Langkau ke kandungan utama

kerana doa #2



بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu’alaikum w.b.t.
Saat wasilah moden ini masuk ‘hospital’, saya sedang berperang dengan ujian pertengahan semester. Kerana kebiasaan diri dengannya, maka tiadanya terasa. Seolah-olah tidak lengkap tanpanya. Di dalam kelas, sibuk memikirkan ‘tobib’ mana yang harus ditemukan. Boleh dikatakan kepada semua teman diadukan, sambil-sambil promo kalau-kalau ada kenalan yang bisa  ‘merawatnya’.

Bukan memilih, tetapi mengasihi. Khuatir kepercayaan tinggal Cuma separuh. Apa maknanya, kalau tidak mampu memberikan amanah itu kepada mereka, walhal kerjanya nanti bagus. Paling-paling saya juga nantinya yang kesal. Kerana itu, saya tidak terus menyerahkan kepada mereka. 

Kuserahkan dengan harapan bukan paksaan. Tidak bisa jadinya penghargaan. Bukan semua mampu hulurkan apatah lagi merawatkan. 

Allah tidak akan menguji diluar kemampuan hambaNya. Selalu orang berkata, tidak ramai teman nanti susah dapatkan pertolongan. Walhal, teman itu Cuma wasilah, pengantara. Allah yang menentukan siapa,di mana dan bagaimana. Boleh jadi, teman, boleh jadi orang asing. Boleh jadi kedua-duanya.  Dengan atau tanpa teman, bantuan pasti akan tiba, berdoalah pada Dia. 

Teman, laptop ini kutemukan tobibnya melalui seorang teman. Teman punya teman. Sudah membantu, siap berdakwah. Ternyata dunia masihpunya penghuni yang budiman. Bantuannya tidak terkait wang ringgit.  Kerana dia tahu ada yang lebih perlu. Ada yang lebih berhak dikasihi melebihkan diri sendiri. 

Sisa rawatannya masih berbekas di sini. Bukan secara zahir, lakunya ditiru. Singkirkan fikiran-fikiran meminta imbalan atas kebaikan. Membanyakkan memberi dan menolak menerima sebelum berusaha. Bangun pagi-pagi, yang difikirkan siapa yang bakal dibantu, dan ditolong hari ini? Atau mungkin, siapa yang mahu didoakan hari ini? Atau mungkin, siapa aibnya bisa ditutup hari ini?

Jangan pernah mengharap pertolongan daripada Allah seandainya diri sendiri tidak terdorong untuk membantu yang lain. Kalaupun kita tidak mampu untuk menolong, sekurang-kurangnya mudahkanlah urusan orang lain. Kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusan kita. InshaAllah. 

Ramai yang tidak meringankan urusan saudaranya, kerana inginkan dunia terlalu kuat. Semakin cenderung diri pada dunia jadilah kita insan yang tangannya berada di bawah banding di atas.

(belajarlah untuk mengenal mana orang dan mana mesin ATM- ATAU- sebaiknya manusia jangan bercita-cita menjadi mesin ATM)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share

Lirik Lagu:::Permata yang dicari

Assalamualaikum w.b.t.  Salam Maal Hijrah.Azam baru? Rasanya terdapat dalam kalangan anda,mungkin berkongsi azam dengan saya. Permata yang dicari ,saya tersenyum sendiri mendengar lagu ini.Baitnya penuh dengan makna.Rasanya tak perlu dihuraikan,sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti dapat 'menangkap' maksud yang disampaikan.Bukan sahaja melodi yang sesuai,malah lagu ini juga mempunyai pakej tersendiri,iaitu bait-bait 'doa' . Hadirnya tanpa kusedari Menggamit kasih cinta bersemi Hadir cinta insan padaku ini Anugerah kurniaan Ilahi Lembut tutur bicaranya Menarik hatiku untuk mendekatinya Kesopanannya memikat di hati Mendamaikan jiwaku yang resah ini Ya Allah Jika dia benar untukku Dekatkanlah hatinya dengan hatiku Jika dia bukan milikku Damaikanlah hatiku Dengan ketentuan-Mu Dialah permata yang dicari Selama ini baru kutemui Tapi ku tak pasti rencana Ilahi Apakah dia kan kumiliki Tidak sekali dinodai nafsu Akan kubatasi dengan syariat-Mu Jika dirin...

Book: Psychology from an Islamic Perspective A Guide to Teaching and Learning

Assalamualaikum dan selamat malam. Ini merupakan percubaan kelima untuk menulis pasca-membaca buku. Sejujurnya aku menghabiskan pembacaanku ini hampir memakan masa selama setahun.  Teman sebelah rumah yang kebetulan biliknya bersebelahan dengan ruang tidurku, menjadi saksi kegilaanku yang adakalanya di tengah lewat malam melontarkan butir perenggan demi perenggan. Aku berusaha, kawan! Aku menghargai tiap helaian yang ada di rak buku itu.  Oleh kerana aku tidak lagi berada di barisan akademik, pastilah aku tidak akan mengulas secara terperinci isi kandungannya. Buku ini diterbitkan oleh IIUM Press, editornya pula Noraini M. Noor.  Terdapat dua bahagian, Part One & Part Two. Suka untuk aku kongsikan, salah satu artikel yang terdapat dalam koleksi ini iaitu, The Islamization of Psychology oleh Malik Badri.  Di bawah subtopik, The "who" of the Islamisation of Western Psychology . Penulis ada menyatakan tentang ciri-ciri yang perlu bagi Pengislamisasi Psikologi. 1. ...