Langkau ke kandungan utama

Kisahku:::Tangan Mak,'Penawar yang Mujarab'

بسم الله الرحمن الريم
Assalamualaikum..selamat pagi..
Alhamdulillah,masih diberi peluang untuk menghirup udara di bumi ALLAH ini.
Hari ni,penyakit 'rutin' saya bertandang lagi.Hanya ada 3 sebab,antara 'terkurang' makan / 'terlebih' makan / 'tersalah' makan. Saya mula mendapat penyakit ni, dari kecil lagi.Terutama time-time Hari Raya. Tu sebab 'terlebih' makan.
Selepas itu,paling 'sakit' saya rasa tahun lalu.Time tu,stay kat Hostel,Hanya ALLAH saja yang tahu rasa sakit tu.Puncanya,minum milo kotak sehari sebelum berangkat ke Hostel yang telah expired. Saya main 'sapu' saja.Maklumlah,dapat cuti hujung minggu untuk balik ke rumah ni bukan selalu(saya balik petang jumaat).Semua benda yang ada kat rumah saya 'usik'.Rindu lah katakan nak makan makanan yang ada di rumah.Milo tu,belum berbuka lagi,mak saya beli mang khusus untuk saya.Oleh kerana saya sahaja seorang yang minum minuman kotak tu,so,banyak lagi lah bakinya.Lupa pulak nak cek tarikh luput....sebelum berangkat ke Hostel(petang ahad),sempat lagi 'membedal' minuman tu yg telah sampai expirednya.huhuhu....Sampai saja di Hostel,sakit perut mula menyerang...:'(
Selama seminggu saya diserang penyakit tu.Da pergi ke Hospital,tak pulih-pulih juga.Alhamdulillah hujung minggu tu,kami diberi cuti lagi pulang ke rumah.Akhirnya,dengan izin ALLAH,mak saya juga lah yang menjadi doktor kat rumah merawat saya.Banyak jenis ubat dia bagi,dimakan,disapu...huhuhu Itu sebab 'tersalah' makan.
Selepas STPM,di rumah , saya kena serang lagi.Tu gara-gara 'terkurang' makan.Asyik minum 'tea' uncang saja....Mak jugalah yang merawat saya.Selepas tu,tiada istilah 'tea' uncang dalam hidup saya. Sebab tu misi untuk 'turunkan' berat badan tak berhasil sampai sekarang.muehehehe
Tadi pagi,sekali lagi...huhuhu..dan mak saya seperti biasa terus bagi ubat urut yang memang saya tak tahan baunya tu.Nak sapu,saya kata "takpa lah,mak.ok da ni da sapu tadi 'pati halia'."Sebetulnya, mak saya tanya pun da cukup memadai untuk melegakan perut ni.
Saya merasa sangat beruntung kerana masih dikurniakan seorang mak yang dapat menjaga saya, mengambil berat perihal saya...yang setia...ALHAMDULILLAH...terima kasih ya ALLAH. Di luar sana,tiada insan yang dapat berkorban seperti mana pengorbanan mak &bapa untuk saya.
Walaupun adakalanya hati di ragut kesunyian kerana tiada 'adik-beradik' ,namun senyuman mak&bapalah jua lah yang menjadi pembakar semangat saya untuk mara ke hadapan. InshaALLAH, esok result UPU akan keluar.Saya berharap,dapat mengembirakan hati mereka.InshaALLAH.Amiin.
tag:::hargailah nikmat kesihatan yang ALLAH kurniakan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rindu karya Tere Liye

Assalamu'alaikum w.b.t. Seperti entri yang sebelumnya, kalo soal buku, aku tidak bertujuan menceritakan sinopsis. Ia lebih kepada elemen-elemen yang berkaitan dengan opini (bukan kritik) atau kadang bersifat personal, yang terkait dengan hidupku. hahahahaha. Apa-apa la. Melewati usia dua puluh-an aku tidak pernah beli novel berbahasa Melayu. Ini merupakan buku fiction pertama yang ku beli karya dari seberang. Saat ku lihat judul novel ini, Rindu, aku seperti terpanggil untuk mengetahui sinopsisnya. Ternyata latar yang diambil adalah Makassar! Itu merupakan sebab perdana aku beli buku ini. hahahahaha.  Selepas buku Hamka, Tenggelamnya kapal van der wijck, seingat aku tiada buku berlatarbelakangkan Makassar yang ku baca. Keterujaannya itu lain sekali. Dan semuanya terkait perihal "laut" & "kapal". Meski jurai keturunanku merupakan Bugis "daratan" yang tinggal di gunung, aku selalu menyanjung mereka yang tinggalnya di laut. Keberanian mere...

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i...

Book: Psychology from an Islamic Perspective A Guide to Teaching and Learning

Assalamualaikum dan selamat malam. Ini merupakan percubaan kelima untuk menulis pasca-membaca buku. Sejujurnya aku menghabiskan pembacaanku ini hampir memakan masa selama setahun.  Teman sebelah rumah yang kebetulan biliknya bersebelahan dengan ruang tidurku, menjadi saksi kegilaanku yang adakalanya di tengah lewat malam melontarkan butir perenggan demi perenggan. Aku berusaha, kawan! Aku menghargai tiap helaian yang ada di rak buku itu.  Oleh kerana aku tidak lagi berada di barisan akademik, pastilah aku tidak akan mengulas secara terperinci isi kandungannya. Buku ini diterbitkan oleh IIUM Press, editornya pula Noraini M. Noor.  Terdapat dua bahagian, Part One & Part Two. Suka untuk aku kongsikan, salah satu artikel yang terdapat dalam koleksi ini iaitu, The Islamization of Psychology oleh Malik Badri.  Di bawah subtopik, The "who" of the Islamisation of Western Psychology . Penulis ada menyatakan tentang ciri-ciri yang perlu bagi Pengislamisasi Psikologi. 1. ...