Langkau ke kandungan utama

RahmatNya tak bertepi..=)

 بسم الله  الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t..salam Hari Malaysia..
Situasi:::Menuju ke dorm setelah selesai makan di cafe bersama seorang teman Indonesia,Puteri. Tanpa diduga,kunci patah..harus berbuat apa? Seriously,seharian aku berlegar-legar di koridor blok A.First,kaki melangkah ke Office..comfirm la tutup,kan Hari Malaysia!
Then,call president Mahallah Maryam>Principle>Asst Manager>ke pondok Mak Guard>ke rumah Principle....finally,kami mendapati tingkap kat satu bilik tu tak berkunci..masalahnya sekarang,macam mana nak panjat kat atas tingkap tu?Suddenly,pertolongan ALLAH S.W.T. sampai...ALHAMDULILLAH. Sungguh!Ini tidak pernah terbayangkan di benak ku!Seorang senior yang kecil molek,menawarkan diri untuk membantu kami.Namanya sis Sofea.Tahun 4.
Apa yang dapat aku simpulkan,pertolongan ALLAH itu pasti akan tiba pada hambaNya.Sungguh!aku tidak menyangka doa-doa,rayuan hati dan rintihan sanubari kami mendapat balasan secepat itu.
Situasi tadi telah memberi banyak hikmah buatku.Bayangkan,seorang yang punya 'kuasa' juga tidak mampu untuk membantu kami.Sebaliknya,ALLAH hadirkan insan yang tidak punya apa kuasa melainkan rasa 'kasihan' dan fizikalnya yang memungkinnya untuk menolong kami.
Apa yang pasti,usah bertangguh lagi untuk terus berharap denganNya.Cepat atau lambat dikabulkan  bukan pokok persoalannya.Tapi tanyalah hatimu,dirimu..apa sudah cukup usahamu?Apabila difikirkan semula,aku tidak pernah seyakin,seberani dan setegas hari ini untuk berhadapan dengan semua situasi.Sepanjang hidup,aku tak pernah lagi pergi jumpa principle disebabkan nak mengadu masalah.Tetapi di alam universiti ni la aku berhadapan dengan situasi tersebut.
Alhamdulillah.Peristiwa tadi memberikan aku beberapa ikhtibar dan pengalaman bermakna.Usah sandarkan segala permasalahan kepada sesama insan.Tetapi sandarkanlah pada ALLAH S.W.T. InsyaALLAH bantuan akan tiba dengan sesuatu yang tidak terduga.
Ketika kesunyian,tadi teman aku,puteri ke kampus kerana ada pertemuan dengan senior dari Indonesia.Aku duduk sendirian merenung nasib diri.Tetapi hatiku tidak sesunyi manapun,ada seekor kucing yang asyik mengekoriku.=) Hubunganku dengan cousin juga bertambah baik.Aunty juga mengambil berat.Sungguh,selama ini,aku sering memikirkan bagaimana agaknya mahu merapatkan jurang antara aku dengan mereka.Tetapi situasi tadi memberikan aku banyak ruang untuk saling berkomunikasi(mengadu kat dorang melalui hp.sikit2 lagi ak mnta amik p Shah Alam).ALHAMDULILLAH.
Sedarilah..di awal kesusahan pasti akan ada kesenangan yang menyusul.Seumpama penciptaan pasu seramik yang mahal.Permulaanya bukanlah sesuatu yang mudah.Ia melalui banyak proses.Setelah dilenyek,diputar,diukir...barulah menjadi pasu yang bernilai.Begitulah kehidupan.Setelah melalui kesusahan barulah kita tahu menilai kemanisan kejayaan .Tanpa kesusahan,mana mungkin kita bisa mengagak darjah kemanisan kerana jalan yang dilalui tiada liku.Tanpa jurang dan lurah,perjalanan pengembara menjadi perjalanan yang sunyi dan sepi.Lantas di manakah dia ingin catatkan kesusahan dan getirnya?Pengembaraankah andai hidup dilalui hanya ada taman-taman bunga?
Sekalung budi:my dormate yang bercuti Asy,Noree,Fiza,Hajar..my beloved cousin,kak Malni,my aunty...teman yang ku ingin tumpang bilik,Pnaz.Mak Guard yg sempoi,Mdm yg dedikasi meskipun bercuti..dan tak lupa buat sis Sofea yg berhati suci..=) jazakumullah khair.
tag:1/2 hari ni ak rest daripada menatap lap top..:P

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share

Lirik Lagu:::Permata yang dicari

Assalamualaikum w.b.t.  Salam Maal Hijrah.Azam baru? Rasanya terdapat dalam kalangan anda,mungkin berkongsi azam dengan saya. Permata yang dicari ,saya tersenyum sendiri mendengar lagu ini.Baitnya penuh dengan makna.Rasanya tak perlu dihuraikan,sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti dapat 'menangkap' maksud yang disampaikan.Bukan sahaja melodi yang sesuai,malah lagu ini juga mempunyai pakej tersendiri,iaitu bait-bait 'doa' . Hadirnya tanpa kusedari Menggamit kasih cinta bersemi Hadir cinta insan padaku ini Anugerah kurniaan Ilahi Lembut tutur bicaranya Menarik hatiku untuk mendekatinya Kesopanannya memikat di hati Mendamaikan jiwaku yang resah ini Ya Allah Jika dia benar untukku Dekatkanlah hatinya dengan hatiku Jika dia bukan milikku Damaikanlah hatiku Dengan ketentuan-Mu Dialah permata yang dicari Selama ini baru kutemui Tapi ku tak pasti rencana Ilahi Apakah dia kan kumiliki Tidak sekali dinodai nafsu Akan kubatasi dengan syariat-Mu Jika dirin...

Book: Psychology from an Islamic Perspective A Guide to Teaching and Learning

Assalamualaikum dan selamat malam. Ini merupakan percubaan kelima untuk menulis pasca-membaca buku. Sejujurnya aku menghabiskan pembacaanku ini hampir memakan masa selama setahun.  Teman sebelah rumah yang kebetulan biliknya bersebelahan dengan ruang tidurku, menjadi saksi kegilaanku yang adakalanya di tengah lewat malam melontarkan butir perenggan demi perenggan. Aku berusaha, kawan! Aku menghargai tiap helaian yang ada di rak buku itu.  Oleh kerana aku tidak lagi berada di barisan akademik, pastilah aku tidak akan mengulas secara terperinci isi kandungannya. Buku ini diterbitkan oleh IIUM Press, editornya pula Noraini M. Noor.  Terdapat dua bahagian, Part One & Part Two. Suka untuk aku kongsikan, salah satu artikel yang terdapat dalam koleksi ini iaitu, The Islamization of Psychology oleh Malik Badri.  Di bawah subtopik, The "who" of the Islamisation of Western Psychology . Penulis ada menyatakan tentang ciri-ciri yang perlu bagi Pengislamisasi Psikologi. 1. ...