudah itu bangkitlah.

Lepas ni tunggu giliran pula untuk test Jpj.

(Ada masa sudah sekarang untuk update entry sorotan pembacaan)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

Petunia berbunga

Assalamu'alaikum dan selamat pagi Hari ini, bunga petunia dari pokok pertama sudah kembang. Aku cuba belek buku catatanku yang sempat aku coret-coret dua minggu pertama aku berkebun. Antara nota aku tulis adalah, petunia suka matahari, paling senang mahu tumbuh, paling cepat 3 hari. Elakkan tanah becak. Petunia ada banyak jenis, tapi yang aku tanam ni baka 'Multiflora Natural Dwarf Multis Mix'. Secara ringkasnya dia jenis renek dan paket ini biji benihnya campur-campur jadi bunganya nanti akan diketahui warnanya apabila sudah kembang. Mulanya aku teruja menanam petunia sebab bunganya yang meriah. Tetapi makin lama aku makin tawar sebab sewaktu ia kecil dulu ia sungguh ketot. Aku balik-balik mengira bilalah ia mahu membesar. Sampaikan aku beralih kasih ke aster. Ya, balik-balik aster aku update sebab aster rajin berdaun dan besar-besar pula saiznya. Seminggu lalu, aku belum perasan lagi pokok petunia ni berbatang. Aku perasan apabila sudah ada 3 kuntum bunga mahu terbent