Rabu, 13 Julai 2011

~:::*Usaplah Wajahmu*:::~

بسم الله الرحمن الحيم
Assalamualaikum..selamat malam..^^
Ramai yang mungkin tertanya-tanya mengapa perlu kita mengusap wajah sebaik salam terakhir selepas solat diberikan.Malah ada yang bertanya,adakah ia amalan Rasulullah S.A.W. Menjawab persoalan tersebut,sebuah hadith riwayat Sunan Abu Daud diceritakan dari al-Saib bin Yazid dari bapanya,Nabi s.a.w. ketika berdoa mengangkat kedua belah tangannya lalu mengusap wajahnya dengan kedua belah tangan.
Sementara itu,Imam Nawawi dalam kitab al-Azkar menjelaskan,dan aku meriwayatkan di dalam kitab Ibn al-Sinni dari Anas r.a. berkata ,"Adanya Rasulullah s.a.w. ketika selesai solatnya,baginda mengusap dahinya dengan tangannya yang kanan lalu berdoa,:"Aku bersaksi bahawasanya tidak ada Tuhan kecuali Dia Dzat Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,Ya ALLAH hilangkanlah dariku kesusahan dan kesedihan."-(al-Azkar,69)
Wallahualam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan