Langkau ke kandungan utama

Lip Service!

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t.

Minggu lalu, seorang pensyarah bertanyakan matlamat saya selepas graduate kelak... lantas saya menjawab dengan yakin bahawa saya akan kembali ke kampung halaman.

Lip service!

Tersenyum saya mendengar komen itu. Ya, tunggu dan lihat saja 4 tahun dari sekarang. Begitulah dan beginilah harapan saya. Kembali ke tempat asal. Hujan emas di tempat orang, hujan batu di tempat sendiri, bagus lagi tempat sendiri.(betulkah penggunaan peribahasa saya tu?)

Saya berasal daripada keluarga yang kecil. Saya dibesarkan di kawasan luar bandar. Jauh daripada kesibukan kota dan kemodenan. Saya mengejar cita-cita dengan menjadikan 'orang-orang' kebanyakn seperti saya sebagai contoh. Mereka yang telah membuktikan 'orang-orang' seperti kami juga bisa untuk berjaya.

Impian untuk sampai ke puncak bukanlah bertujuan jawatan, kereta mewah, melancong, nama, rumah besar dan keselesaan semata. Tujuan saya tidak lain hanya ingin membuktikan saya juga mampu untuk berjaya. Saya nak menjadi salah satu daripada insan yang memberikan inspirasi kepada adik-adik di kampung halaman saya. Meskipun hakikatnya saya masih belum mampu untuk menjadi contoh terbaik buat mereka.

Saya tidak ingin melihat ada dalam kalangan mereka yang berputus harapan. Kalau boleh biarlah mereka pergi lebih jauh daripada saya. Ingat lagi 3tahun lalu semasa mula-mula saya menginjakkan kaki ke alam Pra-Universiti atau lebih dikenali sebagai tingkatan 6. Ada yang meragui kemampuan saya. Ada yang tidak menyetujui jalan yang saya pilih ketika itu.

Low standard ka? Atau 'kepayahan' form 6 itu yang memeritkan?

Akhirnya, dapat juga saya lepasi meskipun bukanlah dalam kalangan terbaik mahupun cemerlang. Saya mahu adik-adik atau generasi di kampung saya membuka mata, hati dan minda mereka, kejayaan ada di mana-mana. Kalau mereka mahu, telusuri sahaja jalan yang pernah saya lalui. Kalau saya boleh, kenapa mereka tidak?

Akhirnya, saya mampu tersenyum apabila mengetahui bilangan mereka yang melanjutkan pelanjaran lebih ramai daripada generasi sezaman saya. Alhamdulillah.

Saya bukan tidak punya impian yang lebih ke hadapan. Saya nak sangat melanjutkan pelajaran dan menikmati hidup di luar sana. Saya nak lihat kembangnya sakura. Saya nak merasai hidup di negara 4musim. Bertutur hanguk, memakai hanbok...

Impian itu samalah seperti bermimpi untuk menceburi bidang seni, melukis apa sahaja yang terlakar di minda, menyusun kata menjadi puitis dan mencipta melodi yang bisa menyentuh hati siapa sahaja yang mendengarnya. Saya tahu saya boleh tetapi saya memilih untuk memilih yang cukup untuk keperluan saya.

Ada insan yang lebih memerlukan saya disisinya. Ada insan yang setia ketika saya kesusahan. Jadi apalagi yang ingin saya kejarkan?
10 tahun akan datang, ibu saya akan menjadi seperti ibu-ibu lain... melewati usia emasnya.

ALLAH telah mengamanahkan saya untuk memegang tanggungjawab sebagai seorang anak seorang diri. Tanpa adik-beradik lain. Terkadang saya menangis kesedihan + ketakutan, mampukah saya penuhi amanah itu? Istiqamahkah saya? Jujurkah saya?
Tetapi ALLAH itu Maha Tahu, Perancang dan Penentu yang terbaik.

Hidup dalam kesederhanaan lebih baik daripada hidup dalam kemewahan selagi kita berada disamping insan yang kita sayang. Meskipun satu hari nanti kita akan pergi sendiri seperti mana datangnya kita sendiri di bumi ini.

Wahai hati...
"Sabarlah seperti matahari yang mana naiknya perlahan-lahan namun akhirnya sampai jua di langit tinggi, dan turunnya juga perlahan-lahan sehingga bulan menggantikannya."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

Petunia berbunga

Assalamu'alaikum dan selamat pagi Hari ini, bunga petunia dari pokok pertama sudah kembang. Aku cuba belek buku catatanku yang sempat aku coret-coret dua minggu pertama aku berkebun. Antara nota aku tulis adalah, petunia suka matahari, paling senang mahu tumbuh, paling cepat 3 hari. Elakkan tanah becak. Petunia ada banyak jenis, tapi yang aku tanam ni baka 'Multiflora Natural Dwarf Multis Mix'. Secara ringkasnya dia jenis renek dan paket ini biji benihnya campur-campur jadi bunganya nanti akan diketahui warnanya apabila sudah kembang. Mulanya aku teruja menanam petunia sebab bunganya yang meriah. Tetapi makin lama aku makin tawar sebab sewaktu ia kecil dulu ia sungguh ketot. Aku balik-balik mengira bilalah ia mahu membesar. Sampaikan aku beralih kasih ke aster. Ya, balik-balik aster aku update sebab aster rajin berdaun dan besar-besar pula saiznya. Seminggu lalu, aku belum perasan lagi pokok petunia ni berbatang. Aku perasan apabila sudah ada 3 kuntum bunga mahu terbent