Langkau ke kandungan utama

Kelekatu dan Ikan ;)

Assalamualaikum w.b.t

Community Service.
Semalam cari point mengenai community service. Teringat kisah 3 tahun lalu semasa menyertai National Service/ PLKN.

Menyingkap kembali lembaran 2009, saya amat berterima kasih kerana sesungguhnya banyak yang telah saya pelajari setelah menjalani kehidupan di dalam kem selama hampir 3 bulan.

Perubahan atau penghijrahan bukan bermakna kita hendaklah bertukar secara 100% dalam satu masa. Bagi saya biar sikit-sikit asal dilakukan secara istiqamah.

Seandainya dulu, semasa di kem saya telah menghabiskan wang hampir mencecah Rm 1000, tidak termasuk elaun Rm150 sebulan... Kini, baru saya sedari apa makna 'kewangan'. Duit menjadi salah satu benda yang sering berlegar-legar di minda saya tiap malam. Memikirkan bagaimana nak save bajet....

Seandainya dulu, saya gagal untuk menjadi teman yang baik, kini saya mencuba untuk memahami tiap insan yang hadir dalam hidup saya. Saya bukan teman yang baik. Ya. Bukan.  Sejauh manakah potensi saya sebagai seorang kawan yang baik pada kalian? Saya pernah mengenal kata 'kawan' dulu, tetapi kata itu lenyap kini. Kerana itu saya percaya, sesiapa sahaja boleh jadi 'kawan'... tetapi untuk kekal sebagai 'kawan' itu amat payah. Ada insan yang selama ini hanya memandang kita dari jauh tetapi setianya berpanjangan..ada yang terlalu dekat tetapi setianya cuma sesaat.

Mungkin, kita alpa, persahabatan tanpa dasar kasih kerana ALLAH.

Pertemuan dan perpisahan... saya ditakdirkan mengenali seorang teman yang berlainan bangsa dan agama. Alhamdulillah, saya tahu di mana tahap 'keimanan' saya. Cuma senipis kulit bawang. Istikharah ketika itu menunjukkan saya jalan perpisahan. Saya yakin pasti ada yang terbaik menunggu di hadapan. Datang dan perginya, saya umpamakan sekeping kertas putih. Seumpama tiada apa yang pernah terjadi. Noktah.

Mengambil ikhtibar daripada kisah kelekatu dan ikan.

Kelekatu.. berapa ramai bilangannya yang tamat riwayatnya akibat melanggar 'lampu' kalimantang, tetap juga kelekatu lain melakukan perkara yang sama. Bukankah sudah tertera di depan mata akibatnya?

Ikan..  pengakhiran hidup ikan selalu dikaitkan dengan mata kail. Seekor ikan menasihatkan teman-temannya yang lain  agar jangan terpedaya dengan umpan mata kail. Tetapi nasihat itu tak diendahkan. Tetap juga tergoda dek umpan yang memancing. Sayangnya, tiap yang terpedaya tidak akan pulang kembali ke dasar sungai untuk menyatakan kebenaran nasihat itu.

Begitulah kehidupan kita di dunia ini. Kisah umat terdahulu sepatutnya kita jadikan ikhtibar. Dunia ini tidak akan ada yang mampu milikinya walaupun sering diburu oleh manusia sejak dulu lagi. Hanya DIA pemilik Abadi. Terkadang kita juga lupa dan tidak sedar, banyak peluang yang telah diberiNya untuk kita mengubah kesilapan lalu. Cuma kita saja yang penuh khilaf hanya tahu meminta peluang kedua sedangkan peluang itu sudah berulang kali diberiNya.

Sesungguhnya, saya bukanlah orang yang baik-baik tetapi sudah semestinya keinginan untuk menjadi baik itu sentiasa ada. Setiap insan punya masa silam sendiri. Setelah tamat PLKN, saya sedar terlalu banyak perkara yang saya tinggalkan, terlalu banyak perkara yang saya abaikan... terlalu banyak yang perlu diperbaiki, terlalu banyak yang perlu ditambah dan terlalu banyak untuk dikurangkan..

Tiada istilah terlambat untuk berubah... selagi pintu 'kasihNya' masih terbuka untuk kita rebutlah peluang itu. Salam istiqamah!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i...

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann...

Lirik Lagu:::Permata yang dicari

Assalamualaikum w.b.t.  Salam Maal Hijrah.Azam baru? Rasanya terdapat dalam kalangan anda,mungkin berkongsi azam dengan saya. Permata yang dicari ,saya tersenyum sendiri mendengar lagu ini.Baitnya penuh dengan makna.Rasanya tak perlu dihuraikan,sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti dapat 'menangkap' maksud yang disampaikan.Bukan sahaja melodi yang sesuai,malah lagu ini juga mempunyai pakej tersendiri,iaitu bait-bait 'doa' . Hadirnya tanpa kusedari Menggamit kasih cinta bersemi Hadir cinta insan padaku ini Anugerah kurniaan Ilahi Lembut tutur bicaranya Menarik hatiku untuk mendekatinya Kesopanannya memikat di hati Mendamaikan jiwaku yang resah ini Ya Allah Jika dia benar untukku Dekatkanlah hatinya dengan hatiku Jika dia bukan milikku Damaikanlah hatiku Dengan ketentuan-Mu Dialah permata yang dicari Selama ini baru kutemui Tapi ku tak pasti rencana Ilahi Apakah dia kan kumiliki Tidak sekali dinodai nafsu Akan kubatasi dengan syariat-Mu Jika dirin...