Langkau ke kandungan utama

Catatan

diam

Assalamualaikum w.b.t Tatkala jiwa diketuk, dan ku kenali siapa dia, aku menangis. Antara gembira dan duka. Diam bukanlah bermakna tidak suka tetapi memelihara ikatan. Sebab itu, sekian lama sepi yang memenuhi ruangan kita aku bahagia. Tanpa perlu, tidur tidak lena, makan tidak kenyang dan mandi tidak basah. Mungkin, aku sudah cukup mengerti apa yang diertikan dengan ikatan ini tetapi ternyata selama bertahun dididik dengan didikan bisu itu, aku takut. Aku pun manusia biasa. Segalanya boleh jadi nol dalam sesaat. Padahal membina tembok maruah itu bertahun-tahun setelah akal sihat ini bisa membezakan antara cinta monyet dan cinta ke jannah. Kerana itu, jatuhku ke lubuk mana, biarkan aku belajar berdiri sendiri. Aku tidak pinta untuk kamu membantuku berdiri semula. Kamu, umat lebih perlukan kamu. Aku biar dengan urusanku sendiri. Mengejar mu dari belakang agar kelak aku bisa seiring dengan mu. Aku tidak suka dipandang lemah, nanti aku mudah mengalah. Aku mahu jadi wanita kuat ya...

roman

Assalamualaikum w.b.t Sudah banyak kali ku bicarakan perihal keluargaku yang kecil bilangannya. Selepas pemergian adik, keluarga nuklear kami cuma bertiga. Aku bersyukur aku ada sebanyak itu. Sebagaimana bahagia dalam ramai, kami masih mampu untuk sebahagia begitu. Mewah bukan destinasi kami, semenjak kecil aku diajari menuntut ilmu. Aku anak biasa yang bisa sampai ke garisan ini setelah berulangkali dilatih rajin membaca dan menelaah. Dengan izin Allah. Kalau aku dikatakan rajin, itu berkat tekunnya mak mendidik dan ajariku sedari usia kanak-kanak ku. Mak yang dulunya tidak berkesempatan mendapat apa yang aku kecapi hari ini. Ni'mat menuntut ilmu. Dulunya aku sering memberontak tatkala bahan bacaanku ditapis. Tetapi tidak pernah sekali mereka membakar buku-buku komikku. Mereka kata, itu duit. Aku lebih tahu apa yang ku baca itu bermanfaat atau tidak. Aku masih nol. Sampai satu ketika, aku sedar bahawa tiap ingatan dan teguran perihal bacaan itu tidak ekstrem kerana sayang. ...

15 minit

Assalamualaikum w.b.t Berikan aku 15 minit yang melepasi 12 malam ini untuk berbicara. Sedang menempek cecairan liat hitam itu ke muka, akal lantas menyinggah pada kata 'moderen'. Mungkin dalam kata ringkasnya, maju. Akal ku berbicara, "mungkin kerana kurangnya ingatkan Tuhan, seakan laku manusia memakan dirinya sendiri." Aku percaya bahawa kalau masyarakat sebelum kita itu juga moderen dan maju seperti majunya dan moderennya kita kini. Malah kalau mahu dibandingkan, tampaknya neraca maju mereka itu lebih berat banding zaman kita. Tanpa perlu merosakkan alam, tanpa perlu mengorbankan indahnya bumi ciptaan Tuhan, dan tanpa perlu menindas makhluk lain. Mereka juga beragama. Bukankah hakikatnya tiap insan yang bernyawa itu ada fitrahnya? Manusia sering dan sememangnya serta akan terus mencari 'sesuatu' untuk disembah. Fitrah jiwa seorang hamba! Meskipun apa yang disembahnya itu, kuno yang amat pada penglihatan kita, setidaknya mereka taat pada apa yang...

akhir semester ini

Assalamualaikum w.b.t Semalam, berakhirlah kelas-kelas kuliah, maka bermulalah minggu belajar. Alhamdulillah, performance semester ini lebih baik daripada sebelumnya. Kesempatan, peluang dan dimanfaatkan itulah azam saya semester lalu. Pernah tidak datang ke kelas semasa demam + selesema yang agak 'sakit' sepanjang berada di perantauan. Cuma sekali itu. Lainnya, pernah sekali clash dengan kelas Mandarin sebab kelas ganti dibuat sebelah malam, dan ia sememangnya kelas Mandarin saya. Maka yang milik yang hak. Duduk di baris hadapan, pertama atau yang kedua. Datang seawal yang mungkin. Alhamdulillah, walaupun kononnya berhadapan lectures yang strict, tapi ternyata tidak pernah sekali terasa tidak ingin ke kelas. Malah saya selalu menantikan waktunya. Kalau-kalau malas menyapa, saya lantas bersiap-siap, dan terpacak di hadapan kelas. Ada dua sebab datang awal, memang teruja dan kedua mengelak daripada ponteng. Ya. Begitulah. Saya pasti akan merindukan semester ini. Murab...

#icc-culture shock.

Assalamualaikum w.b.t Meskipun kesihatan tidak mengizinkan, (pagi ni diserang sakit perut dan selesema yang tidak kebah lagi) sempat lagi meluangkan  masa selama sejam di kelas icc mendengar dan melihat pembentangan assignment daripada kumpulan lain. Mencari ilmu dan informasi baru untuk dijadikan idea menulis di blog. Kenapa saya menulis? Malah semakin kerap sejak akhir-akhir ni. Saya sendiri tidak tahu, tapi bagi saya setidaknya kebiasaan membaca yang tidak laku semester ini bisa digantikan dengan menulis. Habit. Saya tengah membajanya. Moga subur kelak. Amin. Tajuk yang menarik perhatian saya hari ini adalah "Culture adaptations of international students in IIUM". Seperti yang saya nyatakan tadi, kesihatan saya tidak seberapa baik, jadi saya akan terus straight to the point saja ya. Berdasarkan temuramah yang dijalankan kumpulan tersebut, seorang responden asal Turki, mengatakan bahawa pelajar tempatan suka mengatakan "sorry" walaupun dalam situasi yang ...

#rindu mak

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah, rezeki hari ini mendapat bungkusan makanan daripada Umi Pinaz dan Ibu Pura. Terubat sedikit kempunan mahu makan masakan rumah. Ya, rindu masakan mak. Eh, not, semua tentangnya! Setiap kali balik dari Sabah ke Semenanjung, mak mesti bungkuskan makanan, especially buras, tumbu dan ayam likku. Walaupun kadang saya mengadu berat, tidak sampai hati pula mahu tolak tawaran mak. Dia selalu kata, 'selagi mak mampu, mak akan masakkan anak mak.' Actually, mak memang begini. I mean, apabila ada saudara atau kenalan yang akan balik ke Indonesia, dia dengan rela akan masak bekal untuk mereka. So, takkan untuk anak sendiri dia tidak buatkan? Then, I just angguk-angguk, berat tu belakang kira! Mak, bogoshippo! Uddane kak ko diko. Allah... saya rindukan semua tentangnya. Tahun ni, genap usia mak 37 tahun. 37 tahun? Ya, mak kahwin usia 15 tahun dan saya lahir ketika dia di usia itu. Mak selalu kata anaknya da besar, dia tak sedar saya da sebesar...

memori#bogoshipo#rindu

Assalamualaikum w.b.t Saya tidak mampu untuk menafikannya lagi. Saya rindukan dia. Dia dan memori lalu. Ada teman berkata, adakalanya yang dirindukan itu bukanlah seseorang,  tetapi memori tersebut. Tapi bagi saya, keduanya. Meskipun dia berubah, tetap saya rindukannya. Terlalu ingin saya hampirinya, dengan apa jua sekalipun kondisinya. Tidak perlu jiwa keanakan, aksi nakal dan bicara manis. Cukup dia. Ya, cukup dia ada di sisi dan saya ada di sisinya. Sewaktu bersama melalui hari-hari awal remaja, saya selalu bertanya apa agaknya pengakhiran kisah kami. Sampailah waktu dan jarak melenyapkan semuanya. Tiada yang tinggal melainkan dia. Bukan kenangan bersama. Apa lagi memori indah. Ya, saya hanya bisa mengingat kembali andai membaca bait-bait berukir jawi dan roman di buku lama. Mungkin, dakwat itu juga akan pudar seiring masa yang berlalu. Apa yang tinggal nanti hanya memori tanpa pembuktian. Jadi, selagi saya masih mampu mengingat dengan siapa saya pernah mencipta kenangan ...