Langkau ke kandungan utama

sharing moment

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.

2 April lalu, saya berkesempatan untuk mengikuti program di bawah anjuran pihak kaunseling dan kuliah IRKHS. Ia merupakan satu 'penghormatan' bagi saya kerana amatlah sukar untuk mendapat 'tawaran' program yang tertujukan hanya untuk segelintir pelajar. Tambahan, saya 'sukar' untuk menghadiri 'program' seumpama ini. Pasang niat memang mudah. ;)

Panelnya terdiri daripada 'senior-senior' IRKHS di mana dua antara mereka merupakan pelajar komunikasi dan seorang pula, BARR ( aku tak reti nak eja kos BARR, tu, ntah betul ka tak) kalau saya tidak salah. Secara terus-terang, saya lihat masa depan yang mereka lakar suatu ketika dulu (merujuk kepada akak-abang comm tersebut). Saya di mana? Saya tidak memiliki minat dan kemahiran seperti yang mereka ada. Saya khuatir andai qalbu saya akan bergolak sebaik sahaja keluar daripada dewan mini-auditarium ini. Saya risau. Saya kaget.

Meskipun, sedikit sebanyak saya cuba 'membaca' perjalanan mereka yang separuhnya, tidak terancang, tetapi saya sedar, andainya saya masih seperti ini, sejauh mana lagi kaki saya bisa melangkah? Melakar itu mudah, tulis dan lekat di board biru bilik. Bangun hari-hari, tatapinya.

Saya belajar untuk menanam 'habits' cintai apa yang sedang saya jalani sekarang. Bukan tidak mampu, inshaAllah mampu, cuma banyak likunya. Apa yang tersisa, cintai ilmu yang datang. Cuma di situ saya sandarkan harapan. Kelak, apapun yang penting halal pekerjaannya dan mampu memberi khidmat kepada masyarakat.

Kalau begitu ceritanya, apa hasil saya bawa pulang daripada program tu? Pertamanya, berharap, akan ada lagi peluang untuk saya berada di dewan tersebut, seperti hari itu. Duduk dan mendengar kata-kata mereka yang sudah melewati usia yang sedang saya lalui sekarang. Moga terinspirasi. InshaAllah. Keduanya, akhirnya, 'A' itu bisa tertransfer menjadi begini, A hanya untuk Allah. :)
Anda faham kira-kira maksud saya? Saya amat beharap, tiada lagi beban 'scholarship' menghantui, gara-gara mahu kekalkan dan tingkatkan pointer. Payahnya assignment, sukarnya presentation, saya definisikan sebagai Ujian buat saya. Hasilnya tidak terhad untuk markah cgpa saya kelak, tapi se'cemerlang' mana saya dihadapanNya. Itu tafsiran saya yang dulunya saya jahil tentang itu.

(kata kakak berkerudung merah hati itu, kalau mahu dapatkan A, kita kena mesti ada banyak F. (Foundation (aspek agama), Family, Friends, Fun...) dan kata abang pembaca berita tu pula, kalau kita sama seperti mereka yang lain di luar sana, di mana kelainan kita? istimewanya kita? Istimewakah kita?  )

p/s: kalau begini kondisinya, azam mahu naikkan lagi pointer, bisa duduk di kerusi yang sama kali lagi ya.. :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

Petunia berbunga

Assalamu'alaikum dan selamat pagi Hari ini, bunga petunia dari pokok pertama sudah kembang. Aku cuba belek buku catatanku yang sempat aku coret-coret dua minggu pertama aku berkebun. Antara nota aku tulis adalah, petunia suka matahari, paling senang mahu tumbuh, paling cepat 3 hari. Elakkan tanah becak. Petunia ada banyak jenis, tapi yang aku tanam ni baka 'Multiflora Natural Dwarf Multis Mix'. Secara ringkasnya dia jenis renek dan paket ini biji benihnya campur-campur jadi bunganya nanti akan diketahui warnanya apabila sudah kembang. Mulanya aku teruja menanam petunia sebab bunganya yang meriah. Tetapi makin lama aku makin tawar sebab sewaktu ia kecil dulu ia sungguh ketot. Aku balik-balik mengira bilalah ia mahu membesar. Sampaikan aku beralih kasih ke aster. Ya, balik-balik aster aku update sebab aster rajin berdaun dan besar-besar pula saiznya. Seminggu lalu, aku belum perasan lagi pokok petunia ni berbatang. Aku perasan apabila sudah ada 3 kuntum bunga mahu terbent