Langkau ke kandungan utama

Kisahku dan See You d IPT =)

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum ..salam Jumaat..=)
Sebelum 'mengupas' dengan lebih lanjut lagi mengenai tajuk di atas..saya ingin memohon maaf seandainya pembawaan 'blog' saya selama ini yang lebih 'memihak' kepada rutin harian .Sebenarnya,saya masih berada di tahap awal penulisan.Sebagai satu permulaan saya  merasakan 'pencetusan idea' seperti ini lebih mudah untuk diterokai.
                                                     SEE YOU D IPT

Pada awal September lalu,saya telah mendaftarkan diri di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) sebagai pelajar Sem 2011/2012 dalam bidang Sains Kemanusiaan (Komunikasi).Tetapi untuk tempoh Sem ini saya mengikuti Pre-sessional Student (PRSS).Err..nak tau apa itu PRSS silalah klik 'GOOGLE'. ^__^
Berbalik pada tajuk asal,saya sebenarnya tidak pernah terbayang bahawa akan melanjutkan pelajaran ke 'Garden of Knowledge and Vertue' ini.Apa yang masih segar di minda saya,7tahun lalu,saya sering menggunakan istilah 'SEE YOU D IPT' .Sehinggakan ada dalam kalangan rakan-rakan & adik-adik asrama (2-3tahun kemudian) yang mengenali saya melalui 'perkataan' tersebut.
Siapa sangka,suatu yang selalu disebut-sebut,menjadi  realiti.Saya akui,pada awal tahun 2009,saya berasa sedikit 'down' kerana gagal melanjutkan pelajaran ke UIAM ini.=) Kini,barulah saya sedar bahawa,'doa' saya selama ini termakbul jua.
                                             TIAP PERKATAAN ITU SATU DOA
Saya sedikit 'kecewa' melihat situasi 'adik-adik'/ remaja kini yang lebih suka menggunakan 'perkataan' yang tidak membawa maksud apa-apa atau paling tidak pun,menggunakan 'perkataan' yang tidak baik maknanya.Sedarilah,apa yang sering diucapkan merupakan satu 'doa' yang bakal termakbul.Cuma waktunya sahaja tidak diketahui,samada cepat atau lambat.Jadikan 'peluang' yang ada ini sebagai salah satu alternatif kita untuk berjaya di dunia dan akhirat kelak. Doakan senjata orang mukmin? InsyaALLAH. Kerana itulah,saya suka untuk mengingatkan adik-adik di luar sana untuk menggunakan 'perkataan' yang 'elok-elok' untuk dijadikan sebagai 'pengingat' tanggungjawab/amanah kita sebagai seorang hamba,anak,pelajar, dan khalifah  ALLAH di muka bumi ini.Justeru itu,perkataan apa lagi yang baik untuk dijadikan 'panduan' itu? Maka kembalilah pada al-Quran dan Hadith.Semua persoalan ada jawapannya.=)
                                            CARILAH YANG KITA PERLUKAN
Sebagai seorang remaja,banyak 'permintaan' hati yang ingin diterokai.Saya suka untuk mengingatkan diri saya bahawa,apa yang penting sebenarnya,mencari yang perlu buat diri kita.Bukan yang bersifat sementara,tetapi yang abadi.Fikirlah,apakah perkara ini dapat menjamin,menjawab dan menolong saya di hadapanNya kelak? Sekiranya sesuatu perkara itu tidak memberi apa-apa manfaat,(manfaat yang abadi) maka tinggalkanlah.Selalu kita dengar,jangan menyesal di kemudian hari,right?
Kesimpulannya,manfaatkan peluang yang ada.Kata-kata yang berunsur assabiyah,masih wujud pada hari ini.....hapuskanlah,gantikanlah dengan yang lebih  baik..=) Perkataan-perkataan inilah yang menyebabkan Umat Islam sukar untuk bersatu.Sampai bila? (perkataan-perkataan yang berunsur assabiyah selalu saya lihat dan dengar kat kawasan saya.Masalahnya,masih di awal persekolahan sudah 'bijak' menyemai assabiyah)
tag:::bukan bermakna saya hendak 'promosikan' lagu see you d ipt/seangkatannya pula..rasanya anda juga tahu menilai..mana yang baik mana yang buruk...
                                              

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

Petunia berbunga

Assalamu'alaikum dan selamat pagi Hari ini, bunga petunia dari pokok pertama sudah kembang. Aku cuba belek buku catatanku yang sempat aku coret-coret dua minggu pertama aku berkebun. Antara nota aku tulis adalah, petunia suka matahari, paling senang mahu tumbuh, paling cepat 3 hari. Elakkan tanah becak. Petunia ada banyak jenis, tapi yang aku tanam ni baka 'Multiflora Natural Dwarf Multis Mix'. Secara ringkasnya dia jenis renek dan paket ini biji benihnya campur-campur jadi bunganya nanti akan diketahui warnanya apabila sudah kembang. Mulanya aku teruja menanam petunia sebab bunganya yang meriah. Tetapi makin lama aku makin tawar sebab sewaktu ia kecil dulu ia sungguh ketot. Aku balik-balik mengira bilalah ia mahu membesar. Sampaikan aku beralih kasih ke aster. Ya, balik-balik aster aku update sebab aster rajin berdaun dan besar-besar pula saiznya. Seminggu lalu, aku belum perasan lagi pokok petunia ni berbatang. Aku perasan apabila sudah ada 3 kuntum bunga mahu terbent