Langkau ke kandungan utama

Kisahku:::Penantian UPU

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum dan selamat malam,teman....
Sudah lama rasanya diri ini tidak mencoretkan titian sehari-hari.Alhamdulillah,kesihatan saya sekeluarga dalam keadaan yang baik-baik belaka.
Pertama sekali saya ingin khabarkan,perasaan yang semakin berdebar-debar ini.Ya,result UPU kian menghampiri.Sudah berada di bulan Julai.Hati saya hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana keadaanya. Masih tidak berubah sifat  cepat nervous ni....Entahlah...ada dalam kalangan rakan-rakan yang mengatakan bahawa  tidak perlu risau kerana confirm saya dapat.'Resultmu gempak'. Tu kata mereka. Tapi bagi saya,bukan itu yang menjadi pokok persoalannya....result gempak menjadi jaminan untuk masuk U? Ada perkara lain yang berlegar-legar di fikiran saya saat ini...hmm...
Hanya satu harapan saya...semoga dapat masuk U...bidang dan tempat,tidak menjadi masalah.InshaALLAH.
Selepas ini,tiada drama Korean...tiada k-pop...tiada waktu untuk bersantai-santai...'honeymoon' bakal berlalu.Tiba masa untuk berjuang lagi.Mungkin ini persinggahan terakhir saya.Usia yang kian meningkat menyedarkan saya bahawa berapa banyak waktu terbuang bersama perkara yang mendatangkan khayalan yang tak berguna?
Jika ada jodoh,saya pasti akan berpeluang juga untuk melewati suasana musim luruh...hmmm... Jalan di hadapan masih jauh...entah berapa banyak kali akan melalui lembah yg curam,becak,dataran tinggi,liku, lautan luas....mudah-mudahan semuanya dapat saya lalui dengan hati yang cekal.InshaALLAH.
Kembali pada keadaan sedia kala,tika hati ingin bersuara, coretan  biru dan hitam mewarnai  kertas... tapi sejak akhir-akhir ini,hati seakan tidak mampu melontarkan butir kata..hanya dapat melakar bayang pada kanvas putih.Hanya ada satu warna...ton hitam...
p/s:aku seakan melihat ada senyum pada ton hitam itu...=)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i...

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann...

Lirik Lagu:::Permata yang dicari

Assalamualaikum w.b.t.  Salam Maal Hijrah.Azam baru? Rasanya terdapat dalam kalangan anda,mungkin berkongsi azam dengan saya. Permata yang dicari ,saya tersenyum sendiri mendengar lagu ini.Baitnya penuh dengan makna.Rasanya tak perlu dihuraikan,sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti dapat 'menangkap' maksud yang disampaikan.Bukan sahaja melodi yang sesuai,malah lagu ini juga mempunyai pakej tersendiri,iaitu bait-bait 'doa' . Hadirnya tanpa kusedari Menggamit kasih cinta bersemi Hadir cinta insan padaku ini Anugerah kurniaan Ilahi Lembut tutur bicaranya Menarik hatiku untuk mendekatinya Kesopanannya memikat di hati Mendamaikan jiwaku yang resah ini Ya Allah Jika dia benar untukku Dekatkanlah hatinya dengan hatiku Jika dia bukan milikku Damaikanlah hatiku Dengan ketentuan-Mu Dialah permata yang dicari Selama ini baru kutemui Tapi ku tak pasti rencana Ilahi Apakah dia kan kumiliki Tidak sekali dinodai nafsu Akan kubatasi dengan syariat-Mu Jika dirin...