Langkau ke kandungan utama

Kisahku:::Anugerah pelajar STPM peringkat Daerah Kinabatangan

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t. dan selamat malam...^^
Petang tadi dapat tahu dari seorang rakan (Siti Asdiah Binti Masran,nama penuh aku taip..:p) bahawa nama aku tersenarai dalam penerima Anugerah seperti yang tercatat kat tajuk tu.Kami bertiga,seorang lagi,Hatifah Albert..^^
Actually,ni kali kedua aku dapat panggilan untuk majlis seumpama itu,sekali kat sekolah hari tu.Seperti biasa,aku tak pergi..:p
Makbapa yang ku sayangi,telah sedia maklum 'sikap' ku yang tidak 'suka' untuk menghadiri majlis2 seumpama itu.Entah kenapa,aku rasa macam da 'alah' dengan situasi tersebut.
Kisahnya bermula ketika aku berada di akhir tahun tingkatan5 dan ditambah lagi keadaan semasa majlis akhir tahun asrama semasa di tingkatan6.
Mungkin bagi orang lain,apa yang ku alami masa tu hanya satu hal biasa,tapi bagi aku, sampai bila-bila aku akan ingat. Aku takkan pernah lupa bagaimana aku menangis time akhir tahun tingkatan5 tu...aku takkan lupa rasa kecewa yang terpendam time majlis akhir tahun tingkatan6...TAKKAN!
Seingat aku...majlis yang paling aku 'ingati' time dapat Anugerah di tingkatan2 untuk subjek geografi. Best...meskipun hanya sederhana sambutannya,tu la keselesaan yang 'amat' aku rasa sampai sekarang!
Second,time Anugerah PMR..
Selepas itu,Anugerah SPM,Tokoh Asrama SPM,Anugerah STPM...then,ni kali peringkat Daerah pula,hanya tinggal pada nama...Mungkin aku akan naik pentas selepas ni hanya apabila graduate kelak.InsyaALLAH.
Aku amat berterima kasih pada rakyat Malaysia yang membayar cukai coz  dapat makan free kat asrama selama 4tahun lamanya...JazakALLAH hu khair! Then, tak lupa pada guru-guru yang tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu pada anak bangsa...
-aku lebih berharap agar dikenali oleh penduduk langit berbanding penduduk di bumi ini-

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share

Lirik Lagu:::Permata yang dicari

Assalamualaikum w.b.t.  Salam Maal Hijrah.Azam baru? Rasanya terdapat dalam kalangan anda,mungkin berkongsi azam dengan saya. Permata yang dicari ,saya tersenyum sendiri mendengar lagu ini.Baitnya penuh dengan makna.Rasanya tak perlu dihuraikan,sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti dapat 'menangkap' maksud yang disampaikan.Bukan sahaja melodi yang sesuai,malah lagu ini juga mempunyai pakej tersendiri,iaitu bait-bait 'doa' . Hadirnya tanpa kusedari Menggamit kasih cinta bersemi Hadir cinta insan padaku ini Anugerah kurniaan Ilahi Lembut tutur bicaranya Menarik hatiku untuk mendekatinya Kesopanannya memikat di hati Mendamaikan jiwaku yang resah ini Ya Allah Jika dia benar untukku Dekatkanlah hatinya dengan hatiku Jika dia bukan milikku Damaikanlah hatiku Dengan ketentuan-Mu Dialah permata yang dicari Selama ini baru kutemui Tapi ku tak pasti rencana Ilahi Apakah dia kan kumiliki Tidak sekali dinodai nafsu Akan kubatasi dengan syariat-Mu Jika dirin...

Book: Psychology from an Islamic Perspective A Guide to Teaching and Learning

Assalamualaikum dan selamat malam. Ini merupakan percubaan kelima untuk menulis pasca-membaca buku. Sejujurnya aku menghabiskan pembacaanku ini hampir memakan masa selama setahun.  Teman sebelah rumah yang kebetulan biliknya bersebelahan dengan ruang tidurku, menjadi saksi kegilaanku yang adakalanya di tengah lewat malam melontarkan butir perenggan demi perenggan. Aku berusaha, kawan! Aku menghargai tiap helaian yang ada di rak buku itu.  Oleh kerana aku tidak lagi berada di barisan akademik, pastilah aku tidak akan mengulas secara terperinci isi kandungannya. Buku ini diterbitkan oleh IIUM Press, editornya pula Noraini M. Noor.  Terdapat dua bahagian, Part One & Part Two. Suka untuk aku kongsikan, salah satu artikel yang terdapat dalam koleksi ini iaitu, The Islamization of Psychology oleh Malik Badri.  Di bawah subtopik, The "who" of the Islamisation of Western Psychology . Penulis ada menyatakan tentang ciri-ciri yang perlu bagi Pengislamisasi Psikologi. 1. ...