Langkau ke kandungan utama

Langkah Tercipta ...

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...selamat pagi..
Alhamdulillah..masih lagi diberi kekuatan untuk teruskan kehidupan ini...
Kadang-kadang kita berharap akan sesuatu untuk digenggam, dan akhirnya ia menjadi nyata.Selama ini, kita sering menyangka,apa yang diharap itu suatu kemanisan.Terlupa sebentar,'nikmat' kejayaan itu merupakan Ujian buat kita. Sampai suatu ketika,kita akan berfikir harus ketawa atau menangis?
Persimpangan hidup banyak halangannya, impian atau harapan...kekecewaan...itu adalah resam 'kalung hati' .Mana-mana yang diperolehi, 'kalung hati' akan diragut UJIAN.Tika inilah,baru kita sedar,tiap UJIAN dariNya,merupakan 'tali' penghubung untuk kita terus berpaut padaNya.
Mungkin,kita sering menganggap perjalanan hidup ini sukar..tapi adakah jalan yang dilalui dengan 'kesenangan' akan bertemu 'kejayaan abadi'? Mustahil,bukan?
Ingatlah,ALLAH tidak akan menguji di luar kekuatan hambaNya.Wajarkah kita meragui 'kekuatan' doa seorang hamba kepada Penciptanya? Bukankah doa itu senjata orang mukmin?
Duhai hati,dikau tidak keseorangan.ALLAH sentiasa ada untuk mendengar rintihan hambaNya. Cukuplah ALLAH menjadi tempat pengaduanmu.Itu bermakna,dikau telah punya segala-galanya. InshaALLAH.Langkah ini harus diteruskan, kelak pasti bertemu hikmah UJIAN ini.
Ya,ALLAH...pimpinlah aku menuju 'kejayaan yang abadi'.Semoga segala mimpi menjadi nyata.
“...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

tags:::segalanya dariMu...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i...

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann...

Lirik Lagu:::Permata yang dicari

Assalamualaikum w.b.t.  Salam Maal Hijrah.Azam baru? Rasanya terdapat dalam kalangan anda,mungkin berkongsi azam dengan saya. Permata yang dicari ,saya tersenyum sendiri mendengar lagu ini.Baitnya penuh dengan makna.Rasanya tak perlu dihuraikan,sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti dapat 'menangkap' maksud yang disampaikan.Bukan sahaja melodi yang sesuai,malah lagu ini juga mempunyai pakej tersendiri,iaitu bait-bait 'doa' . Hadirnya tanpa kusedari Menggamit kasih cinta bersemi Hadir cinta insan padaku ini Anugerah kurniaan Ilahi Lembut tutur bicaranya Menarik hatiku untuk mendekatinya Kesopanannya memikat di hati Mendamaikan jiwaku yang resah ini Ya Allah Jika dia benar untukku Dekatkanlah hatinya dengan hatiku Jika dia bukan milikku Damaikanlah hatiku Dengan ketentuan-Mu Dialah permata yang dicari Selama ini baru kutemui Tapi ku tak pasti rencana Ilahi Apakah dia kan kumiliki Tidak sekali dinodai nafsu Akan kubatasi dengan syariat-Mu Jika dirin...