Sabtu, 5 Oktober 2013

Lawatan ke Kg Orang Asli Gombak

       Pada 5 Oktober yang lalu, saya dan dua orang lagi sahabat, Noreen dan Aida, berkesempatan untuk melawat perkampungan orang asli di kawasan Gombak. Actually, bukanlah "melawat" dalam erti yang sebenar kerana kami cuma meluangkan masa dalam sejam dua sahaja. Walaupun dua kali berulang-alik kerana menghulurkan sedikit buah tangan sebelum pulang ke kampus.
       Tujuan lawatan kami ini adalah mengumpulkan data untuk tugasan sociology sambil-sambil mengintai peluang kalau-kalau dapat dijadikan bahan kajian subjek Interculture Comm pula. Tetapi rezeki kami terhad untuk sociology sahaja kerana menurut Tok Batin di perkampungan tersebut, Tok Hussin (maaf kalau tersalah nama, sudah beberapa minggu berlalu,anyway, nanti saya confirmkan dengan Noreen yang sedang bercuti) bahawa budaya tradisional khususnya aspek permainan kaum orang asli ini sudah lama tidak diaplikasikan. Maksudnya, di perkampungan tersebut, bukan sahaja dalam kalangan anak-anak muda, malahan warga tuanya juga sudah lama meninggalkan budaya tradisional mereka itu. Ia termasuklah dari segi aspek alat muzik. 
       Menyentuh perihal budaya menbuat kraf tangan pula, Tok Hussin menyatakan bahawa terdapat segelintir kaum hawa yang masih mengamalkannya tetapi tidak untuk komersil. Mungkin sekadar untuk mengisi masa lapang atau kegunaan seharian. Berikutan ingin mengetahui lebih lanjut lagi mengenai seni kraf tangan ini, saya dan sahabat-sahabat saya pun menziarahi sebuah rumah yang mana tuan rumahnya masih mengayam kraf tangan, iaitu keluarga makcik Halimah. Setibanya kami di rumah batu mak cik Halimah, kami disambut dengan mesra oleh keluarganya, yang terdiri daripada anak, menantunya dan cucunya. Satu perkara yang saya kesan semasa berkunjung, mereka ini masih lagi mengekalkan adab Melayu, sopan, pemalu dan menghormati tetamu. Thumbs up untuk adik-adik comel (senyum) nampak tak sifat pemalu mereka ini, bergambar pun tidak dengan saya, satu pun tiada berfotografi dengan mereka. Apatah lagi untuk menarik gadget saya, tentu tidak (selalu pergi mana-mana, adik-adik kecil akan automatik tarik gadget saya..huhu jadi mangsa)
       Kami juga berkesempatan untuk melawat Muzium Orang Asli Gombak yang terletak tidak jauh daripada perkampungan tersebut. Nasib kami kurang baik kerana ketika itu adalah hari cuti, maka tiada pegawai bertugas yang memberi penerangan lebih terperinci. Tidak apa, boleh baca sendiri kan. ^_^ 
Di sini saya ingin beri pencerahan, cuma di kawasan ini sahaja yang sudah tidak nampak tradisi orang aslinya sebab sudah hidup ala 'kota'. Di perkampungan lain, yang jauh daripada kota, masih lagi mengekalkan tradisi mereka. Bayangkan alat permainan tradisional mereka tidak ada di perkampungan tersebut melainkan yang tersimpan di Muzium. Hidup mereka sudah moden. Menurut Tok Hussin, perkampungan orang asli Gombak bukanlah penduduk asal Gombak melainkan mereka ini diambil daripada beberapa perkampungan daripada seluruh semenanjung dan dikumpulkan di situ. Dalam bahasa mudahnya, mereka dikumpulkan dan dimodenkan.

 
Okey la, saya sudah penat menaip...lagi mahu ingat perkara yang dibincangkan beberapa minggu yang lalu. InshaAllah, dalam proses penyiapan tugasan kami nanti, ada perkara baru akan saya tambah di sini. 

 (subjek yang saya ambil semester ini banyak berkaitan budaya...kadang-kadang saya pun pening macam sudah ulangkaji tapi belum rupanya.)

6 ulasan:

  1. salam nk tye...masa awk pegi perkampungan orang asli gombak tu, ada kne isi ap2 borang x? sbb saya dan kwan2 ingin membuat sedikit kajian di sana....

    BalasPadam
  2. Salam, kalau di kawasan perkampungan orang asli gombak, kami tidak isi mana-mana borang. Terus ke rumah Tok batin mereka dan nyatakan tujuan kedatangan. Kalau hendak ke muzium mereka, mana tahu hendak tambah maklumat,lebih baik bawa surat, pegawai mereka bole providekan maklumat even time cuti. Ini menurut pemahaman saya la. :)

    BalasPadam
  3. Boleh saya dapatkan no telefon tok batin

    BalasPadam
  4. No hp tok batin tiada dalam simpanan kami. Maaf sebab tak dapat
    Membantu.

    BalasPadam
  5. salam boleh saya tahu alamat penuh kampung orang asli tersebut dan dengan pihak mana saya perlu hubungi jika ingin membuat program disitu?

    BalasPadam