Langkau ke kandungan utama

Catatan

sabar menanti

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamu'alaikum w.b.t. Sekian lama sabar menanti, akhirnya backpack yang diberi nama backpack 'park shin hye' ini sudah selamat sampai ke tangan saya. Alhamdulillah. Agak lama jugalah menunggu. Sebelum mid-term lagi. simple..itu yg saya cari. nampak 'ketahanannya'. Saya beli bukan sebab pengaruh drama 'heartstrings' ya, tapi masa mencari backpack tu, warna biru yang ada stail begini saja. Ada juga warna lain backpack Lee Hyun Woo dalam drama To the beautiful you. Agak simple. Tetapi, suka saya tegaskan, tiada pengaruh drama ya. Kita beralih kepada cerita imtihan...saya ada tiga lagi kertas yang bakal berakhir pada 7 Jun nanti. InshaAllah. Dugaan peperiksaan yang paling berat sepanjang 5 semester. Duga saya. Orang selalu mencari peluang kemudahan, kesenangan atau apa saja, tetapi bagi yang memilikinya, itu adalah dugaan, Ujian. Saya ada tengok sekali imbas, sambil-sambil download, cerita 2011 kalau saya tidak silap, A thou...

#rindu termiliki#

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamu'alaikum w.b.t. rindu yang sudah lama terkubur bangkit diseru lagu senyummu, lakumu, semuanya adamu, aku jatuh. rindu ini hebat  aku bisa lupa apa yang ku ingat bukan salahmu dan bukan salah siapa pun aku yang mudah jatuh untuk sekian satu hidup sehari seumpama seumur hidup terpenjara dalam bayang palsumu dapatkah lagi ku kembali pada hidup yang ku usahakan berulang kali?   senyummu, lakumu, semuanya adamu, aku sudah tidak mampu semakin disimpan semakin menjauh pada dirimu yang tidak tercapai pada bulan yang ku curangi. akhirnya, tiada satu ku miliki. senyummu...lakumu...semuanya adamu... rindu ini cukup sampai di sini. kerana asing. diriku tak kumiliki rindu ini dimiliki pemilikmu, pemilikku, Dia maha Pemilik.   ( lagu,figura dan semua tentangmu, cuma aku yang igau.mungkin)#KangJun#1994 #

#rock rock rock

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamu'alaikum w.b.t. Drama pendek ini sudah lama disiarkan di KBS iaitu pada tahun 2010. Saya baru berkesempatan untuk mendownloadnya...dan belum habis lagi tengok keseluruhan cerita. Ketika tengok sekali imbas, saya terhenti di satu part...tercengang...pehhh....saya suka ini lagu! Lagu ini oleh Boohwal bertajuk Resurrection. Music dan liriknya oleh Kim Taewon sendiri. Terharu dengar part 'nananana...' tu, isteri Kim Taewon yang nyanyi... T_T Lagu yang kedua, bertajuk Rain and your story. Walaupun asalnya niat mahu tengok cerita ni sebab dilakonkan oleh No Min Woo, jadinya google lagu Boohwal. huhu Gua bukan peminat muzik rock, tapi lagu Boohwal ni gua suka..:P Cadangan lagu Boohwal lain, Heeya, Never Ending Story dan Sonagi. Kondisi 'rock' sering menimbulkan rasa yang kurang 'enak', tengok cerita ni pun saya rasa terpaksa (mula-mula). Tetapi, sudah maklum setiap kondisi itu berbeza-beza, jadi 'kelainan' itu b...

TEN2 ost season 2

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamu'alaikum w.b.t. Saya tidak tahu TEN2 season 1 tetapi season 2 saya follow sirinya. ^^ Sedikit 'tercengang' masa mula2 tonton episode (season2) sbb tidak tengok s.1. *sekarang buat-buat tahu* Siri ini masih dalam penyiaran. Jalan ceritanya okey, tapi vampire prosecutor masih di carta teratas. Kita tunggu sampai habis dulu la ya. Cuma, mahu kongsi lagu yang agak 'addictive' bagi saya. Ada dua, jom dengar yang pertama dulu, nyanyian Mad Soul Child, bertajuk Breath. Sekadar tambahan, lagu Mad Soul Child, Dear dalam "The Man from Nowhere" pun agak 'addictive'. Untuk lagu Breath's translation, boleh rujuk (SINI) manakala untuk hangul dan romanization pula rujuk (SINI) . Lagu yang kedua bertajuk Chase oleh Nan Ah Jin. Saya tidak jumpa english translation, cuma jumpa lyrics in romanization,,,pun boleh kan? Boleh rujuk (SINI) okey la, mahu ULANGKAJI... 27may ada kerta Arab. Sangat berharap, seperti se...

#tambang tiket

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah, minggu ni duit tuntutan kos pengangkutan sudah saya terima. Bagi pelajar JPA Sabah/ Sarawak ke Semenanjung dan sebaliknya, ada elaun pengangkutan ya (cakap macam sama diri sendiri). Benda ni saya tidak tahu secara rasmi, cuma pernah terbaca. Tambahan pula, semasa saya mendapat tawaran biasiswa hari tu,tiada taklimat. Saya tidak punya banyak kenalan sabahan & sarawakian di Uia, maka pernah jugalah bertanya sama kenalan-kenalan dari universiti lain. Tetapi tidak ketemu jawapan. Sebenarnya, benda ni mudah sahaja nak selesaikan, pergi pejabat scholarship u dan tanya mereka. Tapi, biasalah, kita hendak buat kepastian dulu. Mahu confirmkan. Sebaliknya, saya sedikit down hari tu (masa pergi tanya) sebab berdasarkan respon petugas di ofis scholarship, macam jarang sahaja yang tuntut. Tapinya saya isi sahaja borang tuntutan kemudian pos sendiri ke JPA berserta salinan kad pengenalan. Berdasarkan risikan tidak rasmi ...

#sifatku

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamu'alaikum w.b.t. Saya beranggapan bahawa berupaya 'mengesan' 'kelemahan' sahabat saya memadai. Ternyata ia bukanlah suatu perkara yang mudah diatasi apabila kita terpaksa berhadapan dengannya. Adakalanya, kita terpaksa memilih untuk berjauhan, kadang-kadang sahaja jumpa atau limitkan perbualan. Sebabnya, seumpama bila-bila saja lava amarah meletus. Sifat saya, sifat yang saya pupuk, bukan secara azali, menyembunyikan amarah. Saya beranggapan mereka yang berada di sisi saya sedia maklum akan hal ini. Rupanya, mereka tidak tahu.Dan silap saya tidak memberitahu. Besar hajat di hati, ada la di antara sahabat yang tersinggah di post ini. :) Wahai sahabat ku sekalian, saya di sini ingin memberitahu, kalau saya kelihatan seperti marah, atau mungkin no response... agak-agak saya marah la tu. Jangan pula disimbah dengan soalan, 'awak marah ke?' 'Laila, ko marah ke?' 'sorry la weii'... Soalan-soalan tersebut dan ...

#cerita persahabatn

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamu'alaikum w.b.t. Perkara yang paling ditakuti pada pertemuan adalah perpisahan. Takut untuk bersendiri. Takut akan ditinggalkan. Apatah lagi oleh mereka yang dipercayai dan disayangi. Lupa. Tiap yang hadir adalah pinjaman. Lupa. Kita sekadar peminjam. Ketamakan diri adakalanya memakan diri sendiri. Kita sebut ia sebagai mempertahankan. Kita namakannya sebagai usaha: Pengorbanan. Cinta. Kasih. Tapi, pernahkah kita terfikir bahawa, ketamakan diri ini menyiksakan? Buatnya, juga buat kita. Dia,Pemilik dia. Dia, Pencipta dia. Cinta dan kasihnya lebih daripada cinta dan kasih yang kita tatangi. Sudah pastilah, Dia yang Maha Tahu yang Terbaik buat dia, kita, ciptaanNya. Ujian adalah teguran, panggilan dan jawapan.  Mungkin, silapnya pada kita sendiri. Cinta dan kasih kita terlalu pada ciptaan berbanding pada Pencipta, Pemiliknya. 'Kalau mahu dapatkan sesuatu, mintalah daripada Penciptanya.' Ujian adalah tarbiah diri untuk menjadi ham...