Langkau ke kandungan utama

Playlists #yondermusic

Selamat sejahtera

Berikut merupakan senarai lagu yang baru kumuatturun di library muzikku. Lagunya bukannya semua terkini.

Cubalah dengar mana tahu berkenan. Eh.
Album terbaru Psy belum sempat kudengar semua tapi aku suka:
#Auto reverse (feat Tablo). Selain aku suka gaya rapnya Tablo, faktor pertamanya aku suka lagu ini adalah kerana liriknya. Mengenang kenangan.
#Last Scene. Liriknya termasuk citarasaku. Tambahan pula gaya rap Psy di sini ala-ala B.I.
#Refuge. Aku suka dengar suara Psy di sini. Aku rasa kalau aku cuma dengar lagunya secara ndak sengaja, aku ndak akan tahu kalau itu Psy. Dan semestinya liriknya juga merupakan seleraku.

Kedua, #Wake Up lagunya B.A.P. Pernah aku berhasrat untuk beri 5 bintang ke yondermuzik. Tapi, aku masih belum puas hati kerana lagunya versi Japanese. Tambahan pula koleksi Highlight (former Beast) belum tersenarai.

Album terbaru Roy Kim, Blossom. Aku belum dengar semuanya tapi aku suka dengan #Suddenly. Liriknya makananku.

#Honestly dan #You,again nyanyian So Soo Bin. Aku pun ndak tahu kenapa aku simpan lagu ni. Aku belum sempat cari liriknya tapi mungkin aku rasa suaranya jenis yang...kalau aku shufflekan playlists, dan bila lagu beralih ke lagunya So Soo Bin, tiap kali aku akan berkata, 'oh..oh..oh.. ini dia So Soo Bin'. Seperti teruja tetapi bukan.

#Really really  & #Fool lagunya Winner. (Entah bila yonder hendak update lagunya Sechskies dan IKON)

#Album Vixx, Shangri-la. Secara jujur, aku belum habis dengar semuanya pun, cuma Shangri-la saja. Tapi Vixx punya muzik ndak pernah menghampakan.

#Mohae- San E. Lol. Aku pun nda tau apa pasal aku selalu check lagunya San E walaupun rapnya bukan cita rasaku. Bukan. Mungkin teruja sebab Yonder muzik rajin update lagunya.

#Easy love - SF9. (Bila agaknya FT Island hendak tembus yonder ni. Primadona banyak di Malaysia ni. Percayalah. Yang bukan macam aku ni pun tercari-cari ternanti-nanti)

#Still - Ra.D

#Hug Me - Nam Taehyun South Club (terkejut juga ada lagu ni. Tapi let be honest, lagu ni 👍)

#Between Us - Lucia ft So Soo Bin. Lama sudah cari, rupanya ada saja.

#Spring day - BTS. Aku seorang yang melawan arus, bukan ahli bandwagon jadi aku tidak mengikuti perkembangannya BTS meskipun dulu sambil jogging dengar Run 🙆🙆, tapi Spring Day ni boleh masuk listku.

Lastly, OOHYO punya lagu yang cuma ada 2 album di Yonder. Niatku mau cari #A good day tapi tiada. Sangkut sama #Girl Sense, #Teddy Bear Rises dan #Vineyard.

Konklisi, 4 kali membuatkan aku hendak tukar rate dari 4 ke 5 iaitu semasa discover  #Wake Up-B.A.P (tapi ia japanese), #You,again-So Soo Bin, #album Roy Kim, Blossom (still thinking, to be honest- just imagine now we can enjoy spring in Malaysia)(is it end already in Seoul?), dan #Vineyard-Oohyo.

Sekian. Ramadan, guys. Hah, juzuk berapa da tu?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share

Lirik Lagu:::Permata yang dicari

Assalamualaikum w.b.t.  Salam Maal Hijrah.Azam baru? Rasanya terdapat dalam kalangan anda,mungkin berkongsi azam dengan saya. Permata yang dicari ,saya tersenyum sendiri mendengar lagu ini.Baitnya penuh dengan makna.Rasanya tak perlu dihuraikan,sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti dapat 'menangkap' maksud yang disampaikan.Bukan sahaja melodi yang sesuai,malah lagu ini juga mempunyai pakej tersendiri,iaitu bait-bait 'doa' . Hadirnya tanpa kusedari Menggamit kasih cinta bersemi Hadir cinta insan padaku ini Anugerah kurniaan Ilahi Lembut tutur bicaranya Menarik hatiku untuk mendekatinya Kesopanannya memikat di hati Mendamaikan jiwaku yang resah ini Ya Allah Jika dia benar untukku Dekatkanlah hatinya dengan hatiku Jika dia bukan milikku Damaikanlah hatiku Dengan ketentuan-Mu Dialah permata yang dicari Selama ini baru kutemui Tapi ku tak pasti rencana Ilahi Apakah dia kan kumiliki Tidak sekali dinodai nafsu Akan kubatasi dengan syariat-Mu Jika dirin...

Book: Psychology from an Islamic Perspective A Guide to Teaching and Learning

Assalamualaikum dan selamat malam. Ini merupakan percubaan kelima untuk menulis pasca-membaca buku. Sejujurnya aku menghabiskan pembacaanku ini hampir memakan masa selama setahun.  Teman sebelah rumah yang kebetulan biliknya bersebelahan dengan ruang tidurku, menjadi saksi kegilaanku yang adakalanya di tengah lewat malam melontarkan butir perenggan demi perenggan. Aku berusaha, kawan! Aku menghargai tiap helaian yang ada di rak buku itu.  Oleh kerana aku tidak lagi berada di barisan akademik, pastilah aku tidak akan mengulas secara terperinci isi kandungannya. Buku ini diterbitkan oleh IIUM Press, editornya pula Noraini M. Noor.  Terdapat dua bahagian, Part One & Part Two. Suka untuk aku kongsikan, salah satu artikel yang terdapat dalam koleksi ini iaitu, The Islamization of Psychology oleh Malik Badri.  Di bawah subtopik, The "who" of the Islamisation of Western Psychology . Penulis ada menyatakan tentang ciri-ciri yang perlu bagi Pengislamisasi Psikologi. 1. ...