Langkau ke kandungan utama

cinta zaman remaja

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Alhamdulillah, kerana kasihNya saya mampu untuk sampai ke sini. Kerana kasihNya saya masih menulis.

Tidak ku kenal apa itu cinta
seseorang menghulurkan berus warna
arahannya tidak jelas.
tapi, warna-warna syurga di tangannya,
aku rasa ini permulaan ke gerbang Jannah.

Tapi apa dayaku?
baru bertatih mengenal cahaya bulan.

Semacam tiada lagi kanvas untuk kami berdua
penolakanku mungkin disaluti penyesalan
tapi ini bukan penamatnya.

Selagi hatiku tidak buta dek kanvas dunia
pasti...suatu masa ada tangan menghulur
untuk melakar rona Jannah,
seperti semalam. InshaAllah.

Puisi yang lahir daripada qalbu saya, setahun yang lalu. Saya kira puisi ini sekadar saja-saja. Nyatanya pada waktu itu, saya sedar saat seperti ini akan tiba. Dalam satu peluang ada perkara yang harus dikorbankan,sama ada menerima atau menolak. Kedua-duanya.

Beberapa minggu yang lain, selalu saja muncul andaian-andaian yang terkadang mengundang 'ketidaksedapan hati'. Saya malah mengadukan hal yang sebelumnya cuma teradukan pada seorang sahabat yang sudah lama kenal. Katanya, "Kamu chenta dia dalam diam."
Tambahnya lagi, "Kamu tidak sedar tu."

AllahuRobbi. Semasa mendengar komentar sahabat, saya berkali-kali menyalahkan diri. Kalau benar begitu kondisinya, 'aku tidak betul.' Malah-malah hampir mencopkan diri 'berdosa' gara-gara kata 'chenta' itu.

Padahal, cinta itu fitrah. Lantas, fikiran-fikiran negatif tadi yang muncul saya tukar, 'Alhamdulillah, aku normal.' hehehe

Sekarang, bukanlah saatnya untuk 'mencemburui' qalbu teman yang satu itu, malah sebaiknya dilanjutkan saja doa yang terlafaz dulu. 
"Semoga kamu menemui insan yang jauh lebih baik daripada saya."

hahaha. Malu ni. Kerana doa yang terdahulukan maka cemburu itu atas dasar memenuhi fitrah. Fitrah seseorang yang terlepas peluang sekali dalam seumur hidup. Cemburu yang wajar kerana dia saya kenal sebagai seorang Mujahid. Jadi, wajar.

Saat saya menulis ini, saya belum tahu situasi sebenar. Tapi,mana-mana pun letaknya 'situasi sebenar' itu, doa sajalah senjata saya.
"yang terbaik buat kamu, sahabat."

(rindu zaman remaja belasan,al-Fatiha)

tag: Noreen a.k.a Ayu, terima kasih akhirnya aku bisa praktikkan tidak semua 'idea' itu 'negatif'. Nah, ternyata 'idea'mu 'positif', kawan. :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

Petunia berbunga

Assalamu'alaikum dan selamat pagi Hari ini, bunga petunia dari pokok pertama sudah kembang. Aku cuba belek buku catatanku yang sempat aku coret-coret dua minggu pertama aku berkebun. Antara nota aku tulis adalah, petunia suka matahari, paling senang mahu tumbuh, paling cepat 3 hari. Elakkan tanah becak. Petunia ada banyak jenis, tapi yang aku tanam ni baka 'Multiflora Natural Dwarf Multis Mix'. Secara ringkasnya dia jenis renek dan paket ini biji benihnya campur-campur jadi bunganya nanti akan diketahui warnanya apabila sudah kembang. Mulanya aku teruja menanam petunia sebab bunganya yang meriah. Tetapi makin lama aku makin tawar sebab sewaktu ia kecil dulu ia sungguh ketot. Aku balik-balik mengira bilalah ia mahu membesar. Sampaikan aku beralih kasih ke aster. Ya, balik-balik aster aku update sebab aster rajin berdaun dan besar-besar pula saiznya. Seminggu lalu, aku belum perasan lagi pokok petunia ni berbatang. Aku perasan apabila sudah ada 3 kuntum bunga mahu terbent