Langkau ke kandungan utama

Catatan

Book: Psychology from an Islamic Perspective A Guide to Teaching and Learning

Assalamualaikum dan selamat malam. Ini merupakan percubaan kelima untuk menulis pasca-membaca buku. Sejujurnya aku menghabiskan pembacaanku ini hampir memakan masa selama setahun.  Teman sebelah rumah yang kebetulan biliknya bersebelahan dengan ruang tidurku, menjadi saksi kegilaanku yang adakalanya di tengah lewat malam melontarkan butir perenggan demi perenggan. Aku berusaha, kawan! Aku menghargai tiap helaian yang ada di rak buku itu.  Oleh kerana aku tidak lagi berada di barisan akademik, pastilah aku tidak akan mengulas secara terperinci isi kandungannya. Buku ini diterbitkan oleh IIUM Press, editornya pula Noraini M. Noor.  Terdapat dua bahagian, Part One & Part Two. Suka untuk aku kongsikan, salah satu artikel yang terdapat dalam koleksi ini iaitu, The Islamization of Psychology oleh Malik Badri.  Di bawah subtopik, The "who" of the Islamisation of Western Psychology . Penulis ada menyatakan tentang ciri-ciri yang perlu bagi Pengislamisasi Psikologi. 1. ...

Kerana sudah lama tidak menulis, tulisan ini aku unggah

  Di dasar sungai itu, sekumpulan ikan sedang berenang. Entah sejauh mana sudah mereka dibawa arus. Pun begitu hidup diteruskan. Di setiap persinggahan, hidup bukanlah sekadar bernyawa. Ada ceritanya. Likunya. Deritanya. Bahagianya. Ada persinggahan yang tempatnya indah. Batu-batuan sungai, air yang jernih serta tumbuhan yang saling menyokong di tebing. Kerana mereka tidak bisa memilih, kadang-kadang terdampar mereka di kali yang habitatnya bukanlah kehidupan. Ianya ujian. Cobaan. Arus akan terus membawa pergi dan ada yang mengakhiri perjalanan sebelum sampai ke muara sungai. Cerita tentang tumpas dan tewas. Padahal ia adalah kehidupan. Setiap yang bernyawa punya benang jangka hayat. Panjangkah? Atau sesingkat mana peluang yang ada? Semuanya itu adalah rahsiaNya. Kumpulan ikan tadi tidak pernah diam diburu, mata kail yang sering menggoda. Atau mungkin juga riuh komuniti memerang. Atau pukat yang berupa jernih. Atau diracuni saja tanpa peduli. Oh, arus ini menyeru lagi. Selamat ting...

Sungai Melubok, Kinabatangan

Assalamualaikum dan selamat malam. Pada tahun 2019, saya dan beberapa orang rakan sekerja hendak menuju ke Kampung Kuamut. Kedudukan tempat kerja kami terletak di sempadan Hutan Simpan Malua.  Sekiranya kami merentasi Hutan Malua dan Sungai Melubok, maka sampai lah kami ke Kuamut. Namun, pada ketika itu, air sungai banjir menyebabkan kami terhalang untuk sampai ke destinasi yang dituju. Kemarin, sekali lagi saya dan kumpulan rakan sekerja yang berbeza pula kali ini mencuba nasib untuk merentas ke Kuamut tapi tetap juga tidak berjaya. Airnya sudah cetek tetapi masih belum bisa dilalui oleh kenderaan untuk menyeberang. Pada kesempatan itu, kami pun mengambil keputusan untuk beriadah sebentar. Subhanallah sungguh indah ciptaan Allah. Untuk lebih lanjut, saya ada merekod video dan gambar sebagai kenang-kenangan kami dan saya abadikan di laman YouTube saya. Tolong klik di sini untuk menonton - https://youtu.be/rMIGo3uVqVY Saya tidak memaparkan foto-foto di sini kerana pada s...

Bukan Pasar Malam

Assalamualaikum dan selamat malam. Bukan Pasar Malam merupakan cerita paling dekat untuk diteladani meskipun latar masanya berlaku sekitar pascakemerdekaan Indonesia. Berwatak utama, "aku" yang dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menjenguk ayahnya yang sedang sakit tenat. Melalui novel ini, pembaca sedikit demi sedikit dikisahkan tentang keperibadian ayahnya dan jalur hidupnya melewati beberapa fasa seperti pendudukan Belanda, zaman gerilya dan pascakemerdekaan,iaitu, ayahnya sebagai seorang pejuang revolusi. Masih banyak karya Pramoedya yang belum kubaca, tapi kurasa pendekatan buku ini dari mula menghampiri titik penamat, ia bersifat peribadi. Ada unsur-unsur religi meski tidak terlampau mendalam tetapi cukup untuk memberi ingatan tentang kematian. Temanya agak melankolik atau lebih tepatnya suram kerana ia berkisar tentang ayah yang sakit di ambang kematian. Ini ditambah lagi dengan kondisi kedaifan keluarga watak peran utama, desanya dan sepanjang jalur perjalanannya...

Timun Jepun

Assalamualaikum dan selamat malam. Hampir setahun tidak mengolah ayat di sini. Selalu ada tetapi setahun dua ini terlalu banyak yang terjadi dan masih banyak yang perlu dipelajari.  Bagaimana dengan kalian? Ya. Kita berjuang dengan kehidupan masing-masing. Semoga semua yang dipertaruhkan adalah yang terbaik untuk dunia dan akhirat kita. Kembali ke asal, setahun dua ini terlalu sulit untuk memujuk hati. Ketakutan,  insecure, anxiety, bermacam rasa bergolak dalam jiwa, dan aku memilih untuk menanganinya dengan mencipta/mengulang memori sewaktu kecil. Besar  harapan, itulah cara untuk mengenyahkan segala unsur negatif... Menanam amat sinonim dengan keluarga kami kerana bapa lazimnya begitu. Cuma tidak pernah terlibat secara langsung. Pengalaman dan ceritanya ada tapi bukan menulisnya. Bapalah yang berpengaruh besar tentangnya dan kini aku dan mak, kami masing-masing berusaha untuk mencipta suasana itu kembali.  Berbanding dengan mak, aku agak terumbang ambing.. Tetapi s...

Something to listen to (my current lists)

Assalamualaikum dan selamat malam. Ingatkah satu ketika dahulu, ketika idea menulis dan semangatnya tidak bersatu, aku selalu mencari ruang baru agar tetap terus menulis. Sampai sekarang aku masih belum move on bahawa Yonder Music dibawah seliaan Celcom sudah lama ditamatkan khidmatnya. Aku tanpa paksaan terpanggil untuk berkongsi kecenderunganku terhadap aplikasi itu dahulu . Serius, sesuatu kesempatan yang terbiar... Semoga aplikasi itu bisa dimajukan semula. Aku pasti akan menjadi pengguna setia ya.. Sungguh! Semenjak Yonder Music sudah tiada, aku cuma bergantung kepada aplikasi YouTube sebagai media halwa telinga. Berikut adalah senarai terbaruku bagi bulan Julai 2020. Untuk senarai lagu sebelum tahun 2020, mungkin boleh rujuk entri terdahulu. Cubalah luangkan masa, mungkin ada beberapa lagu yang memikat hati dan pendengaran kalian. 1) Yoon Jiyoung - Shame Aku agak pemilih bila terkait penyanyi perempuan. Tapi Jiyoung ni, aku rasa suara dan tune lagu ini seiring menyeba...

Find Me In Your Memory | Temukan Aku Dalam Memorimu

Assalamualaikum dan Selamat Malam Entah keberapa kali sudah kukatakan bahawa aku akan sentiasa menulis, memperbanyak perkongsian, tetapi selalu saja berakhir dengan mengejar dunia kerja yang tiada kesudahan. Apabila melihat penulisan yang sebelum ini, aku merasakan aku yang sekarang ini terlalu kosong. Buat sekian kalinya juga, aku mohon apologi sangat-sangat kepada mereka yang belum sempat aku balas komennya. Saat aku membaca komen yang ditinggalkan, yang selalunya berisi persoalan, aku bertanya kepada diri sendiri "apa mungkin detik ini masih diperlukan jawapanku...seberapa jauh aku ketinggalan kepada rentak blog ini? atau akukah yang terlalu cepat berlalu? Baru-baru ini, aku menerima notifikasi di laman muka buku iaitu namaku disebut dan beberapa rakan yang lain oleh rakan seperjuangan perihal beberapa episod semasa zaman belajar dulu, di UIA. Aku tercengang, kerana memori itu sudah pudar dari ingatanku. Aku ketawa sendiri bila mengenangnya kembali. Tapi kendur senyum...

Umpama Meriwayat Hadith

Assalamualaikum dan selamat petang Agak lama tidak berbicara di sini. Sesunguhnya banyak hal yang ingin aku suarakan langsung saja ditelan masa. Maka, tinggallah blog ini, sendu. Tajuk agak lewah dan itulah prinsip yang aku pegang. Semasa berada di semester akhir, ada satu subjek alternatif (bagi specialized Organizational Communication ) yang tidak ditawarkan. Atas budi bicara Head of Department kami ketika itu, solusinya aku diminta untuk mengambil satu subjek dari specialized Journalism yang sama level sebagai ganti.  To be honest , aku suka kerja-kerja menulis (sebagai bukti kewujudan blog ini). Walaubagaimanapun, niat itu aku pendam apabila aku pada awal penglibatan di dunia undergraduate , memegang prinsip tidak mengagungkan English (okey, aku terima saja apa-apa tohmahan kalian dengan hati terbuka). Semuanya berakhir apabila aku sudah mula jatuh hati dengan UIAM maka belajar sikit-sikit English boleh la, asal tidak terlibat sangat mendalam seperti memilih...

kesempatan yang ada

Assalamualaikum dan selamat malam. Mari kita lanjutkan bicara kita sebelum ini berkenaan mask muka.  Satu hal yang aku sangat suka mengambil iktibar daripada rutin ini adalah, mengambil peluang yang diberi dengan kadarnya.  Disetiap paket mask akan tertulis detik pemakaian yang disyorkan, lazimnya antara 15 ke 20 minit. Mungkin ada yang berfikiran, 'pakai lama lagi kan bagus...' Lagi pula selepas kadar masa tersebut, mask masih dengan permukaan yang lembab. Yok lanjutkan saja sampai ke pagi biar lebih lekat moistnya..  Tapi, jangan salah tanggapan..sangat perlu ikuti saranan yang tertera kerana selepas waktu yang diberi, segala yang diserap daripada mask tadi akan tersedut kembali ke mask apabila kita biarkan saja di permukaan wajah.  Kata mudahnya, take it while you can.. When it is over, leave.  Begitulah resam hidup... Pada tiap peluang yang ditawarkan pasti ada limitnya.. Pada manusia dengan kebebasannya tapi akhirnya  tidak lari dalam perhitungan. Seti...

mencari sedikit masa untuk bahagia

Assalamualaikum dan selamat tengah malam Bermula awal bulan lepas, aku mencuba untuk konsisten memakai mask pada waktu malam.  Pada mulanya aku hanyalah terpanggil untuk mencuba-mencuba dan akhirnya menjadikan ia sebagai rutin harian. Aku tiada alasan kukuh untuk berperilaku sedemikian tetapi satu hal pasti, dalam tempoh seharian sibuk dengan hal-hal kerja dan hal hidup yang lain, masih ada sedikit ruang antara 15-20 minit untuk aku luangkan sebagai "me time".  Berbanding dengan komperatif fizikal yang aku alami, aku lebih tertarik kepada sensasi pemakaian mask, waktu yang benar-benar diperuntukkan untuk memanjakan dan memberi aura positif ke dalam diri. Sesuailah dengan kesinambungan menutupi hari dengan jiwa yang ingin berehat daripada perihal dunia. Aku sedar bahawa untuk seseorang mencapai tahap satisfaksi itu bukanlah mudah. Tidak semua lahir dengan serba-serbi. Aku tergolong dalam kelompok yang punya infinit kemahuan tetapi amat terbatas kemampuan.  Cukuplah dengan ...

Memilih

Assalamualaikum dan selamat malam Masi berbicara mengenai minimalis. Ak baru sahaja menerima paket daripada Garden of Eden, serum untuk scar. Mudah-mudahan ianya mujarab untuk mengurangkan kesan parut pembedahan mak. Sekali lgi menerima pesanan dalam kotak, dan free gift sampel milk cleanser. Aku mengguna semula kotak tersebut dan ketika sedang menyusun barang-barang seharian kegunaan di kotak tersebut, aku terfikir, nampaknya bertambah lagi barangan dalam lists ku. Aku sedaya upaya hendak mengehadkan pemilikan agar nantinya tidak terlalu banyak attachment. Aku masih dalam proses organize barang-barang... Ada yang perlu aku buang secara perlahan-lahan. Too much attachment akan membuatkan penyerapan tenaga yang semakin banyak. Banyak yang mahu dikisahkan. Apabila kita membawa apa yang kita perlu sahaja, destinasi yang hendak dituju itu akan semakin jelas. InshaAllah. Kerana hati tidak terpaut pada satu-satu perkara yang bercabang-cabang. Bersimpang siur. 

menuju hidup minimal

Assalamualaikum dan selamat malam Selepas melewati beberapa episod tenggelam dalam dunia materialis, aku segera kembali ke pangkal matlamat yang kuhasratkan bermula pada tahun ini iaitu meraih status sebagai seorang minimalis.  Apabila aku mengemas bilik dan melihat bilangan pemilikanku yang kadang berkurang dan pandai pula bertambah, aku menjadi kaget menyedari bahawa nafsu seorang manusia benar-benar tiada sempadan. Aku tidak tahu kalau ini berkaitan, tapi Garden of Eden sedikit sebanyak membawa aku ke arah minimalis.  Aku mengenal produk ini pada tahun 2015, dan kembali menjadi pengguna yang aktif pada tahun lalu. Apabila aku mula sedar bahawa biar menjaga yang asas daripada perlu berlebih-lebih dalam aspek berhias.  Walaupun aku tidaklah dalam kategori yang bisa memberi pandangan mengenai satu-satu produk, tetapi membandingkan kondisi kulitku yang dahulu dengan yang sekarang, ternyata ada jugalah perubahannya dan aku percaya sekali kalau produk Garden of Eden itu adal...

Terima Kasih

Assalamualaikum dan selamat petang.  *sebelum memulakan entri, mohon apologi seandainya penggunaan kata 'aku' kelihatan kurang elok kerana aku dibesarkan dengan pembawaan kata ganti diri pertama begitu. Kerana aku tidak mahu canggung di halaman sendiri.* 2) Menyambut hari lahir dan kek Menyambut hari ulang tahun kelahiran bukanlah kebiasaanku. Tetapi julung kalinya aku meminta untuk dibelikan. Selepas jemu menyuruh atau mungkin juga agak memaksa Jobert, aku pun memasuki fasa pendam sendiri. Tatkala itulah Jobert memberi kejutan dengan sebuah kek berperisa Red Velvet.  Aku tidak tahu cara untuk mengekspresi emosi dihadapan orang lain. Perasaan menghargai, terlalu asing kerana we tend to think, that's the way thing should works. Itulah perjalanannya. Sebaliknya, ekspresi marah dan kecewa seringkali terpampang kerana merasakan bahawa ia sesuatu yang negatif untuk kita lalui. Apatah lagi apabila ia berpunca daripada orang lain. Menyingkap peristiwa selepas impian te...

Meraikan angka 28

Assalamualaikum dan selamat malam Menulis merupakan agenda penutup hari, setiap pagi kuniatkan sebegitu. Tetapi selalu dicemburui dengan tugasan, membawa balik kerja adalah perkara yang ingin sekali saya singkirkan dalam senarai harian. Selepas melewati ulang tahun kelahiran bulan lalu, tidak banyak kelainan. 1) Kucing yang imut Sekarang saya tinggal sebilik dengan seekor meow yang kecik. Betina, umur tidak dapat dikira... mungkin belum matang 5 bulan. Namanya, Kecik. Kerana bila kami jalan berpapasan, saya perlu melihat kebawah- sebawah-bawahnya khuatir terpijak badannya yang kecil itu. Terlalu banyak yang ingin saya kongsikan mengenai si Kecik. Bermula dengan hari dia pertama kali duduk menyelimuti diri di hujung pagar rumah dengan bulunya yang serba kembang dan serabut. Kata Chong, seperti ulat bulu. Ia bukanlah muqaddimah yang seindah begitu, ketika dia saya temukan hanya hasrat di hati untuk menjaga makan dan minum. Usai diberi keperluan saya pun menyimpanny...

Ucapan

Assalamualaikum dan selamat malam Terlahir dalam keluarga yang super simple, adakalanya kami tidak merajai perkataan seperti bertemakan kasih-sayang dan romantis.  Tetapi, selepas kejadian mak sakit, muncul dalam benak, ada kata yang tersekat sebelum ini lebih baik diluahkan.  "Mak, mu isseng mo kadek pak u sayang ki? " Translasi: "Do you ever know how much I love you, mom?" Acapkali. Berulangkali. Pada waktu yang terlalu sibuk, orang yang selalu kita sakiti adalah orang-orang yang dekat dengan kita.  Dengan harapan, mereka akan memahami dan menerima ups & downs kita.  I am super tamak. Apabila rasa sedar itu datang, maka bersegera menerangkan.  Komunikasi. Berusaha menjadi manusia super adil. Kepada diri dan kepada mak. 

Please Look After Mom

Assalamualaikum dan Selamat malam Saya telah mengubah tema blog kepada design yang disediakan oleh pihak Blogger, tidak sampai seminit, blog bertukar wajah.   Wah, sungguh tidak cantik!  Kalau ada yang pernah berkunjung ke mari, pastilah yang sebelum ini design tema berdasarkan buah akal saya sendiri, lama juga edit-edit supaya mengikut cita rasa yang diingini. Tetapi semuanya lenyap dalam angka yang kecil. Terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan usaha saya yang berhari-hari itu. Tujuan saya menukarnya, saya tertekan sebenarnya... tiada guna hendak menangis.  ****** Sempena meraikan blog yang super down to earth ini, saya bakal makin rajin menulis. Ya la, blog sudah biasa, malah jarang lagi diisi dengan bahasa, apalagi hendak dipersembah?  Please Look After Mom Itulah kata yang paling kerap saya dengar pada tahun ini. Kata yang selalu membawa ingatan kepada yang telah pergi, bapa dan adik. Setiap kali kata tersebut dilontarkan, saya seolah men...

Sendiri

Assalamualaikum dan selamat malam. Aku baru tengok video berjudul "Kodokushi" di chanel ML Studio. Selama ni, aku selalu laa.. menyapa diri, "alahai sunyinya hidup" hahahaha ... kadang tu sampai tahap nak nangis. Terus throwback kenangan zaman kuliah.. yang kononnya terlalu sibuk sampai tak sempat nak fikir, "eh sunyinya". Kadang kena curi masa hendak menyendiri. Paling rindu dengan Cua. Hahahhahahahahahahaha. Balik-balik sebut Cua. Ye la Cua je yang mampu tahan dengar kisah aku yang merapu pasal buku, pasal negara, pasal ideologi... hahahahaha selepas bapa aku la. Kalau dengan mak, aku baru buka mukadimah jak, dia dah menguap. Tak bole nak paksa. Tinggallah Laila dan sendu. Sedih benar bunyinya. Selepas Cua, aku jumpa Oyen, tapi Oyen sudah tiada. Aduh sedih. Tahap depresi da tapi aku tahu kondisi aku macam mana, so... chill selagi mampu. Kadang tertanya juga, kenapa semua yang aku sayang-sayang ni ada yang pergi selamanya, ada yang tinggal jauh... l...

Oyen

Assalamualaikum dan selamat malam Aku baru sahaja kehilangan Oyen. Sebenarnya, aku belum puas menangis. Ada masanya, kalau ingat Oyen aku menangis. Attachment. Terus-terang, sewaktu dua nenek ku meninggal, aku tidak berada di posisi seperti sekarang. Sedih, iya sedih. Rindu, iya rindu. Tapi kemudian terpujuk dengan lantunan al-Fatihah. Aku malah mengkategorikan kehilangan Oyen termasuk senarai 3 kehilangan yg paling menyedihkan. Depresi. Banyak hal yang aku ingin kongsikan, hanya kerana seekor kucing, Oyen. Sepertimana isi nukilan di blog ini, yang adakalanya aku berkisahkan arwah adik dan bapa, aku bakal bercerita tentang Oyen. Syukur pertama aku ke Malua, kerana dapat bertemu Oyen. Dari lahir aku sambut sampai ke hujung nyawa aku hantar dia. Cinta yang buat aku bangga, bukti kalau aku bukan sekadar melepas batuk di tangga menyayangi makhluk Allah yg satu itu. Di hati yang cuba menyelami erti ikhlas memberi dan menyayangi. Bunyi macam melebih-lebih, tapi begitulah yang terpa...

To be Happy

Assalamualaikum dan selamat malam Pernah tak... ketika tidur kamu bermimpi terperangkap dalam ruangan kosong dan tidak ketemu jalan keluar? Kadang-kadang, kamu menangis-nangis minta dibukakan pintu. Bila kamu terbangkit dari mimpi ngeri tersebut, kamu pun menarik nafas lega kerana ia hanyalah mainan tidur. Tapi.... realitinya... Hidup ini lagi ngeri. Kamu terperangkap dalam dunia sendiri. Merasa gelisah pada rasa yang tak dimengerti. Merasa kecewa pada perkara yang bukan hak. Merasa tewas pada kehendak melewah-lewah. Di mana hendak lari sembunyi? Ke mana harus mencari arah keluar? Berharap semoga besok lena tidak dibangkit kerana hendak berehat dari sakit yang menyiksa. Memerangkap diri. Memenjara rasa dan jiwa.

Minimal

Assalamualaikum dan selamat malam Lanjutan topik sebelum ini, aku ingin berbicara mengenai minimalism. Melalui hari-hari baru, aku perasan kalau sebenarnya yang sebelum ini aku kejarkan adalah suatu yang sia-sia. Kenapa perlu menghabiskan tenaga kepada sesuatu yang sebenarnya tidak berkesinambungan dengan hidupku hari ini. Nyatalah tidak semua tetapi ada hal yang seharusnya aku biarkan dan tinggalkan. Bukan juga hidup dalam penyesalan. Aku merasakan belum terlewat untuk mengubah cara hidup kerana masa yang masih diberi peluang masi terbuka. Dalam hidup, tidak kira seberapa banyak yang kita terima kalau tidak tahu menghargai, tidak ada makna. Bukan pula bermaksud hidup seadanya tapi cuba untuk mencapai tahap bahagia tanpa perlu mengumpul semua dalam genggaman. Seperti genggaman yang kita punya, apa yang mahu kita gapai dengan tangan ini... too much will make you in despair. Tidak semua adalah milik kita. Ada yang harus disimpan supaya yang benar-benar hak terima. Tapi kalau meman...