Langkau ke kandungan utama

'ke daerah sana'

Assalamualaikum w.b.t.

Menjalani kehidupan kini bukanlah suatu perkara yang saya impikan suatu ketika dulu. Bukan. Maksud saya, saya pernah mengimpikan kehidupan ini tetapi bukan begini.

Mendengar perkhabaran rakan-rakan di universiti lain yang telah menjalani kehidupan kuliah, mengundang rasa iri, cemburu...dan banyak macam lagi perasaan yang bercampur baur.

Padahal, di akhir perjuangan dahulu, saya telah memutuskan untuk tidak berharap berada di tempat ini. Ini adalah impian seorang rakan saya yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang Psikologi.

Di akhir perjuangan itu, saya mengimpikan suatu  yang baru. Sudah pastilah bukan seperti yang saya jalani sekarang ini.

ALLAH Maha Mengetahui. Ini bukan kehendak saya tetapi yang terbaik buat diri ini.

Dalam keterpaksaan, saya seringkali mengundang persoalan, apakah perjalanan ini harus diteruskan? Apa mungkin saya harus memulai langkah baru? Apakah masih ada sisa di ruang hati saya untuk mendalami bidang lain selain daripada 'impian dahulu' ?

Terkadang, saya cuba untuk 'mengikhlaskan' hati untuk terima sahaja kenyataan di mana saya berada sekarang. Mungkin rezeki untuk 'ke daerah sana' belum tiba, pujuk hati saya. Mungkin ini jalan yang akan menghala ke laluan itu. Itulah hemat saya. Husnuzon.

Tetapi, sampai bila agaknya istiqamah ini? Apabila tiap hari, saya ditemani impian untuk 'ke daerah sana'. Tiada yang dapat menghalangi selainNya. Menyesalkah saya kerana mencipta angan-angan untuk 'ke daerah sana'? Bagaimana untuk dilupakan andai mengimpikannya sahaja sudah cukup membuat hati saya melonjak-lonjak dan  excited? Bibir juga bisa automatik tersenyum.

Tetapi, dalam 'kecemburuan' saya pada rakan lain, tidak saya sedari, ada hati yang 'mencumburui' saya. Bukan kerana saya, tetapi 'tempat' dan 'situasi' yang saya alami sekarang. Teringat kata seorang rakan suatu ketika dulu, 'awak beruntung berada di sana. Berapa ramai yang nak ke sana, tetapi tak dapat.'

Tidak bersyukurkah?  Tamak?

Benarlah, kita selalu mencumburui kelebihan yang ada pada orang lain tetapi tahukah kita 'berapa' dan 'apa' kesusahan yang terpaksa orang tersebut lalui? Tiap insan punyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kerana terlalu mengejar 'keindahan' kita sering terlalai hanya melihat diatas sahaja. Terlupa bila- bila masa sahaja kita bisa tersadung.

Lihatlah mereka yang tidak memiliki 'kelebihan' seperti yang kita ada kerana dengan itu kita akan merasa bersyukur.

Beberapa hari yang lalu, saya mengenal erti 'jujur'. Meskipun adakalanya pahit, tetapi saya yakin di akhirnya nanti pasti ada kemanisan. Paling tidak pun, pahit itulah nanti yang mengajar saya mengenal erti kemanisan.

-kusimpan impian semalam bukan bermakna ku lupakan. Masih berharap, suatu hari yang kunanti pasti tiba.
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share

Lirik Lagu:::Permata yang dicari

Assalamualaikum w.b.t.  Salam Maal Hijrah.Azam baru? Rasanya terdapat dalam kalangan anda,mungkin berkongsi azam dengan saya. Permata yang dicari ,saya tersenyum sendiri mendengar lagu ini.Baitnya penuh dengan makna.Rasanya tak perlu dihuraikan,sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti dapat 'menangkap' maksud yang disampaikan.Bukan sahaja melodi yang sesuai,malah lagu ini juga mempunyai pakej tersendiri,iaitu bait-bait 'doa' . Hadirnya tanpa kusedari Menggamit kasih cinta bersemi Hadir cinta insan padaku ini Anugerah kurniaan Ilahi Lembut tutur bicaranya Menarik hatiku untuk mendekatinya Kesopanannya memikat di hati Mendamaikan jiwaku yang resah ini Ya Allah Jika dia benar untukku Dekatkanlah hatinya dengan hatiku Jika dia bukan milikku Damaikanlah hatiku Dengan ketentuan-Mu Dialah permata yang dicari Selama ini baru kutemui Tapi ku tak pasti rencana Ilahi Apakah dia kan kumiliki Tidak sekali dinodai nafsu Akan kubatasi dengan syariat-Mu Jika dirin...

Book: Psychology from an Islamic Perspective A Guide to Teaching and Learning

Assalamualaikum dan selamat malam. Ini merupakan percubaan kelima untuk menulis pasca-membaca buku. Sejujurnya aku menghabiskan pembacaanku ini hampir memakan masa selama setahun.  Teman sebelah rumah yang kebetulan biliknya bersebelahan dengan ruang tidurku, menjadi saksi kegilaanku yang adakalanya di tengah lewat malam melontarkan butir perenggan demi perenggan. Aku berusaha, kawan! Aku menghargai tiap helaian yang ada di rak buku itu.  Oleh kerana aku tidak lagi berada di barisan akademik, pastilah aku tidak akan mengulas secara terperinci isi kandungannya. Buku ini diterbitkan oleh IIUM Press, editornya pula Noraini M. Noor.  Terdapat dua bahagian, Part One & Part Two. Suka untuk aku kongsikan, salah satu artikel yang terdapat dalam koleksi ini iaitu, The Islamization of Psychology oleh Malik Badri.  Di bawah subtopik, The "who" of the Islamisation of Western Psychology . Penulis ada menyatakan tentang ciri-ciri yang perlu bagi Pengislamisasi Psikologi. 1. ...